cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Wednesday, August 27, 2008


Ini la wajah aku sekarang nie.. dah membesar dah kan.. dah nampak gemuk lak.. hehehe mujur la aku tinggi so tak la terasa berat sangat nak membawa 2 org dalam perut nie.. dua orang la sebab aku bakal lahirkan bayi kembar.. kalu ikutkan scan kami bakal dapat bayi lelaki kedua-duanya.. wallahualam.. tak kisah la.. asalkan sihat dan selamat dah la..
semalam aku baru je pergi checkup untuk setiap dua minggu pula skarang nie.. aku pun kurang siaht nie.. dah 3 hari aku tak ke opis.. duk umah saja.. tekanan darah aku rendah saja.. HB (Homoglobin) aku pun rendah 8.8 je.. doktor suruh banyakan rehat.. tp nak wat mcm mana aku bukannya ada byk cuti lagi.. cuti pun tinggal 2 hari je.. so tak boleh dah la nak ambil cuti lagi..
doktor lak bagi tahu aku yang kemungkinan aku akan bersalin awal sebelum 36minggu biasanya la bagi orang yang bersalin anak kembar nie..
td pun aku ke klinik lagi.. kepala ku terasa lagi sakit dan nak pitam je.. risau juga aku.. rupa2nya tekanan darah ku turun lagi 88/66 je.. doktaor kata tak ada ubat yang nka dia bagi untuk sakit kepala tue.. cuma kena banyak rehat dan minum banyak air.. so bila tekanan darah dah ok nanti sakit kepala pun akan ok.. dia cuma bagi aku MC je.. doktor yang aku jumpa malam nie pun kata kemungkinan aku bersalin awal.. dia kata kalau tgk dari cara aku jalan dengan nak bangun dari duduk dah tak lama dah nak bersalin.. mcm tgh tunggu masa je.. entah la aku pun tak tahu..
apa2 pun aku terima je.. mcm aku kata td la yang penting selamat dan sihat..

Friday, August 22, 2008

Takaful Ikhlas.. ni la topik aku untuk hari nie..
sebanarnya aku skrg nie dah jadi Agen Takaful Ikhlas nie.. partimer je.. nak wat full time tak boleh dah berkerja.. aku pilih takaful nie sebab aku pun amik insusrans Takaful Ikhlas nie.. byk kelebihannya..
selalunya aku promosikan dua produk je kat client2 aku nie.. walaupun Takaful Ikhlas ni ada byk produk lain aku just tekankan dua je.. sebab bagi aku dua produk nie penting untuk kehidupan sekarang nie..
produk tue adalah Ikhlas Saving Takaful dan Ikhlas Education Takaful Classic.


Ni la pamplet bagi Ikhlas Saving Takaful..
dalam ni dah nyatakan apa yang dicover oleh pihak Takaful Ikhlas bg pemilik polisi dengan hanya membelanjakan Rm100 je sebulan.. dalam plan ini juga sekiranya berlaku sebarang kematian atau kecacatan kekal keatas pemegang polisi, pihak Takaful Ikhlas akan menyambung sumbangan bayaran setiap bulan (RM100) sehingga la mencapai tempoh matang.. so bila dah cukup tempoh matang pemegang polisi boleh la kuarkan semua duit simpanan yang dah dia wat dgn Takaful Ikhlas..
sekiranya terjadi apa2 semasa dlam tempoh polisi misalnya kematian, cacat kekal & penyakit kritikal.. waris @ pemegang polisi itu sendiri akan menerima nilai yang pihak Takaful Ikhlas telah lindungi mengikut jumlah yang dinyatakan dalm polisi bersama dengan jumlah simpanan pada tahun tersebut.. Jumlah Simpanan Ini akan dicampurkan dengan % keuntungan syarikat.. so bukan la simpanan semata2 yang diterima..
plan ini juga mengandungi Khairat kematian yang dpt membantu Family semasa pengurusan jenazah.. disamping itu juga pihak Takaful Ikhlas memberi bayaran untuk kemasukkan ke wad..

Ni lak Pamplet bg Ikhlas Education Takaful Classic.
bagi plan ini adalah untuk simpanan pendidikan anak2.. memandangkan zaman sekarang nie susah nak dapatkan pinjaman pendidikan.. lagipun pinjaman pendidikan pun intrestnya tinggi.. macam aku dulu la.. dah abis blajar n dah kerja 3 tahun pun pinjaman pendidikan tak settle lagi..
byak lagi yang nak kena bayar.. so untuk membuat persediaan awal.. pihak takaful ikhlas mewujudkan plan ini bagi membantu keluarga yang tidak berkemampuan.. yela sekali nak masuk balajar kena la keluarkan beribu-riban duit.. so dgn plan ini dari awal lagi kita dah buat persediaan untuk anak kita bila nak sambung belajar nanti.. bukan itu aje dengan hanya Rm100 je kita dah boleh simpan untuk anak2 dan sekali gus anak kita dilindungi oleh insurans..
so sekiranya terjadi sesuatu pada anak kita dia telah dilindungi oleh insurans.. dan kiranya terjadi sesuatu pada kita sebagai pembayarnya.. pihak Takaful Ikhlas akan menyambung byaran penabungan Rm100 tersebut sehingga la umur anak matang.. dan setelah cukup tempoh anak boleh membuat pengeluaran sepenuhnya walaupun hakikatnya tabungan yang dibuat oleh kita tidak sempat cukup tempoh matang.. disamping itu juga pihak Takaful Ikhlas akan memberi ganjaran hadiah kepada anak2 yang cemerlang dalam exam.. setiap 1A yang diperolehi Takaful Ikhlas akan memberikan ganjaran RM100.. insurans yang dicover untuk plan ini sama seperti plan Ikhlas Saving Takaful.. nilai nye je berbeza-beza bergantung kepada butiran2 yang diperlukan..

NI pula My Business Card..

Takaful Ikhlas ini berbeza dengan kita menyimpan di bank.. kerana di bank kita cuma menyimpan tidak mendapat apa2 perlindungan.. dengan Takaful Ikhlas kita menyimpan serta mendapat perlindungan..
disamping tu juga andai berlaku sesuatu yang tak diingini masa depan anak dan keluarga terjamin.. InsyaAllah...

Thursday, August 21, 2008

Sebulan je selepas aku pindah ke Putrajaya nie sepupuku menjempu kami sekeluarga ke rumahnya untuk majlis pertunangan anak perempuan sulungnya.. majlis tu diadakan pada 03 Mei 2008 pada kul 3 ptg di Kampung Sungai Udang, KLang..
tapi kami pergi awal la sikit.. makan tgh hari disana dan tolong2 apa yang perlu walaupun aku tak membantu pape pun sebenarnya.. hehehe masa tue aku dah masuk 4 bulan lebih preggie..
meriah la juga majlis tue walaupun hanya sadara mara terdekat dari kedua2 belah pihak je yang dtg.. aku tolong jadi jurukamera je la.. sementara myhubby merakamkan detik2 manis majlis tue dengan handycamnya..
ni la antara gambar2 yang aku amik masa majlis tue..

atcually anak sepupuku ini adalah sebaya dengan ku..
tp nak buat mcm mana kan dah ikut pangkat tue aku tua la pada dia.. namun tak penah pun dia panggil ku "Makteh" walupun itu yang sepatutnya... tapi aku tak kisah pun.. tak la nampak sgt aku nie tua dah ada anak sedara yang besar... hehehe...

ni gambar aku masa tgh mkn tgh hari la kat sana.. masa nie semua benda nak makan.. byk sgt juadah yang dorg wat.. lagi pun kebetulan masa tue masak asam pedas ikan yang aku nak sgt makan sebelum nie ada.. apa lagi.. bantai la makan sampai berpeluh2 tahan pedas.. hehehe..

ni lak gambar2 aku, mak aku, dan keluarga sepupuku yang datang dari kedah untuk majlis ni bersama-sama dengan anak sedara aku.. gambar kenang-kenangan bila dah berkumpul.. kalau nak tahu sepupu yang dalam gambar ni ada lah adik lelaki kepada mak bakal pengantin tue.. tue yang dorg sanggup dtg ke Klang walaupun hanya untuk majlis pertunangan..

ha.. nie la gambar tuan rumah the Family.. ni pun ada lagi dua org anak lelaki mereka yang tak ada dlam gambar nie.. sibuk wat kerja2 kat luar rumah tue.. mak dia la sepupu aku..
semoga keluarga ini sentiasa dimurahkan rezki n gembira selalu.. buat yang bertunang semoga berkekalan jodohnya hingga hujung nyawa...

Tuesday, August 19, 2008

Akhirnya setelah lebih 3 bulan aku dan suami tinggal berjauhan kerana aku bekerja di KEdah manakala dia pula bekerja diPutrajaya akhirnya permohonan pertukaran yang aku buat diluluskan.. memang la kalu ikutkan hati tak nak tukar.. nak terus je tinggal kat kedah.. dekat ngan family2 lain tapi nak buat mcam mana hubby tak leh nak tukar balik kedah masa tue.. belum terdapat kekosongan jawatan bagi gred dia.. so terpaksalah aku yang tukar gak.. yela duk jauh2 nie susahla.. memandangkan aku dah preggie dua bulan..kesian lak kat hubby tiap2 kali ada checkup kena blik kampung memang la checkup sebulan skali tapi kadang dia blik seminggu skali.. tue yang kesian tue.. so bila dah dapat tukar nie senang la sikit..
sebelum datang putrajaya nie kami adakanlah sedikit kenduri kesyukuran sempena aku boleh bertukar dgn bakal menyambut org baru hehehe serta la kenduri arwah.. jemputannya kami rapat, jiran2 sekeliling n member2 opis aku je.. besar tue takla besar mana sgt.. itupun pun mak mertua aku yang sediakan semua juadah.. aku tolong gak la yang mana mampu.. aku pun bukannya pandai sgt.. terpaksa la aku amik masa sehari seblum pindah sini utk majlis kenduri tue.. sebelah malamnya pulang kami siap2 nak angkat barg la pula.. lori nak dtg malam.. mulanya janji petang tp tak jadi ubah plan dia nak dtg amik malam n terus gerak ke KL.. so kami leh la bertolak pg esoknya..
penat juga tau angkat barg pindah nie.. walaupun aku tak dibenarkan buat apa2 keja berat masa tue tp aku tlg gak la sikit yang mana aku rasa patut n perlu.. yang lain semua sedara mara yang tolongkan.. bab nak susuh brg dlm lori nie abg ipar aku yng buat.. driver n klendan lori tue pun tak pandai sgt.. diorg cuma tlg angkat sikit2 je.. pukul 1pg baru kami semua boleh settlekan keja mengankat barg2 tue.. cdgnya kami nak bertolak malam tue juga.. tp memandangkan dah letih sgt hubby kata blik rido kat umah mak mertua aku dulu..esoknya baru bertolak ke putrajaya.. umah aku tue sewa je tue yang kena tido kat umah mak mertua aku tue.. mlm tue kiranya semua org memang letih sgt la..tido sampai tak sedarkan diri..hehehe..
menjelang pagi je kami bertolak ke Putrajaya.. masa tue aku, hubby n mak aku.. mak aku akan tinggal dengan aku kat putrajaya nie.. so SELAMAT TINGGAL ALOR STAR... SELAMAT TINGGAL KEDAH NEGERI KELAHIRAN KU.. SELAMAT TINGGAL KAWAN2 KU.. huk..huk..hukk.. sedihnya..




Ni la Gambar Rumah yang mungkin kami akan sewa di Taman Lestari Putra..

Monday, August 18, 2008

ha.. besa la kan semua yang dah kawin mestinya nak g bulan madu.. macam tue juga la aku.. tapi aku ngan hubby g dekat je.. tak jauh2 pun.. budget dah abis byak untuk kenduri.. hehehe..
tak adalah.. actually masa tak ada.. aku cuti sikit je.. lagi pun pasni hubby aku dah nak balik putrajaya.. tinggal aku je kat kedah.. selagi aku tak dapat tukar ke sna selagi itu la kami berjauhan.. sian gak kat dia nak kena duk sorg2 kat sana nanti..
ok la sambung blik bab bulan madu nie.. (honey mooonnn)... kami pergi langkawi je.. kat sana kami stay 3h 2malam.. ok la tue..langkawi pun tak la besar sgt nak pusing2.. yang paling bestnya kat sana shopping la..
selain melawat tempat2 yang menarik2.. hubby bawa aku g idaman suri.. tempat yang selalunya surirumahtangga pergi setiapkali ke langkawi untuk shoping barangan rumah.. sesuai la dengan nama pasaraya..
ha.. memang gila2 la aku shopping time tue.. mana taknya.. dekat RM1k akunya shopping.. abis la digoresnya kredit kad tue.. hutang lagi.. semua tambah hutang je.. hehehe.. tpi bila tgk barang shopping tak ingat dunia...
ok la juga sebab aku membeli barang2 keperluan rumah.. set pinggan makan, set sudu & garfu, Pan set, corning ware set, n acopal set aku belikan untuk ibu mertuaku.. untuk mak aku tak beli pun.. ye la mak aku dah tinggal dengan aku.. so apa yang aku beli untuk aku kira untuk dia juga la.. hehehe..
punya la seronok shopping sampai tak muat beg yang kami bawa.. yela sebelum balik nak beli coklat lagi.. untuk kawan2 opis n family yang lain.. kain batik pun beli juga.. yela orang kata tak sah kalu pergi langkawi tak beli coklat n kain batik.. sebab dua barang tue yang selalunya pelancong akan beli sebab kat sana murah.. tue yang tak muat tue.. siap g beli beg baru la seblum nak ke jeti tue.. kira satu beg trolly tue khas untuk coklat je.. banyak tue..
masa nak naik feri blik tue kena la kami amik dua trolly barang tue buat mengangkut beg dengan barang2 yang aku shopping kat idaman suri.. risau gak time tue.. takut kena cukai.. yela kalu beli byak sangat tp tempoh menginap kat sana tak cukup kena la bayar cukai.. mujurla masa check tue kami lepas dari cukai.. sebab syarat tinggal dilangkawi tue sekurang2nya 3h ke atas.. kira kami ok la dah stay sana 3h.. cuak juga bila kastam minta resit atau apa yang boleh buktikan kami menginap 3h.. manataknya semua resit dah tinggalkan dalam keta sewa.. tpi mujur la inai dijariku masih merah menyala so dia tahu la dtg honey moon.. kastam tue siap kata lagi.. ye la org baru so beli brg baru la untuk masuk umah baru.. hehehe.. dia siap sound kami lagi.. katanya dia nak tgk mcm mana kami nak bawa naik barang2 yang byk 2 dalam ferry jap lagi.. kami senyum je la..
kalu nak tahu memang susah pun nak bawa semua brg2 tue naik ferry.. ye la.. pintu kan sempit sorg2 je boleh masuk.. dah la barang2 byk..berat lak tue.. sian betul aku tgk hubby angkat barang2 tue semua sorg2.. mujur la yang last2 tue ada gak staf jetty tue yang tolong.. trima kasih diucapkan..

Sunday, August 17, 2008

ermmm... lepas akad nikah kena la wat kenduri kendara sedikit.. walimatulurus.. ye la nak juga la perkenalkan pada ahli keluarga yang lain.. majlis persandingan la pula..
majlis nie dua hari la diadakan.. sebelah perempuan 09hb Desember 2007 dan sebelah lelakinya pula 10hb Desember 2007.. meriah tue tak tahu la nak kata.. rasa-rasanya meriahla kot bagi aku.. itu pun dah kira syukur dapat gak buat kenduri macam tue.. maklumla.. nak kirakan belanja memang la besar juga.. tp alhamdulillah masih lagi mampu kami berdua uruskan.. hehehe..
rumah aku masa tue pakai sepersalinan oren.. boleh dikatakan serba serbinya berwarna oren la.. paus juga nak cari semua kelengkapan untuk lancarkan kenduri tue.. mujur la family dari kedua-dua belah pihak banyak membantu.. kalu tak masakan ianya boleh berjalan lancar.. cuma kawasan taman ni maklumlah.. tak sama seperti kampung.. kenduri dirumahku kami mengambil khidmat Katering.. untuk persiapan bunga telur ada la juga jiran2 taman yang datang membantu.. terima kasih semua..


ha.. sebelah lelaki pula kami gunakan sepersalinan biru putih.. ermm kelengkapan lain semuanya dibuat dengan warna biru.. baru la macthing kan.. boleh dikatakan suasana di rumah suamiku lebih meriah dari rumah ku sendiri.. ialah kawasan perkampungan dengan taman memang lain kemeriahannya berbeza.. disebelah sana masih mengamalkan pakatan bergotong-royong.. kenduri kendara dilakukan beramai-ramai dengan jiran-jiran tertangga.. sampai ke petang masih ramai yang datang tanpa henti..



ermm.. kebetulan tarikh kenduri dirumah suamiku juga merupakan tarikh lahirnya.. kiranya sambut dua sekali la.. tp sambutan hari lahir tue hanya dibuat dengan ahli keluarga terdekat sahaja.. beli kek kecil je.. so nanti bila nak sambut anniversary boleh la sambut skali dgn birthdaynya.. jimat budget.. hehehe..



07 hb Desember 2007
tarikh yang selama ini dinantikan dengan penuh debar kini menjelma jua.. hari ini aku akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihan ku sendiri.. hari ini akan bermulalah langkah baru dalam hidup ku sebagai seoarang yang bergelar isteri.. Majlis akad nikah aku diadakan di Masjid Negeri (Masjid Zahir) Alor Setar Kedah.. upacara akad nikah ini bermula pada pukul 3.00 ptg selepas solat jumaat.. berdebar gila waktu tu.. mana taknya.. tak tahu apa yang akan jadi.. harap ok je semuanya..
Alhamdulillah tepat jam 3.15 ptg aku telah pun sah menjadi isteri kepada suami tercinta Md. Hisamsuri bin Mat Isa dengan hanya sekali lafaz sahaja.. syukur kehadrat Ilahi kerana telah satukan kami dalam keadaan yang bagi ku sempurna..
Satu debaran telah pun hilang masih lagi terdapat dua debaran yang perlu aku harungi.. hari ahad 09hb Desember 2007 ini merupakan hari persandinganku yang telah ditentukan oleh kedua-dua belah pihak.. majlis ini diadakan dirumahku manakala sebelah pihak lelaki pula diadakan pada hari Isnin 10hb Desember 2007.

Tanggal 4hb Ogos 2007,
Tarikh pertunanganku.. hari ini bermulanya satu perngorakkan langkah menuju ke alam rumah tangga yang entah bagaimana laluannya.. yang pastinya setiap yang menempuh alam itu pasti ada liku-likunya..mudah-mudahan aku boleh menempuh segalanya dengan tabah dan tenang..
tarikh ini lah yang telah menjadikan aku gembira dan berd
ebar.. walaupun hanya majlis kecil-kecilan.. tapi pertunangan ini tetap mempunyai kemeriahannya.. baru la aku merasa bagaimanakah perasaan teman-teman ku yang telah lama menenpuhinya..
alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang aku dan family rancangankan.. detik-detik penantian untuk menjadi seorang isteri bermula lah disini.

;;

By :
Free Blog Templates