cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Monday, November 24, 2008

hari nie nak bagi semua tgk gambar terbaru si kembar nie.. dah pandai senyum dah dorg sekarang nie.. dah tue nak berjaga banyak dah la pula.. kalu mula2 dulu bukan main susah nak suruh jaga waktu siang nie.. skrg dah tak susah lagi.. bak kata lagu SM Salim la.. DULU LAIN SEKARANG LAIN..


ni la gambar terbaru si kembar
malam2 pun skrg nie dah tak meragam sgt dah.. dah boleh tido dgn aman sikit.. tp si kembar nie kalu tido mcm2 aksi dorg nie.. kat bawah nie ada gambar dorg tengah wat petronas twins towel.. masa aku amik gambar nie pukul 3 @ 4 pagi masa tue.. cadangnya nak tukar lampin diorg la.. kesian la basah sgt nanti.. tp bila bangun je terus aku nampak si kembar nie posing.. apa lagi aku panggil la hubby aku bwa kamera amik gambar2 dorg tue.. masa tue hubby aku ni tgh layan pc dia la..


ni la aksi dorg mlm tue.. Petronas TWINS Towel
lepas je amik terus dia upload masuk forumnya.. apa lagi ramai2 member2 dia kata dia yang letak sikembar tido mcm tue.. padahal sikembar sendiri yang wat mcm tue.. kalu nak ikut byk gak la cara posing tido dorg nie yang sama cuma tak teramik je.. maklum la dorg nie kan seiras.. walaupun satu uri yang dibelah kepada dua.. tapi kdg2 tetap sama gak perlakuan.. nanti kalu ada lagi post2 menarik dorg aku amik lagi..

ermmm.. hari ni aku baru je masuk kerja balik.. rasa mcm baru mula masuk kerja je.. hehehe.. bukan apa mula2 aku lapor diri kat opis nie aku dah pun bawa perut masa tue.. skrg nie dah kempis dah sikit perut tue.. tue yang rasa baru..

tp aku masuk2 je kerja dah dpt tahu yang ramai member2 opis aku bertukar dan dinaikkan pangkat.. ada gak yang pencen..

so hari ni dorg adakan jamuan perpisahan la untuk dor nie.. En. Zulfakar bos di bahagian aku.. EO.. dan juga kak yan.. samping tue ada gak sambut kedatangan EO baru dan PA baru pengarah yg mengantikan KAK KAy.. aku dijemput hadir sama la.. makan free.. dorg yang lain semua kumpul sumbangan masa aku cuti.. aku je tak menyumbangkan apa2 pun.. memang betul2 mkn free tau..

makanan sedap tp aku tak boleh la mkn byk2.. aku kan masih lagi berpantang untuk 100 hari.. dah solidkan body la katakan.. rugi gak rasanya tak bawa kamera.. kalu tak boleh la aku uploadkan gambar dlm blog nie.. tp kamera lupa amik.. semlm my hubby uploadkan gambar dlm pc kat umah..
tak pe la.. mungkin nanti ada lagi.. boleh lagi amik..

ok la.. itu je cerita untuk hari nie.. lagi pun aku bukannya ada pape kerja nak buat pun lagi.. layan blog je la.. so kalu ada cerita menarik boleh la masukkan dlm blog lagi..

Monday, November 10, 2008

Lamanya aku tak kunjungi blog nie.. maklumlah bercuti panjang.. baru sekarang berkesempatan untuk kunjungi blog.. kat sini aku nak cerita pengalaman aku semasa hendak melahirkan kedua putera hatiku..

Pada hari isnin 22 hb September 2008, sebenarnya aku ke dewan bersalin untuk membuat pemeriksaan kerana aku berasa sakit dibahagian bawah serta ingin meminta cuti bersalin awal.. maklumlah dah dekat nak raya la katakan.. nak la juga balik raya kat kampung awal sikit.. dan sekali gus boleh la aku bersalin kat kampung..

Tapi hasrat aku tak kesampaian.. setelah membuat pemeriksaan dah terdapat bukaan 1cm.. so terus la aku kena tahan di wad.. esok paginya aku minta untuk pulang tp doctor tak kasi juga sebab bukaan dah sebanyak 2cm.. tapi aku tak rasa sebarang tanda2 nak bersalin.. malam tue pula doc pakar seorg lagi melawat ke dalam wad.. masa tue dia kata kalu selepas review esok pagi bukaan telah mencapai 3cm aku akan terus dimasukkan ke bilik bersalin.. so keesokkannya selepas doctor di wad review bukaan dah pun hampir ke 3cm.. so apa lagi aku terus dihantar ke bilik bersalin… pukul 8-30 aku dihantar ke sana.. disana doctor memberi suntikan epidural.. risau gak aku tak biasa alami semua tue..

kata doctor supaya aku tak berasa sakit ketika hendak melahirkan dan mudah untuk menjalani pembedahan sekiranya terjadi apa2.. aku setuju je la.. lepas tue pula doctor memberi suntikan bagi mempercepatkan proses bersalin... kemudian air ketuban pun dipecahkan.. masa tue jam menunjukkan pukul 11.30 tgh.. lama nak tunggu memang la aku tak berasa sebarang kesakitan.. tp letih dan berdebar.. tak tahu apa yang bakal terjadi lepas nie.. sehingga la pukul 7-00 ptg bkaan baru sebanyak 6cm.. masa tue pakar perempuan yang melawat memberi masa sehingga jam 8-30 mlm je untuk bukaan penuh.. kalu tak aku perlu dibedah.. lagi la rasa berdebar..

kemudian pada pukul 8-00 mlm sekali lagi doc review.. tp bukaan baru je mencapai 7cm.. doc dibilik bedah memberi tahu doc pakar yang bertugas malam.. dia memberi masa lagi untuk tunggu bukaan.. sehingga la pada pukul 10.45 mlm baru la bukaan mencapai 9cm dah sedikit sahaja lagi mencapai ke 10cm.. proses melahirkan terus dijalankan oleh doc pakar dan 2 org doc.. setelah bertungkus lumus meneran.. namun aku masih lagi tidak berjaya.. nafas aku pendek dan tidak dapat untuk meneran dengan lama.. doc pun ambil keputusan untuk menggunakan vakum.. tepat jam 11-33 mlm baby ku yang pertama dilahirkan.. baby yang kedua pula selamat dilahirkan tepat jam 11.38mlm 5 minit perbezaan masa antara mereka..

ni la wajah putera-putera ku ketika baru dilahirkan..
syukur alhamdulillah kedua2nya selamat.. gembira tak terkata melihat kehadiran kedua2 baby ketika dihantar kesisiku.. walaupun letih..



ni pula gambar ibu dan ibu mertua ku bersama kedua putera ku semasa keluar dari hospital putrajaya..
ni la gambar putera-putera ku.. sebelum cukur kepala..

ni pula gambar putera-putera ku sekarang dan selepas cukur kepala..

;;

By :
Free Blog Templates