cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Monday, August 24, 2009

Assalamualaikum w.b.t...
hehehehe... sori ye kekawan telewat nak wish.. terasa malas sgt nak update blog skrg nie.. tapi di gagahi juga..

so kepada kawan dan semua pengunjung blog ini selamat menyambut bulan Ramadhan.. walaupun setelah 2 hari kita menjalankan ibadah berpuasa ini.. ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap samaada disedari ataupun tidak sedar.. semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua..

akhir kata.. selamat Berpuasa...

Thursday, August 6, 2009

huh.. dah berabuk dah blok aku nie.. hehehe.. lama tak update.. ni baru nak mula update.. dah basi pun citer nie..
tanggal 21hb julai 2009

Petang tue lepas je balik dari kerja siap2kan twins n barang2 lain kami bertolak ke kemaman. kali ni aku g site meeting ngan site visit dengan family.. kebetulan hubby cuti.. so boleh la jalan2 dengan family.. dah lama tak jalan jauh2 nie.. so kira peluang la.. kami bertolak kira2 jam 5.30 ptg.. kami ikut highway dari putrajaya - jabur.. terus exit cherating.. perjalanan kira2 4 jam je kalu tak tak silap aku tapi biasa la kan bila ngan anak kecik nie kerap benti2 so jadi la 5 jam.. around 10.30 mlm baru kami tiba di kemaman... bandar chukai.. so tgh malam tue juga la baru nak cari hotel.. awal tak nak survey.. dah sampai sana baru nak survey.. hubby siap berhenti kat kopitiam lagi.. nak dapat kan line wireless laptop.. nak search internet.. mujur la ada coverage.. so boleh la contact dua tiga hotel.. mula ingat nak ambil yang grand sikit.. tapi bila pikir balik tak jadi la.. ambil hotel yang biasa la.. budget sikit la.. gaji lum masuk lagi tue.. so dapat la sebuah hotel dalam bandar chukai nie.. River View Hotel semlm RM100 je.. berhampiran bus station chukai.. bila kami ke kawasan hotel tue.. punya la banyak hotel lain lagi yang ada kat situ.. kira mcm pusat tumpuan la.. mungkin sebab berdekatan dengan bus station.. tue yang banyak betul hotel tue.. dalam masa tue wakil konsultant yang akan ambil n bawa aku ke Kuala Terengganu call.. dia nak confirmkan tempat aku menginap.. senang nak pickup esok.. so aku dah pun deal dgn dia jam 7 pagi esok kami bertolak.. kena bangun awal la nie.. huhuukkhuhkk.. baru nak enjoy sikit.. hehehe..

kalau nak di ikutkan aku terus stay di kuala terengganu pun boleh juga.. tapi memandangkan jarak perjalanan yang haru kami tempuhi.. hehehe jauh lagi so cukup setakat kemaman je.. lagi pun site visit nanti di kemaman juga.. nak balik pun tak la jauh nanti.. tue la sebabnya kami menginap di kemaman..
masa sampai di hotel tue twins baru je bangun dari tido.. tadi diorg dah tido dalam keta lama juga la.. so bilik dah register n masuk dalam bilik diorg dah tak nak tido la.. nak main la keja nya.. lebih2 lagi tgk tempat baru lak tue.. tak penah tgk lagi barang2 tue mula la diorg menkaji.. hehehe.. susah juga nak tidokan diaorg balik pastue.. dalam kul 1 camtue baru diaorg tido.. aku pun apa lagi tido gak la..

GAMBAR MASA DI KEDAI MAKAN.. KAT KEMAMAN..

tanggal 22hb Julai 2009


pagi2 lagi aku dah bangun n siap2 nak kuar.. smlm aku dah janji dengan en dzulkarnain wakil consultant tue jumpa kat bus station je.. so around 7 pg aku pun turun n berjalan la ke bus station.. 15 minit berlalu.. belum nampak kelibatnya.. terpacak je aku sorg.. tension la nie.. janji kul 7.. tapi tak sampai lagi.. last2 aku call la.. dia kata ontheway.. pukul 7.30 baru dia sampai.. 1/2 jam aku tunggu.. tapi mujur pikir nak g meeting.. so sabar je la.. ontheway nak g tue dia bagi tau nak g amik site clerk dia.. coz dia tak tahu sgt jalan nak ke kuala terengganu so aku iakan je la.. dalam perjalan ke KT tue aku duduk di bahagian belakang.. kira jadi big bos la kejap.. hehehe.. ontheway nak ke KT tue best gak tgk scenery selalu aku dgr n sebut je tentang tentang bandar dungun ngan kerteh.. so kira hari tue aku dah sampai sendiri ke bandar tue.. aku terpikir gak.. kiri kanan kawasan yang berisiko tinggi.. kalu la terjadi kebakaran ke.. errrkkk seramnya... so insyaAllah harap2 tak ade la pape yang berlaku kan.. dulu masa isu kebakaran di station kerteh pun dah panik kan..

dalam perjalanan tue juga aku lalu di kawasan rantau abang.. teringat la lagu salem.. " ke rantau abang.. kita tgk penyu telur.." menurut kata site clerk tue skrg nie ni pun ada lagi penyu yang naik.. cuma kalu sapa yang nak tgk kena dtg around 3-5 pagi la.. itu pun ikut nasib je.. kalu ada rezki dapat la tgk.. kalu tak putih mata je la.. hehehe... kat kawasan tue gak ada pusat pembiakan penyu (kalu tak salah nama tue la kot hehehhe).. so tak la pupus penyu kita.. pantainya memang cantik.. kalu tgk air laut best je.. macam nak je berenang2.. hehehe.. tapi apa kan daya aku pergi kerana tugas.. tapi syg gak la sebab aku tak dapat nak ambil gambar scenery sepanjang perjalanan.. sebab en dzul memandu laju sgt.. nak kejar masa takut terlewat sampai ke KT.. maklum la meeting kami jam 11.00 pgi.. so sebelum tue dah kena sampai la di Syarikat Air Terengganu (SATU)..

seperti yang dirancang aku tiba dalam jam 10.30 pagi.. tapi en Dzul tue tak hantar aku pun nak ke pejabat SATU tue.. dah la aku 1st time ke sana so tak tahu kemana nak dituju.. dia main blanh mcm tue je.. katanya nak ke pejabatnya dulu.. walhal pejabatnya dekat je.. jalan kaki pun boleh.. (aku tahu pun sebab diaorg dtg meeting tue jalan kaki).. so aku pun call Wakil SATU la.. En. Roslan yang intertain aku.. aku ckp la conslutant ni tak tahu nak intertain org dari kementerian ke.. mana taknya.. atleast ckp la kat mana aku kena pergi.. ini tidak main tinggal je.. bila aku tanya dia siap kata kaunter pertanyaan ada.. sakit je hati dgr tau.. sabar je la..

meeting aku tamat pada kul 1.00.. so luch time.. kami g lunch dulu.. dekat dengan area opis SATU je.. lepas selesai lunch aku ngan en Roslan dengan kenderaan SATU yang dipandu en. radzi.. diaorg yang akan bawa aku ke site n hantar aku blik ke hotel.. sepanjang perjalanan masih lagi di laluan sama cuma selepas pekan dungun kami dah ikut jalan kampung.. memang betul2 masuk kampung nie.. lalu ikut dusun.. n ladang2 je.. seram gak.. terpikir gak aku kalau2 kereta rosak macam mana la agaknya.. rumah2 kat kawasan tue pun jarak sesebuah umah tue jauh benar.. kira-kira jam 5.30 petang kami sampai di site.. so aku tgk2 apa yang patut ngan ambil gambar sikit2.. jam 6.45 jam tue dah bertolak balik hotel.. sampai hotel dalam kul 7 selepas minum petang sekejap.. so time tue boleh la aku rehat2 je kat hotel tue..hehehe..

malamnya kami kuar ke downtown pekan chukai.. tak la byk mana pun gerai.. tapi kira ok la dari tak ada.. hehehe... kemudian kami g makan d gerai tomyam.. aku tak ingat nama gerai tue n kawasan tue.. lupa la.. sori yek.. makanannya ok.. not bad..

malam tue aku check badan anak aku yang abg tue dah panas nak demam.. mungkin duduk dalam aircond lama sgt kot.. so aku suruh la hubby beli kat cool fever... nak bawa g klinik pun dah tgh malam.. tak tahu kat mana yang masih buka.. harap ok la.. beli je cool fever tue aku terus pakaikan kat dia n bagi dia pakai sweather.. lepas tue aku tgh dah ok sikit dah.. dah mula berpeluh2 dah.. suhu pun dah kurang.. cuma skrg kena standby takut adik lak yang berjangkit..


tanggal 23hb Julai 2009




masa nak balik.. adik happy je.. abang yang demam..

pagi tue dalam jam 8.30 pagi kami bertolak balik dari kemaman ke putrajaya.. petang tue aku kena masuk opis balik.. so harap2 biarla sampai awal skit.. boleh la rest kejap seblum masuk opis.. around kul 12.30 kami sampai umah.. masa tue hubby tinggal kan je kami kat bawah pastue dia terus g keja.. ada discustion n petang tue lak dia ada kursus. sampai je kat umah aku tgk adik dah lain je.. bdan dia panas demam la tue.. aku letak la cool fever nak bagi cool skit n maklum kat hubby.. dalam kul 1tgh hubby aku blik tgk dia ok la pula duk main je.. so hubby kata ptg nie nak bawa g klinik sebb dia nak kena masuk opis balik ada kursus.. aku pun nak masuk opis gak.. takpe hubby je yang g opis lu sementara aku nak siap ke opis lagipun diaorg tgh tido skrg nie.. tgh aku nak bersiap tue mak aku bagi tau badan adik tue panas.. aku suruh je dia jelum kepala dulu.. bagi sejuk sikit badannya.. mymum aku pun nak la g amik air nak jelum kan.. tapi terbantut sebab adik terjaga dari tidur.. mymum aku pusing nak ambilkan susu untuk dia tetiba je dia tarik.. kelamkabut mymum jerit panggil aku.. apa lagi aku pun panic la gak.. aku dukung dia kemudian aku basahkan kepalanya dengan air banyak2 kali.. aku picit2 tangan ngan kakinya supaya dia tak kejang lagi.. sementara tue juga aku suruh mymum ambil phone n call hubby suruh balik sekarang juga nak bawa dia g hospital.. sementara nak turun n tunggu hubby tue kira dia dah kurang skit.. tapi aku tetap letakkan kain basah dikepala dia.. mujur la hubby pun cepat time tue.. dia kata dia langgar je lampur merah n bawa dalam 180km/j.. kami terus ke kecemasan.. sampai di kecemasan MA suruh masuk je terus.. kat dalam tue diaorg suruh bukakan bajunya, dan diorg bagi ubat buntut.. pastue masukkan air.. aku tgk dia dah kurang sikit suhunya.. tapi dia meraung la.. ramai sgt yang kerumun dia time tue.. takkut gak aku.. dalam hati nie berdoa la taktau nak habaq dah.. minta tak jadi pape je.. nak nangis pun ada takut.. tapi aku tahan je.. lepas tue diaorg suruh aku lapkan badan dia dengan kain lembap.. diaorg nak buatkan.. tapi dia tak bagi.. menangis lagi kuat.. so aku je buat..

kami sampai kecemasan dalam kul 2.00 so dalam kul 3.00 lebihi doktor suruh masuk wad sebab nak pantau.. so mlm tue aku tido hospital la.. tak kisah la semua tue janji dia sihat je.. dan tak ada pape effect lepas tue.. mudah-mudahan.. esoknya petang lepas dah 24jam doktor pantau dia dah ok.. so aku dah boleh bawa dia kuar dah.. harap2 biarla nie yang terakhir dorg masuk wad lepas nie tak lagi..




adik yang masuk wad.. abang yang sibuk2 main atas katil tue..


;;

By :
Free Blog Templates