ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, June 27, 2009

Entri kali ni aku ceritakan tentang semua aktiviti semasa balik kampung.. cover balik entri yang aku tak postkan sebab tak ada mood.. so skrg ni kira dah ada mood n peluang untuk menulis.. hehehe..

11hb Jun 2009

aku n family bertolak balik ke kampung selepas maghrib.. selepas selesai masukkan barang2 dalam kereta.. dari rumah aku diputrajaya nie hubby aku yang drive.. aku minta gak nak drive

tapi dia tak kasi.. tak percayakan aku la tue.. hehehe.. tapi ok juga la.. aku boleh tido je kat blkg nanti.. hahaha.. aceli aku kena duduk belakang di tengah2 antara carseat anak2 aku tue.. nenek diorg duduk kat depan la.. senang dia nak kuar.. aku je yang slalu kena lompat ke depan untuk keluar.. kereta 4 pintu dah jadi 2 pintu..

banyak kali la juga kami singgah di RNR.. maklum la ada anak kecil dgn warga emas.. masa sampai di RNR Bukit Gantang kalu tak silap aku la.. masa tue aku gantikan hubby aku drive.. dalam perjalanan tue ada lak kemalangan berlaku.. sebuah pagero dgn lori minyak shell.. terbalik pagero tue terbalik n 4 biji tayarnya di atas.. rasanya mungkin sebab dia terlalu laju n tak sempat brek kot.. sebab sebelum tue kalu aku tak silap pagero tue la yang memotong kereta aku dgn laju.. my hubby apa lagi bila tgk mcm tue.. terus dia suruh aku berhenti di hentian depan.. dia nak bawa katanya.. bahaya sebab aku dah la tak pakai cermin mata.. hehhee.. so dia la sambung drive sampai la kami tiba di kampung around 4 am..





Bergambar di RNR Bukit Gantang..

12hb Jun 2009


Setibanya kami kat umah MIL.. twins aku ni dah tak nak tido.. diorg nak main2 lak.. aku n my hubby dah ngantuk gila dah time tue.. mana taknya sepanjang perjalanan tak dapat tido..mujur la my mum, MIL n FIL aku nak tolong tgk kan.. lagipun MIL n FIL aku tue dah lama rindukan twins.. asyik tanya je bila nak balik.. ha kali ni terlepas la rindu diorg.. dan kami pun sempat la tido.. hehehe...

bangun je tido around 6.30 am tue.. braeakfast.. ha nak tahu aku braekfast apa pgi tue.. pulut durian FIL beli durian kampung Singkir nama kampung tue.. tapi kalu dalam loqhat Kedah bunyinya Singkiaq.. dia beli durian tue sebab dia tahu menantu dia nie suka makan durian.. apa lagi aku sebat je la.. pulut sikit durian je banyak.. hahaha.. adik ipar aku lak mengandung skrg nie.. dia pun nak mkn durian gak.. mcm masa aku peggie dulu la.. aku suka sgt mkn durian.. boleh kata setiap hari nak ada durian kat umah tue.. adik ipar aku kata kat rumah MIL ni dah dua hari braekfast pulut durian sebab ramai yang minat dengan makan raja buah nie.. lebih2 lagi kat sna boleh beli dengan harga yang murah je.. tak mcam kat putrajaya.. selesai bab pagi..

tengahari tue lak lepas je kaum lelakinya balik dari solat jumaat.. kami semua bersiap nak ke umha sepupu my hubby yang nak kenduri esoknya.. hari ni dia angkat nikah.. adik ipar n hubbynya dah pegi dulu sebab diorg nak singgah tempat lain dulu.. manakala MIL, FIL, MYmum n family aku satu biji keta.. tapi MyMum sekerat jalan je, sebab dia nak g tgk anak kak aku dulu hari ni kat umah bisannya.. so kami just drob by je la.. pastue terus ke umah sepupu hubby tue..



Ni la sepupu Hubby aku tue..

sesampai je kat sana rombongan dah pun pulang ke rumah.. dah siap makan dah pun, kira kami last je la.. tak sempat nak g tolong2 apa yang patut pun..lepas je rombongan lelaki balik.. kami makan la.. time rombongan kami la pula.. kat majlis tue kecoh lak diorg ni susun pasangan kembar.. maklumla boleh dikatakan family yang dtg nie ada anak atau pun adik kembar.. mcam makngah aku mak kepada pengantin perempuan.. adik iparnya kembar lelaki&perempuan.. adik pengantin dan anak bongsu kepada makngah aku tue pun kembar juga lelaki&perempuan.. kakak pengantin n anak sulung kepada makngah aku ni pun anak sulungnya kembar perempuan kedua-duanya.. anak kedua makngah aku nie lak dapat anak kembar juga yang sulung lelaki kedua-duanya.. aku pun dapat anak sulung kembar juga lelaki kedua-duanya.. kira 5 pasangan kembar la yang datang pada hari tue.. tp yang tak bestnya aku tak sempat nak amik gambar kembar2 masa tue.. masing2 sibuk dengan hal masing2 mungkin lain kali aku akan ambil sebagai kenangan..

lepas je selesai makan dan tolong sikit2 apa yang patut kami pun blik la ke umah MIL.. sampai je kat umah MIL kami rehat jap.. masa tue around 8.30 mlm, aku n hubby kelaar balik bawa twins skali g ambil MyMum lak kat umah MIL akak aku tue.. sesampai je kat sana abang ipar aku tgh bakar ikan siakap.. hasil memancing kolam petang tadi dan menang wang saguhati RM50 hinggit.. besar juga ikan tue.. tapi aku tak makn dah sebab dah kenyang sangat dah time tue.. so just duduk n borak2 je kejap.. pastue kami blik la nak rest lak.. esok nak g kenduri lak umah makngah hubby tue.. tapi mujur tak perlu awal sngt sebab diorg ambil katering bukan pakatan so tak ada keja nak buat la..


Ni lak gambar anak2 kakak aku.. yang kecil tue baru je 3bln

13hb Jun 2009

bangun pagi siap2 kan pakaian aku, hubby n twins yang nak dipakai ke kenduri jap lagi.. breakfast aku hari nie pulut durian lagi tau.. kiranya dah tiga hari la org kat umah ni mkn pulut durian.. aku biasa la alas dengan nasi lemak bungkus dulu pastue baru durian.. dah lama tak makan nasi lemak yang mcm kat kampung ni selama aku di putrajaya.. bila dapat makan best je..
around 11.30 kami betolak ke Rumah Pengantin di Kuala Ketil konvoi 3 biji keta.. keta aku, adik ipar n abang ipar.. smpai sana je dah boleh makan tapi kami tak makan lagi rasa awal sgt lak.. cuma katering nie tak buat buffet sebab tuan umah suruh buat hidang.. susah la juga sebab bila nak makan kena cukup korum baru boleh makan.. maknanya kena ada 4 org satu meja baru boleh makan.. dah la macam tue meja pengantin pun diorg tak buat.. tuan umah kena wat sendiri.. kelamkabut juga la bila pengantin lelaki tiba around 2.00 tue..


Rombongan Pengantin Tiba..


Ketika menunggu Meja Pengantin siap disediakan..



antara bekas hantaran bagi sebelah lelaki(Hijau) dan Perempuan(Oren)


pengantin semasa di meja makan..,

pengantin lelaki ni org Sarawak rombongan ni dtg dari Jitra rumah bapa angkat pengantin lelaki tapi mak, bapa n adik pengantin lelaki tue adala datang dr sarawak.. masa diorg sampai meja pengantin tak siap lagi lak.. dah la diorg nie tak buat pelamin so tak detempat lain la nak tuju.. nak g bilik pun tingkat atas.. so duduk la pengantin nie dalam umah dulu.. dalam setengah jam baru boleh keuar ke meja pengantin.. whatever pun kira ok la juga perjalanan majlis nie walaupun secara kecil je..



ni la aktiviti kita org masa di majlis nie.. hehehe..

petang tue lepas selasai rombongan lelaki n pengantin makan kami pun apa lagi cabut la.. tapi berpecah.. aku n family terus ke rumah paksu aku di Kuala Sedaka, Yan manakala yang lain terus je balik..

kat umah paksu aku ni siap ambil mangga opps pelam la.. buah pelam epal.. hehehe.. buah ni tak la manis n tak la masam sangat.. sedang2 je.. masa ka umah paksu aku tue aku dapat tahu yang tokcik aku adik kepada arwah datuk aku tue kena stroke.. so sempat la kami jenguk kejap.. masa tue dia tgh diurut untuk membolehkan tangan n kaki kanannya digerakkan.. lepas je balik dr situ kami ke rumah paksu hubby aku lak.. kat hujung simpang masuk umah paksu akku td.. kat sana kami singgah kejap je.. sehingga lepas maghrib sebab masa balik dr umah paksu aku tue pun dah nak maghrib dah..


Ni la paksu n maksu aku.. sambil dukung twins..

lepas je balik dari umah kedua-dua paksu tue kami ke umah abah aku lak yang terletak di Kampung Jemerlang.. bukan jembalang tau.. kami makam malam di sana.. so boleh la anak2 aku main lama2 sikit di umah datuk diorg tue n kenal dengan makcik2 diorg.. lagi pun datuk ngan nenek diaorg tue pun sibuk gak bertanya bila twins nie nak balik.. so bila dah balik tue kena la g jenguk n tunjukkan muka.. lepas dah lama n penat kami blik la semula ke umah MIL.. kat Simpang Empat..
14hb Jun 2009

hari ni kira enjoy sikit la.. sebab hari ni cuma nak ke umah sedara-mara yang terdekat je.. biasa la bila dah sekali sekala balik nie kenalah buat lawatan dari rumah ke rumah.. so pgi tue around 11am kami keluar.. ha lupa la nak bg tau.. hari ni breakfast pulut durian lagi tau.. dah 4 hari la makan pulut durian kat umah MIL nie.. back to the future.. hehehe...

mula-mula skali aku ke rumah mak chaq aku.. iaitu kakak kepada MyMum k
ami singgah pun tak lama sebenarnya sebab ada lagi dua tiga buah umah yang nak pegi.. lagi pun hari ni kena blik awal sebelum maghrib sebab malam ada gethering dengan family hubby aku.. so lepas je g umah mak chaq kami ke umah pakteh lak abang pada MyMum di gunung keriang.. pakteh skrg nie tah brapa sihat sebab stroke juga.. badan dia pun dah kurus skrg nie..lepas je blik dari umah pakteh aku ajak hubby singgah kat INI Saloon.. hehehe aku nak potong rambut anak aku sikit, rambu aku pun nak potong n cuci.. MyMum pun nak juga potong rambut dia tue.. katanya ka putrajaya susah nak dapat saloon yang paham kehendaknya.. masa nak gunting rambut tue punya la gamat suasana dengan tangisan twins.. dorg takut nak potong rambut.. jenuh juga la nak pegang dorg yang meronta2 tue.. tapi MyMum kata kena gak ajar dorg supaya nanti bila besar dah tak takut dah.. tue yang tahan juga tue.. lepas je abis semuanya kami ke umah mak su aku lak.. adik Mymum yang kecil.. mengikut cerita maksu aku nie dulunya adalah kembar.. tetapi pasangannya tak dapat hidup lama.. kalu masih ada, aku ada la lagi sorg pakcik.. tapi Allah terlalu sayangkannya.. ok back to the normal.. hehehe..
kat umah maksu aku nie la aku duduk lama sikit sebab aku lebih rapat dengan familynya.. kat sana aku mandikan anak2 aku n siap makan tgh hari lagi walaupun masa tue dah lewat petang.. around 3.30 pm.. lepas je dah paus kami pun pulang la ke rumah MIL.. nak rest la kejap.. malam nie nak kaur lagi..

Around 9.00pm.. lepas FIL aku blik dari surau solat Isyak kami semua pun bertolak ke Restoran Tok Nadoq.. ermm tak tahu la ada yang penah dengar ke tak.. tapi restoran nie dah penah la masuk tiba dalam program warung kita di AStro PRima.. yang disiarkan setiap Jumaat Jam 7.30pm tue.. FIL aku ni la.. dia dari mula tgk warung kita ni la nak sgt dtg restoran ni nak cuba.. tp nak juga tunggu aku n family balik nak g semua.. sebabnya sebelum nie adik ipar aku tue dah penah ajak tapi dia tak nak.. katanya tunggu la abg chik n kak chik balik dulu.. hehehe aku la tue.. sebab tue la baru malam nie dapat pergi..

Mula2 tiba kat restoran nie kira ok la.. pemandangannya restoran ini dari luar not bad.. suasana dalaman pun ok.. susunan kerusi meja pun ok la.. sesuai la untuk majlis ringkas.. tapi kami masa tue silap timing.. restoran nie terkenal dengan aktiviti karaoke yang yang bermula jam 10pm.. kami sampai sana pun around 10pm lebi dah masa tue.. so bising la dgn suara2 sedap n tak sedap didengarnya.. malam byak juga la menu yang dipesan.. tapi kau dah tak ingat la.. yang aku ingat ada udang, sotong, ikan, sayur dan telur dadar... rasanya juga not bad la.. tak la lazat mana.. tapi kira okla.. price pun berpatutan.. malam tue kami makan RM 199.80 dengan dua ekor ikan siakap yang fress.. hidup2 lagi.. udang pun besar.. silap aku tak amik gambar menu.. sebab masa tue dah tak ingat apa.. ingat nka makan je.. maklumla dah nak kebulur je semuanya.. hehehe.. lepas makan je apa lagi balik umah la.. tido Time.. hehehe..


ni la gambar pengacara warung kita yang tergantung dalam restoran tue.. Azrul raja lawak kot kalu tak silap aku.. ter





ni la gelagat kita orang mana kat restoran tue..



ni la aktiviti anak2 aku n my BIL

15hb Jun 2009

pagi ni dah tak breakfast pulut durian lagi.. makan nasi lemak bungkus aje.. pagi nie pun tak ada planning.. just duduk umah je.. ptg karang baru nak ke Kuala kedah.. melawat Sepupu aku yang sedang sakit..

so petang je aku, hubby, twins, MyMum, MIL n FIL ke umah sepupu aku tue.. tapi sebelum tue FIL aku ni ajak g kuarkan duit kat AGro bank sebab dia nak beli Mesin Rumput baru.. mesin rumput yang lama tue dah rosak.. tapi dia tak nak beli lagi esok nya baru nak beli.. nak dtg dengan kawan dia juga.. so kami terus je la ke umah sepupu aku tue.. lepas dah lama berborak kami balik la.. takkan la nak tido situ lak aku nie.. hehhee.. otw balik tue aku singgah beli udang lipan/udang ketak.. balik umah rebus n makan ramai.. so aktiviti malam nie makan udang lipan/ketak tue la..

16hb Jun 2009

sepatutnya aku dah berkerja hari nie.. tapi hari ni baru kami nak bertolak balik dari kedah.. so hari ni kira aku EL la.. kami bertolak balik around 10am serentak dengan adik ipar aku tue.. sebab dia nak kena g kursus di kuantan.. tp kami dulu yang bertolak dia patah balik kerana tertinggal barang.. tapi masa kami berhenti dihentian tapah tue diaorg muncul lak.. rupa2nya kejar dari tadi tue.. patut la kerap je cal tanya ada kat mana dah.. sebabnya nak jumpa twins je.. ermmm.. mcm2 la diorg nie..

sesampai je dirumah semua dah keletihan.. walupun tiba awal.. so time to sleep..

akhirnya tamat la sudah entri yang panjang ini.. untuk hari yang telah berlalu dalam hidupku..

;;

By :
Free Blog Templates