Saturday, June 27, 2009
Entri kali ni aku ceritakan tentang semua aktiviti semasa balik kampung.. cover balik entri yang aku tak postkan sebab tak ada mood.. so skrg ni kira dah ada mood n peluang untuk menulis.. hehehe..
11hb Jun 2009
aku n family bertolak balik ke kampung selepas maghrib.. selepas selesai masukkan barang2 dalam kereta.. dari rumah aku diputrajaya nie hubby aku yang drive.. aku minta gak nak drive
tapi dia tak kasi.. tak percayakan aku la tue.. hehehe.. tapi ok juga la.. aku boleh tido je kat blkg nanti.. hahaha.. aceli aku kena duduk belakang di tengah2 antara carseat anak2 aku tue.. nenek diorg duduk kat depan la.. senang dia nak kuar.. aku je yang slalu kena lompat ke depan untuk keluar.. kereta 4 pintu dah jadi 2 pintu..
banyak kali la juga kami singgah di RNR.. maklum la ada anak kecil dgn warga emas.. masa sampai di RNR Bukit Gantang kalu tak silap aku la.. masa tue aku gantikan hubby aku drive.. dalam perjalanan tue ada lak kemalangan berlaku.. sebuah pagero dgn lori minyak shell.. terbalik pagero tue terbalik n 4 biji tayarnya di atas.. rasanya mungkin sebab dia terlalu laju n tak sempat brek kot.. sebab sebelum tue kalu aku tak silap pagero tue la yang memotong kereta aku dgn laju.. my hubby apa lagi bila tgk mcm tue.. terus dia suruh aku berhenti di hentian depan.. dia nak bawa katanya.. bahaya sebab aku dah la tak pakai cermin mata.. hehhee.. so dia la sambung drive sampai la kami tiba di kampung around 4 am..
12hb Jun 2009
Setibanya kami kat umah MIL.. twins aku ni dah tak nak tido.. diorg nak main2 lak.. aku n my hubby dah ngantuk gila dah time tue.. mana taknya sepanjang perjalanan tak dapat tido..mujur la my mum, MIL n FIL aku nak tolong tgk kan.. lagipun MIL n FIL aku tue dah lama rindukan twins.. asyik tanya je bila nak balik.. ha kali ni terlepas la rindu diorg.. dan kami pun sempat la tido.. hehehe...
bangun je tido around 6.30 am tue.. braeakfast.. ha nak tahu aku braekfast apa pgi tue.. pulut durian FIL beli durian kampung Singkir nama kampung tue.. tapi kalu dalam loqhat Kedah bunyinya Singkiaq.. dia beli durian tue sebab dia tahu menantu dia nie suka makan durian.. apa lagi aku sebat je la.. pulut sikit durian je banyak.. hahaha.. adik ipar aku lak mengandung skrg nie.. dia pun nak mkn durian gak.. mcm masa aku peggie dulu la.. aku suka sgt mkn durian.. boleh kata setiap hari nak ada durian kat umah tue.. adik ipar aku kata kat rumah MIL ni dah dua hari braekfast pulut durian sebab ramai yang minat dengan makan raja buah nie.. lebih2 lagi kat sna boleh beli dengan harga yang murah je.. tak mcam kat putrajaya.. selesai bab pagi..
tengahari tue lak lepas je kaum lelakinya balik dari solat jumaat.. kami semua bersiap nak ke umha sepupu my hubby yang nak kenduri esoknya.. hari ni dia angkat nikah.. adik ipar n hubbynya dah pegi dulu sebab diorg nak singgah tempat lain dulu.. manakala MIL, FIL, MYmum n family aku satu biji keta.. tapi MyMum sekerat jalan je, sebab dia nak g tgk anak kak aku dulu hari ni kat umah bisannya.. so kami just drob by je la.. pastue terus ke umah sepupu hubby tue..
sesampai je kat sana rombongan dah pun pulang ke rumah.. dah siap makan dah pun, kira kami last je la.. tak sempat nak g tolong2 apa yang patut pun..lepas je rombongan lelaki balik.. kami makan la.. time rombongan kami la pula.. kat majlis tue kecoh lak diorg ni susun pasangan kembar.. maklumla boleh dikatakan family yang dtg nie ada anak atau pun adik kembar.. mcam makngah aku mak kepada pengantin perempuan.. adik iparnya kembar lelaki&perempuan.. adik pengantin dan anak bongsu kepada makngah aku tue pun kembar juga lelaki&perempuan.. kakak pengantin n anak sulung kepada makngah aku ni pun anak sulungnya kembar perempuan kedua-duanya.. anak kedua makngah aku nie lak dapat anak kembar juga yang sulung lelaki kedua-duanya.. aku pun dapat anak sulung kembar juga lelaki kedua-duanya.. kira 5 pasangan kembar la yang datang pada hari tue.. tp yang tak bestnya aku tak sempat nak amik gambar kembar2 masa tue.. masing2 sibuk dengan hal masing2 mungkin lain kali aku akan ambil sebagai kenangan..
lepas je selesai makan dan tolong sikit2 apa yang patut kami pun blik la ke umah MIL.. sampai je kat umah MIL kami rehat jap.. masa tue around 8.30 mlm, aku n hubby kelaar balik bawa twins skali g ambil MyMum lak kat umah MIL akak aku tue.. sesampai je kat sana abang ipar aku tgh bakar ikan siakap.. hasil memancing kolam petang tadi dan menang wang saguhati RM50 hinggit.. besar juga ikan tue.. tapi aku tak makn dah sebab dah kenyang sangat dah time tue.. so just duduk n borak2 je kejap.. pastue kami blik la nak rest lak.. esok nak g kenduri lak umah makngah hubby tue.. tapi mujur tak perlu awal sngt sebab diorg ambil katering bukan pakatan so tak ada keja nak buat la..
13hb Jun 2009
bangun pagi siap2 kan pakaian aku, hubby n twins yang nak dipakai ke kenduri jap lagi.. breakfast aku hari nie pulut durian lagi tau.. kiranya dah tiga hari la org kat umah ni mkn pulut durian.. aku biasa la alas dengan nasi lemak bungkus dulu pastue baru durian.. dah lama tak makan nasi lemak yang mcm kat kampung ni selama aku di putrajaya.. bila dapat makan best je..
around 11.30 kami betolak ke Rumah Pengantin di Kuala Ketil konvoi 3 biji keta.. keta aku, adik ipar n abang ipar.. smpai sana je dah boleh makan tapi kami tak makan lagi rasa awal sgt lak.. cuma katering nie tak buat buffet sebab tuan umah suruh buat hidang.. susah la juga sebab bila nak makan kena cukup korum baru boleh makan.. maknanya kena ada 4 org satu meja baru boleh makan.. dah la macam tue meja pengantin pun diorg tak buat.. tuan umah kena wat sendiri.. kelamkabut juga la bila pengantin lelaki tiba around 2.00 tue..
Rombongan Pengantin Tiba..
Ketika menunggu Meja Pengantin siap disediakan..
antara bekas hantaran bagi sebelah lelaki(Hijau) dan Perempuan(Oren)
pengantin lelaki ni org Sarawak rombongan ni dtg dari Jitra rumah bapa angkat pengantin lelaki tapi mak, bapa n adik pengantin lelaki tue adala datang dr sarawak.. masa diorg sampai meja pengantin tak siap lagi lak.. dah la diorg nie tak buat pelamin so tak detempat lain la nak tuju.. nak g bilik pun tingkat atas.. so duduk la pengantin nie dalam umah dulu.. dalam setengah jam baru boleh keuar ke meja pengantin.. whatever pun kira ok la juga perjalanan majlis nie walaupun secara kecil je..
petang tue lepas selasai rombongan lelaki n pengantin makan kami pun apa lagi cabut la.. tapi berpecah.. aku n family terus ke rumah paksu aku di Kuala Sedaka, Yan manakala yang lain terus je balik..
kat umah paksu aku ni siap ambil mangga opps pelam la.. buah pelam epal.. hehehe.. buah ni tak la manis n tak la masam sangat.. sedang2 je.. masa ka umah paksu aku tue aku dapat tahu yang tokcik aku adik kepada arwah datuk aku tue kena stroke.. so sempat la kami jenguk kejap.. masa tue dia tgh diurut untuk membolehkan tangan n kaki kanannya digerakkan.. lepas je balik dr situ kami ke rumah paksu hubby aku lak.. kat hujung simpang masuk umah paksu akku td.. kat sana kami singgah kejap je.. sehingga lepas maghrib sebab masa balik dr umah paksu aku tue pun dah nak maghrib dah..
lepas je balik dari umah kedua-dua paksu tue kami ke umah abah aku lak yang terletak di Kampung Jemerlang.. bukan jembalang tau.. kami makam malam di sana.. so boleh la anak2 aku main lama2 sikit di umah datuk diorg tue n kenal dengan makcik2 diorg.. lagi pun datuk ngan nenek diaorg tue pun sibuk gak bertanya bila twins nie nak balik.. so bila dah balik tue kena la g jenguk n tunjukkan muka.. lepas dah lama n penat kami blik la semula ke umah MIL.. kat Simpang Empat..
14hb Jun 2009
hari ni kira enjoy sikit la.. sebab hari ni cuma nak ke umah sedara-mara yang terdekat je.. biasa la bila dah sekali sekala balik nie kenalah buat lawatan dari rumah ke rumah.. so pgi tue around 11am kami keluar.. ha lupa la nak bg tau.. hari ni breakfast pulut durian lagi tau.. dah 4 hari la makan pulut durian kat umah MIL nie.. back to the future.. hehehe...
mula-mula skali aku ke rumah mak chaq aku.. iaitu kakak kepada MyMum k
ami singgah pun tak lama sebenarnya sebab ada lagi dua tiga buah umah yang nak pegi.. lagi pun hari ni kena blik awal sebelum maghrib sebab malam ada gethering dengan family hubby aku.. so lepas je g umah mak chaq kami ke umah pakteh lak abang pada MyMum di gunung keriang.. pakteh skrg nie tah brapa sihat sebab stroke juga.. badan dia pun dah kurus skrg nie..lepas je blik dari umah pakteh aku ajak hubby singgah kat INI Saloon.. hehehe aku nak potong rambut anak aku sikit, rambu aku pun nak potong n cuci.. MyMum pun nak juga potong rambut dia tue.. katanya ka putrajaya susah nak dapat saloon yang paham kehendaknya.. masa nak gunting rambut tue punya la gamat suasana dengan tangisan twins.. dorg takut nak potong rambut.. jenuh juga la nak pegang dorg yang meronta2 tue.. tapi MyMum kata kena gak ajar dorg supaya nanti bila besar dah tak takut dah.. tue yang tahan juga tue.. lepas je abis semuanya kami ke umah mak su aku lak.. adik Mymum yang kecil.. mengikut cerita maksu aku nie dulunya adalah kembar.. tetapi pasangannya tak dapat hidup lama.. kalu masih ada, aku ada la lagi sorg pakcik.. tapi Allah terlalu sayangkannya.. ok back to the normal.. hehehe..
kat umah maksu aku nie la aku duduk lama sikit sebab aku lebih rapat dengan familynya.. kat sana aku mandikan anak2 aku n siap makan tgh hari lagi walaupun masa tue dah lewat petang.. around 3.30 pm.. lepas je dah paus kami pun pulang la ke rumah MIL.. nak rest la kejap.. malam nie nak kaur lagi..
Around 9.00pm.. lepas FIL aku blik dari surau solat Isyak kami semua pun bertolak ke Restoran Tok Nadoq.. ermm tak tahu la ada yang penah dengar ke tak.. tapi restoran nie dah penah la masuk tiba dalam program warung kita di AStro PRima.. yang disiarkan setiap Jumaat Jam 7.30pm tue.. FIL aku ni la.. dia dari mula tgk warung kita ni la nak sgt dtg restoran ni nak cuba.. tp nak juga tunggu aku n family balik nak g semua.. sebabnya sebelum nie adik ipar aku tue dah penah ajak tapi dia tak nak.. katanya tunggu la abg chik n kak chik balik dulu.. hehehe aku la tue.. sebab tue la baru malam nie dapat pergi..
Mula2 tiba kat restoran nie kira ok la.. pemandangannya restoran ini dari luar not bad.. suasana dalaman pun ok.. susunan kerusi meja pun ok la.. sesuai la untuk majlis ringkas.. tapi kami masa tue silap timing.. restoran nie terkenal dengan aktiviti karaoke yang yang bermula jam 10pm.. kami sampai sana pun around 10pm lebi dah masa tue.. so bising la dgn suara2 sedap n tak sedap didengarnya.. malam byak juga la menu yang dipesan.. tapi kau dah tak ingat la.. yang aku ingat ada udang, sotong, ikan, sayur dan telur dadar... rasanya juga not bad la.. tak la lazat mana.. tapi kira okla.. price pun berpatutan.. malam tue kami makan RM 199.80 dengan dua ekor ikan siakap yang fress.. hidup2 lagi.. udang pun besar.. silap aku tak amik gambar menu.. sebab masa tue dah tak ingat apa.. ingat nka makan je.. maklumla dah nak kebulur je semuanya.. hehehe.. lepas makan je apa lagi balik umah la.. tido Time.. hehehe..
ni la gambar pengacara warung kita yang tergantung dalam restoran tue.. Azrul raja lawak kot kalu tak silap aku.. ter
15hb Jun 2009
pagi ni dah tak breakfast pulut durian lagi.. makan nasi lemak bungkus aje.. pagi nie pun tak ada planning.. just duduk umah je.. ptg karang baru nak ke Kuala kedah.. melawat Sepupu aku yang sedang sakit..
so petang je aku, hubby, twins, MyMum, MIL n FIL ke umah sepupu aku tue.. tapi sebelum tue FIL aku ni ajak g kuarkan duit kat AGro bank sebab dia nak beli Mesin Rumput baru.. mesin rumput yang lama tue dah rosak.. tapi dia tak nak beli lagi esok nya baru nak beli.. nak dtg dengan kawan dia juga.. so kami terus je la ke umah sepupu aku tue.. lepas dah lama berborak kami balik la.. takkan la nak tido situ lak aku nie.. hehhee.. otw balik tue aku singgah beli udang lipan/udang ketak.. balik umah rebus n makan ramai.. so aktiviti malam nie makan udang lipan/ketak tue la..
16hb Jun 2009
sepatutnya aku dah berkerja hari nie.. tapi hari ni baru kami nak bertolak balik dari kedah.. so hari ni kira aku EL la.. kami bertolak balik around 10am serentak dengan adik ipar aku tue.. sebab dia nak kena g kursus di kuantan.. tp kami dulu yang bertolak dia patah balik kerana tertinggal barang.. tapi masa kami berhenti dihentian tapah tue diaorg muncul lak.. rupa2nya kejar dari tadi tue.. patut la kerap je cal tanya ada kat mana dah.. sebabnya nak jumpa twins je.. ermmm.. mcm2 la diorg nie..
sesampai je dirumah semua dah keletihan.. walupun tiba awal.. so time to sleep..
akhirnya tamat la sudah entri yang panjang ini.. untuk hari yang telah berlalu dalam hidupku..
Labels: Akad Nikah, CeRiTa Ku, FaMilY InLaw, JaLan2, KelUarGakU, PerKahWinaN
Thursday, June 25, 2009
ermm.. hari nie ada kursus la pula.. dah la lama aku mengupdate blog aku nie.. malas tahap gaban dah nie nak update.. mood tak de.. bukan takde citer.. byk citer tue.. kisah balik kampung hari tue.. n kisah skrg nie..
tapi takpe la.. nanti2 la aku updatekan.. bila mood dah terasa kembali.. hehehe..
Thursday, June 11, 2009
hahahha... nak balik kampung jap lagi.. tapi mengantuk la skrg nie.. smlam tak cukup tido.. anak2 aku tue berjaga sampai kul 2 pagi baru nak tido.. itupun puas dipaksa untuk tido.. petang tue diaorg dah tido sampai maghrib baru bangun tue yg jadi susah nak tido tue.. tgh2 malam tue nak main aci ligan lagi dengan Walker/.. ha.. sebut pasal aci ligan korang tahu ke.. itu bahasa negeri kelahiran aku la.. nak blik kampung ni semuanya ckp pasal kampung je kan.. hehhee.. bagi yang tak tahu aci ligan tue main kejar2 la.. so anak2 aku nie main tue la tgh2 malam buta tue.. diaorg skrg ni memang slalu main tue.. kalu bangun je tido tak kira pagi ke petang ke.. bila naik je walker ke.. mesti ada aksi aci ligan tue..
tapi yang bestnya.. anak aku nie mcm dah ada perjanjian lak.. kalu main aci ligan je.. mesti adik je yang ligan abang.. tak penah langsung aku tgk abang yang ligan(kejar) adik.. yang si adik nie pun tak kisah je.. siap terjerit2 tue ligan abangnya.. memang seronok la aku tgk.. letih2 pun hilang tgk gelagat diaorg tau..
xceli aku ada la rakam gambar aksi diaorg tue dalam hp.. tp tak sempat nak uploadkan.. nanti aku akan masukkan video tue.. so boleh la korang tgk.. hehehe.. lagi pun hari ni mcam malas skit nak buat keja n pape pun.. maklumlah dalam mood nak balik kampung la katakan.. lagipun bercampur dengan ngantuknya.. sebab semalam aku mengemas beg nak bwa blik kampung n kemas sikit umah aku tue sampai kul 3 pagi..
aku terpaksa la siapkan semlm gak sebb cadangnya nak bertolak awal sikit hari nie.. lagi pun aku kerja pagi nie.. so prepare brg2 siap2.. supaya tak la kelam kabut n ada yang tertinggal nanti.. umah lak aku kena kemas kerana ada pengunjung yang bakal tiba.. pengunjung tue akan tinggal di umah aku selama kami tiada di umah.. ceritanya diaorg ni sebenarnya datang nak merisik budak kat putrajaya nie la.. tapi kami tak plan nak blik kmpung.. so terpaksa la let diaorg duk umah tanpa tuan umah.. nak carikan umah sewa lak mcm tak sampai hati lak.. maklumlah yang nak dtg nie pun kawan baik mak mertua ku.. family diaorg nie baik sangat kalu kenduri kendara umah mak mertua aku diaorg la yang dulu dtg tolong tanpa jemu.. tue pasal la kita org tak kisah.. atleast ada gak org jaga umah.. hehehe.. so bila diaorg blik kampung nanti kami baru balik sini.. so kunci umah kami amik dikampung je la.. mudah la sikit.. so blog pun kemungkinan hari selasa la baru boleh updatekan..
haa.. aku ada satu lagi nak citer nie.. xceli.. pertengahan bulan lepas aku ada hantarkan baju mak aku ke tukang jahit.. minta dia siapkan sebelum 11hb jun.. iaitu sebelum hari ni.. so kiranya semlm dah siap la.. aku tak la call tanya sebab dia kata kalu pape dia akan call.. aku anggap tak ada pape la.. malangnya bila aku minta hubby aku amikkan kat tukang jahit tue.. skali tertulis perkataan bercuti sehingga 12hb.. haaaaaaaaaaaa...... cuti.. hubby tel je bagi tau aku terus call tukang jahit tue.. tp dia tak angkat.. hubby dia yang akan kata dia solat.. aku tnya la dia kat mana kot2 la ada umah je cuma ada hal ke.. rupa2 nya.. dia ada dikampung.. eeeeeeeeeeee tension nya aku.. mesti mak aku bising nanti ni.. dia suh upah baju tue nak bawa balik kampung nak pakai masa majlis kenduri sepupu aku... so dah jadi macam ni tak dapat la jawabnya.. tp yang aku tension sgt tue.. nape dia tak call bagi tau tak sempat ke apa ke.. takpun kalu dah siap minta aku dtg amik awal ke.. ini tak.. bila aku call lagi sekali petang semlm pas keja dia dah tak angkat phone.. bengangnya.. tak dapat la mak aku pakai baju dia tue.. mujur la dia ada beli baju yang dah siap sebelum nie.. tue pun kena bising juga aku.. dia kata aku yang tak bagi tahu tukang jahit tue nak ambil bila.. ermmm aku juga yang salah.. terima je lah..
Labels: CeRiTa Ku, JaLan2, KelUarGakU
Tuesday, June 9, 2009
Hari ni kat opis merupakan hari yang membosan kan.. mana tak nya.. hari nie tak banyak keja.. tak ada nak buat pape.. tue yang bosan tahap gaban nie.. hehehe.. xtual nak citer pasal anak aku.. tapi tak ada mood lagi nak mengarang la.. so tgk la malam nie or esok ke...
Tuesday, June 2, 2009
1. Copy badge “Blogger Friendship Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Sudah Copy
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
- http://infazety.blogspot.com -award ni diperolehi dari kak ina@infazety.. sepertimana kak ina yang tak pernah jumpa dengan pemberi award kepadanya, aku juga tidak pernah bersua muka @ memdengar suara kak ina.. melalui alam maya ini sahaja la aku mengenalinya.. mudah2an hubungan maya ini berkekalan dan insyaAllah kita dapat bertemu muka kelak..
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
1. aku seorang yang senang bergaul.. wah macam puji diri lak..
2. aku isteri kepada hubby yang tercinta, ibu kepada sikembar, anak kepada mymum, adik kepada kakak, menantu kepada mak n bapa mertua ku.. hehehe...
3. aku nie suka sngat bershopping.. skrg nie mujur dah dikawal sikit oleh hubby ku kalu tak.. pantang gaji n ada duit lebih mesti abis..
4. aku suka sangat memasak.. tak kira apa pun.. kek ke.. biskut ke.. lauk pauk ke.. tapi aku tak pandai pun masak.. kadang menjadi.. kadang tak jadi.. hahhaha...
5. aku pernah berlajar menjahit.. tp separuh jalan je.. tak sempat nak abiskan.. so hajat hati nak blajar menjahit lagi.. skrg nie setakat nak jahit baju kurung untuk sendiri tue boleh la..
6. aku ni suka mendengar n kongsi masalah dengan kawan2.. sebb tue kawan2 senang citter masalah diaorang kat aku..
7. aku nie sebenarnya tak banyak sangat cakap.. tapi kadang kat umah aku rajin sngat bercakap kat suami aku kira bebel la.. mana tak nya semua yang aku tgk tak kena.. kalu ok aku tak la bebel..
8. aku ni lak suka makan coklat.. semua jenis coklat termasuk lah kek.. tak kira la kek span ke moist ke.. janji coklat
tahun ni sebenarnya aku nak diet.. tapi slalunya separuh jalan je.. tak tahu la tahun ni boleh tak..
9. aku suka tgk hiasan umah orang yang cantik2 tapi kau tak pandai nak buat kat umah sendiri..
10. apa lagi nak bagi tahu nie.. dah tak de idea ni.. ermmm aku suka tgk detective connan.. hehehe.. atlast.. abis pun..
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
sape nak bagi kali nie.. ermm mereka2 nie ok kot.. jgan marah yek..
1. kak inabu
2. kak shima
3. masrul
4. kak yan
5. ashferio
6. setakat tue je la kak..
Labels: Tag
Monday, June 1, 2009
so selepas aku godek2 web tue aku jumpa la warehouse sale baju n keperluan Baby.. wah..
tapi bila ajak myhubby dia tak nak lak.. katanya budget bulan nie tak cukup la nak shoping lagi.. hukhukhukk...
p/s.. emo ni baru try test tau.. dapat tahu nie pun dari Blog kak Zetty.
boleh dapatkan disini
(sakitnya perut aku nie.. menyucuk2 je rasanya..) ha.. benda nie berlaku semalam.. dalam lingkungan kul 11.50 mlm.. masa ni myhubby dah gerak g keja dah.. dia keja shift tengah malam.. so tinggal la aku ngan anak2 je tido kat umah..
ermm.. g toilet la kejap.. lepas kuar dari toilet tue aku rasa sakit sangat perut aku nie.. mula2 aku pikir mungkin sebab aku tahan buang air kecil.. org tua2 kata kalu tahan kita akan rasa sakit.. so ok la.. kejap lagi baik la kot aku rasa.. tapi malangnya tidak.. semakin sakit ada la..
menyucuk2 je rasanya.. berdenyut2 tak henti2.. arrggghhh.. apa aku nak buat nie.. aku salah makan ke.. a'a la agaknya.. td aku makan popia goreng yang aku buat sendiri tue dengan air coke secawan.. rasanya air coke tue kot yang buat aku sakit nie..
yela kan.. slalunya org pantang minum air coke selagi tak cukup setahun lepas bersalin.. aku tak pun.. lepas anak aku 5 bulan aku dah minum.. tapi aku minum sebelum ni tak ada apa pun.. nape lak mlm nie jd mcm tue.. ermm.. sakit gila nie.. apa lagi aku call hubby la suruh blik jap..
aku dah tak tahan sngt nie.. time dia keja malam nie la nak jd.. sehari dia ada umah td tak jadi apa pun.. ish..ish..
dlam 15 minit hubby balik.. dia ajak aku g klinik.. tapi aku tak nak.. aku takut doc marah la.. hehehe sebab aku minum coke.. :) so aku tak la pegi.. hubby sapukan minyak TYT kat perut aku nie.. dia siap tolong urutkan lagi.. tapi tak juga baik.. lagi dia urut lagi tambah sakit aku rasa.. sampai nangis2 aku semalam... tak tahan sangat dah.. tue yang mengalir tue... lepas tue hubby ambil air suruh aku minum.. katanya aku kena minum banyak biar lawas balik.. dah dua gelas aku minum.. tak kurang juga.. pastue hubby kata dia kena masuk opis balik gak jap.. dia suruh aku rest dulu.. jap g dia balik semula lepas selesaikan kerja.. sebelum tue dia sempat ambilkan aku segelas susu segar yang ada dalam peti sejuk tue suruh aku minum.. katanya untuk neutralkan balik asid dalam perut aku tue.. maklumla aku kan minum coke tadi.. aku pun minum la.. asalkan sakit aku baik dah la..
lepas je minum tue.. dlam setengah jam kemudian aku dah rasa berkurangan dah sakit aku tue.. alhamdulillah.. mungkin betul la kata hubby coke tue yang buat aku sakit.. tapi malam tue susah juga la nak lelapkan mata aku nie.. bila aku tgk2 jam dah pukul 3.30 pgi rupanya.. tue pun terasa sakit lagi.. cuma dah kurang la.. boleh la nak lelapkan mata.. anak2 aku hubby yang tolang tengokkan bila diaorang terjaga.. mujur la dia boleh balik.. kalu tak susah la aku.. nak kejutkan mak kesian lak dia nak tido.. nanti tak cukup tido pening lak dia.. lagi pun aku nak keja hari nie.. dia nak jaga twins.. kalu dia pening takde org lak nak jagakan twins nanti...
apa2 pun alhamdulillah.. hilang sudah sakit aku nie.. hari nie dtg keja ok je la.. tp hari nie aku puasa.. risau gak nie nanti kalu buatnya sakit lagi perut aku nie.. anyway thanks to my hubby coz very carring n take a good care of me.. :)
Friday, May 29, 2009
Hari ni anak aku yang 1st twin tue jatuh katil.. ceritanya begini..
hari ni aku g keja lewat skit.. nak uruskan dorg sebab mymum kurang sihat.. lepas mandi pagi dorg main2 le macam biasa pastue bila dah ngantuk merengek la..
so mak aku ni tolong la bg tido kan dua beradik ni sementara aku nak bersiap ke kerja.. yang si adik di kasi tidur atas tilam kat bawah.. abang lak dia kasi tido atas katil bujang dia tue.. lepas diaorang dah lena jerap la kata org utara.. dia bagun la nak g toilet.. my hubby tido kat luar sebab dia keja petang hari nie.. elok je mak aku kuar dari toilet kami dengar suara twins menangis kuat.. melompat hubby aku yang tengah tido tue.. aku n my mum pun lari la bergegas ke bilik my mum.. sekali tgk si abang dah terterap kat atas adiknya.. mujur la ada tilam adik kat bawah tue.. so dia jatuh atas adiknya la.. bukan atas simen rumah aku nie.. oleh kerana terkejut si adik pun nangis sama la.. abang dah tahu sebab sakit jatuh tue.. risau gak aku.. tp mujur tak ada pape.. cuma jenuh gak la nak memujuk tue.. kira ok sikit sebab katil mymum pun tak tinggi.. rendah je.. kalu tinggi mungkin lagi sakit n bahaya..
so lepas pada ni aku dah tak benarkan mak bagi diaorang tido atas katil tak kira la sekejap ataupun lama.. biar diaorg tido bawah je la..
bos aku kat opis kata suruh aku pantau anak aku ni.. takut ada efect dalaman.. katanya budak2 yang jatuh ni kalu tak berapa nak main sangat macam selalu.. kalu tak nak makan macam selalu juga.. sure ada yang tak kena padanya.. so aku kena la check it out.. tapi harap2 tak ada apa2 pun yang tak elok berlaku.. InsyaAllah..
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU, SakiT
Tuesday, May 26, 2009
Ini TAG dari kak ina (ifazety.blogspot.com).. actually ni adalah my fisrt tag.. sebelum ni tak penah la buat lagi.. hehehe..
1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah guna sekarang...
sebelum ni wallpaper permandangan je.. skrg nie bila dah ada anak letak wallpaper anak la.. ada tambahan lagi tue.. hehehe.. letak calender.. bukan apa senang nak semak jadual n tgk tarikh penting2...
3) Tag 10 orang...
Labels: Tag
Saturday, May 23, 2009
ermm.. minggu lepas nie memang minggu yang tak berapa nak menarik la..
sebabnya anak2 aku ni demam lagi la minggu nie.. mula2 yang abang pastu baik sehari demam balik.. pastue skrg nie dah jangkit kat adik lak..
dalam pada tue si adik nie nak tumbuh gigi.. gigi pertama.. so kami ingatkan demam sebab tue la.. sebabnya sesetengah budak nie boleh demam disebabkan tumbuh gigi.. so kami pun ingatkan adik nie demam sebab tue la.. tapi tak juga.. dia batuk2 n selsema sama.. dah g amik ubat kat klinik kerajaan tapi still tak baik2 lagi dah dekat seminggu dah.. abang pun batuk ngan selsema gak..
so kami bawa la g klinik swasta lak.. klinik yang aku slalu g semasa mengandung n semasa dorg baru lahir lagi hari jumaat tghari tue.. cadangnya nak g dalam kul 11.30 tp kul 9.30 hubby dah call suruh aku minta blik awal dari boss sebab anak aku yang adik tue demam panas sangat... so kelam kabut la aku minta blik awal..
kat klinik tue doctor kata adik ngan abg ni batuk n kena jangkitan kuman.. tapi ok lagi cuma kena sedut untuk cairkan kahak dorg.. aku ngan hubbby ikut je la kata doctor tue nak bagi dorg nie cepat baik.. kesian aku tgk tiap2 mlm tido tak boleh asyik batuk je.. so amik bg la dorg sedut.. yang adik ok je.. relak je.. tapi abg susah betull.. siap 3 org kena pegang dia tau.. kuat betul dia menangis n meronta2 tau.. mcm takde langsung kesan ubat tue kat dia.. kesian aku tgk.. nak nangis pun ada tp kuat gak la semangat nak wat mcm mana.. nak bg baik.. doctor kata lg dua hari kalu tak ok gak dtg blik... hr nie aku tgk abang dah ok.. mungkin sebab dia nangis kot.. ubat tue masuk terus n bg kesan.. tp adik tak brapa ok lgi.. bdan pun still panas lg.. tgk la sok mcm mna lak..
hope ok la.... insyAllah..
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU, SakiT
Wednesday, May 6, 2009
kali nie nak postkan tiga cerita dalam satu n3..
1. Cuti
ermm hari nie asalnya aku cadang nak g kerja.. cuma masuk lewat sikit.. aku pun dah minta kebenaran bos masuk lewat.. kononnya nak g amik keta la (nanti aku citer pasal keta nie). Tapi tak sempat aku nak masuk opis je.. my mum dah call bagitau yang dia pening kepala tak sihat.. rasa nak pitam.. so terpaksa la aku amik EL juga hari nie.. semalam dah EL dah.. tapi nak wat mcm mana kalu tak anak2 aku tak ada org nak jaga.. nak harapkan hubby tue boleh tapi takut dia tak memang tangan la pula.. biasa la lelaki.. bila anak nangis lebih skit.. dah melabah dah.. so aku je yang EL.. ermm dah kurang lagi cuti aku tahun nie.. kalu korang nak tahu cuti aku sehingga ke hari ini tinggal 9 hari je lagi tau.. mana nak cukup hingga ke hujung tahun nie.. nak wat mcm mana anak2 punya pasal.. ramai org bagi tau aku yang memang kalu anak kecil lagi cuti tak penah kata cukup.. kalu dah besar skit tue lain la citer.. tue la aku rasa betul juga kan apa yang dorg kata tue.. whatever la.. yang aku tahu hari ni aku tak g keja lagi.. bos mesti bengang punya.. kejap ada kejap tak ada (mcm biskut lak)..yang banyaknya tak ada dari ada.. hehehhe.. ok la cukup takat tue cerita cuti nie..
2. Sakit
macam aku citer dalam cerita cuti tadi la.. mak aku tak sihat hari nie.. pening kepala n rasa macam nak pitam je.. mungkin dia salah makan kot semalam.. tp semalam dia cuma makan satey n nasi impit je.. tak de lak benda pelik2.. tapi biasa la kan cbila usia dah meningkat nie.. warga emas la katakan.. dalam pada tue juga anak aku yang abang tue pun demam juga.. aku blik je td pegang dia badan rasa panas je.. bila test suhunya sah demam.. 37.6 kami biar dulu tgk mcm mana petang nie.. lagi pun tghari nie aku dengan hubby nak kena kuar lagi g amik keta(bab nie aku citer kemudian) so petang lepas selesai semua baru la aku dapat bawa anak aku tue g klinik amik ubat.. sebelum tue aku check suhunya 38.8 dah naik.. bawa g klinik lak kena tunggu dengan setengah jam selepas amik nombor.. sebabnya jururawat tak ada tgh rehat.. tunggu juga la aku nie.. memandangkan anak demam je kalu diri sendiri lama dah blah.. nak g swasta boleh.. tapi dorg tak sesuai lak.. pernah sekali tue demam kitaorg bawa g klinik swasta je.. tp satu pun tak berkesan... last2 bawa g klinik gomen baik lak (dorg kesian kat mama n papa taknak bagi abis duit byk.. hehehe) aku g klinik dlm kul 6.00 lbih dekat kul 7.00 baru dapat jumpa doctor.. sambil tue aku pun amik ubat untuk aku gak.. satu badan jadi gatal2 mcm ruam.. bayak lak tue.. besar2 bukan kecil.. hari tue dah penah amik dah skali.. tap tak baik juga.. masa tue doc kata sebab alahan kulit.. kurang air.. tp td doc tue check dia kata ada jangkitan kulat.. aku pun tak paham.. takpe la.. makan dan sapu je ubat yang doc bagi tue.. asalkan baik dah la.. tak larat dah nak menggaru..(serupa beruk pun ada nie) hehehe...
3. Geram
macam n3 yang sebelum nie.. pasal kereta adik ipar aku yang kena tarik tue.. kononnya pagi tadi aku g nak amik la.. tapi tak boleh amik sebab bank belum hantar surat ke syarikat simpan kereta tue.. mula2 aku ingatkan syarikat tue kat cheras.. aku pun bagtau la bos masuk lambat nak g cheras(rupa2nya salah tempat da..) syarikat tue kat area balakong.. nama syarikat tue Gmart.. so tghari td lepas makan tghari aku g la ngan hubby aku ke tempat tue.. asalnya hubby aku nak g ngan kawan dia je.. tapi tak ada lak org.. dorg semua tak leh nak kuar.. sebab meting.. so kami g dua la.. kira ok la tue.. lagipun member dia dah byk tolong.. siap ramai lak yang ofer keta untuk kami pinjam.. sebab kesiankan kami yang tak ada keta nie.. berbalik pada tadi.. kat syarikat tue lama juga kami kena tunggu sebab dorg masih belum dapat surat lagi.. hubby aku call adik dia tanya sama ada dah bayar ke belum.. dia kata dah.. surat pun bank alor setar dah hantar ke bank kl dah.. tp staf Gmart tue kata tak ada lagi.. selepas telefon org tue n telefon org nie baru la ada.. bila dah ada kena lak g amik kereta tue kat stor diaorg jauh sikit la dr opis tue.. kami pun g la ke stor tue dgn surat yang di fax tadi.. memang tersorak la sikit tempat dia.. lebih kurang mcm kawasan kampung la.. kat sna kami kena tunggu staf dia g amikkan kereta.. bila sampai je kat pintu gerbang tue dia suruh kami check dulu sebelum kuar.. sebab once dah kuar dari situ tak boleh nak claim apa2 lagi.. apa lagi kami pun check la.. luar dlam.. tgk2 bumper depan keta tue dah lekang.. bila bgtau dorg.. dorg kata besa la tue kereta Gen-2 bila kena towing je mesti bumper akan lekang punya.. tapi kami tak puas hati la.. dorg tak nak bertanggungjawab.. kalu bukan dorg pun yang kena tanggung coz tue atleast cakap la elok2 dgn kita.. nie tak.. dorg siap kata kalu bg tau bank pun tak dapat apa.. geram betul aku dengan budak tue ckap.. mujur je pikir kat tempat org.. kalu tak aku nak gak sound.. suruh ckp elok2.. hubbby aku contact ramai org tanya time tue.. dorg suruh call bank dulu.. tp bila kami call person incharge tak berangkat la fhone.. mujur la ada juga sorg staf kat situ yang baru dtg bagi tau suruh kami buat aduan.. tulis je apa kerosakkan kat borang tue lepas tue g buat report polis.. nanti bawa report tue ke bank n minta bank settlekan.. mungkin boleh claim dr syarikat yang towing kereta tue.. sejuk la sikit bila dengar dia bagi tau mcam tue.. tak la kita ni mcm org bodoh je.. tak kisah la boleh ke tak.. tapi kita kena tegakkan hak kita.. atleast kita cuba.. lepas je dgr tue hubby pun tulis la apa yang rosak tue n kami pun terus balik.. aku terus balik umah n hubby g wat report kat balai polis putrajaya.. esok dia nak g bank lak.. kena jd org tgh la.. sebab tuan keta kat kedah.. ermm bila ingat balik masa kat sana memang geram betul.. pastue lupa nak bg tau td.. sebelum nak balik tue sempat lagi budak tue kata.. "terima kasih.. nanti datang lagi yek.. kalu boleh dengan kereta lain lak" eeeeeeee... sakitnya hati.. geram betul aku..
ni gambar kereta aku masa nak amik tue..
ni pun gambar bila hubby aku tekan2 supaya lekat sikit.. sebab nak drive balik.. takut tertanggal terus lak.. tapi bila balik sampai umah je tertanggal balik..
Labels: KelUarGakU, KeRetA, OfFiCe, SakiT
Tuesday, May 5, 2009
errmmm hari nie memang rasa suspend betul.. cuak betul..
mana taknya.. bagun2 tido je.. tengok2 keta dah tak ada la..
hilang... hua...hua..hua..
nak g opis nie..
dah la keta adik tue.. kita kami kat kampung.. mcm mana nie.. hubby pun call la adik tanya.. suruh check dengan bank kot - kot la kena tarik..
so bila check2 memang betul la.. kena tarik..
buat naya betul la adik aku nie.. tak byar duit keta.. terlupa katanya.. td baru nak p byr.. ermmm kami pun tau naik je.. tak tanya pun.. dah ingatkan dia bayar... tapi nak wat mcm mana benda dah jadi..
ponteng la aku hari nie.. hubby pula nak g keja petang..
mujur keja petang.. tak la kelam kabut.. boleh la suruh kawan2 dia datang amik..
ermmm... esok tak tau la mcm mana nie..
Labels: CeRiTa Ku, FaMilY InLaw, KeRetA
Sunday, May 3, 2009
Gelagat nie aku rakam mlm 30hb april lepas.. masa aku tgh bagi dorg makan.. tujuannya ada dua.. 1 sebab nak rakam sebagai kenangan dorg nanti.. yang ke 2 sebab aku nak hantar masuk peraduan dalam sinar fm.. hehehe..
Bila aku suapkan kat dia orang yang adik tue makan je.. tak banyak songeh juga la.. cuma dia kalu lambat je suap nangis la dia.. tapi yang abang nie dia macam nak main2 sikit.. dia nak makan tapi macam tak nak.. ada sekali tue aku ingatkan dia tak nak sebab bila aku suapkan je dia sembur2kan je.. habis comot mulutnya.. pastu aku stop la.. sebab mak aku kata budak2 kalu dia tak nak dia sembur je makanan tue pas tue buat macam dia nak muntah.. so aku tak bagi kat dia dah la.. bagi kat adik je..
Sekali dia nangis-nangis je.. aku cuba la bagi lagi.. bila aku suap je dia senyap tp still macam main.. lama betul nak tunggu dia habiskan satu suapan tu.. adik dah nak masuk tiga suapan dia baru nak habis yang satu tu.. baru la aku tahu dia nak makan tapi dalam masa yang sama dia nak main.. bila dia orang nie kenyang dia orang akan buang semua makanan yang aku suap tue.. bila kita masukkan balik sebab ingatkan meleleh masa dia orang nak menelan.. dia orang akan luahkan balik juga.. pastu dia orang akan buat macam nak muntah tue.. macam yang mak aku kata la.. so aku stop la dah tak suap kat dia orang lagi.. dah kenyang la tu sebab bila ku berhenti pun dia orang tak menangis.. Apa-apa pun memang berbaloi la bagi makanan pejal nie.. sebab bila tido malam tido lena.. tak kerap terjaga dah..
Lagi Gambar Disini
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU
Saturday, May 2, 2009
sesampai je disana rombongan sebelah lelaki dah memenuhi ruang rumah dah..terpaksa la kami masuk ikut pintu belakang.. apa lagi time time tue aku jd kameraman la jap.. maklum la anak aku ramai sangat org yang nak jagakan.. hehehe.. tue yang aku sempat snap gambar2 kat majlis tue..
rombongan lelaki ni dari machang kelantan.. cuma satu je yang menarik perhatian aku masa tgk hantaran yang dibawa.. hantaran sebanyak 7bekas berbalas 9bekas.. cuma salah satu dari hantaran pihak lelaki tue adalah wang tunai sebanyak rm3k.. mulanya aku pelik gak la.. kenapa perlu ada duit lak so setelah di soal selidik baru la aku tahu jawapan nya.. hehehe mcm suspend je..
ckp pasal serentak nie.. aku penah la dgr org tua2 citer yang tak elok diadakan kenduri kawin dua beradik serentak.. lain la kalu dua beradik tetapi berlainan jantina.. mcm adik perempuan n abangnya ke.. tapi ini adik perempuan dan kakaknya.. menurut org tua2 dahulu besar kemungkinan bencana akan berlaku atau pun perkahwinan itu tidak kekal lama.. wallahualam... aku pun tak tahu ke sahihannya.. semua tue adalah kerja Allah.. kita merancang Allah yang menentukannya..
Ni entri last 2 weeks.. ketika MEnteri KTTHA dan Timbalannya melawat ke Jabatan Aku bekerja. Sesi lawatan ni pada sebelah pagi.. lebih kurang dalam jam 9.00 pagi.. masa nie semua staf diminta bersedia untuk menyambut kedatangan beliau.. kami semua kena la beratur beramai2 dari hadapan pintu lift ke tempat taklimat akan di buat iaitu di bilik mesyuarat KP.
sebelum kedatangan tue pun kami dah kena kemas kat semua meja kerja, fail2 perlu di susun rapi mana la tahu kot2 la dia nak round tempat kami tak la nampak bersepah.. hehehe...
tapi malangnya dia tak round pun.. kira ok gak la.. tak perlu nak berlakon sibuk bekerja lama2 sangat... hehehehe...
Lagi Gambar Klik Disini
Labels: OfFiCe
Friday, May 1, 2009
Hari ni semua sekali bercuti.. so aku nak amik kesempatan untuk ucapkan selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia.. dan yang melayari blog aku nie la.. hehehe..
cuti2 pun.. kat umah tetap gak kena keja.. kalu tak sapa lagi yang nak tolong buatkan.. kalu ada maid tue lain la.. tp sepatutnya maid pun kena cuti tau.. sebab dia pun pekerja juga.. hehehe..
Labels: SeMasA












