cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, May 2, 2009

1 May Baru nie aku ke Klang.. ke umah sepupu aku.. dia menjemput aku ngan family ke rumahnya untuk hadiri majlis pertunangan anak perempuannya yang no2.. majlis tue diadakan selepas solat jumaat.. mulanya kami cdg nak pegi awal la skit.. boleh la juga tolong2 apa2 yang patut.. tapi nak wat mcm mana.. hubby aku keja malam semlm pagi baru balik.. so biar la dia rehat kejap lepas jumaat je terus kami pergi..

sesampai je disana rombongan sebelah lelaki dah memenuhi ruang rumah dah..terpaksa la kami masuk ikut pintu belakang.. apa lagi time time tue aku jd kameraman la jap.. maklum la anak aku ramai sangat org yang nak jagakan.. hehehe.. tue yang aku sempat snap gambar2 kat majlis tue..

Ni la Bakal pengantinnya..

rombongan lelaki ni dari machang kelantan.. cuma satu je yang menarik perhatian aku masa tgk hantaran yang dibawa.. hantaran sebanyak 7bekas berbalas 9bekas.. cuma salah satu dari hantaran pihak lelaki tue adalah wang tunai sebanyak rm3k.. mulanya aku pelik gak la.. kenapa perlu ada duit lak so setelah di soal selidik baru la aku tahu jawapan nya.. hehehe mcm suspend je..

Barang Hantaran Sebelah lelaki

Barang Hantaran sebelah perempuan

Ni la pasangan tue..

Belanja ditetapkan sebanyak RM7k.. so pihak lelaki ni nak bagi dahulu separuh dari wang belanja tue nanti.. itu la sebabnya diaorg bagi dulu RM3k dan bawa sekali dengan hantaran masa tunang.. ermmm.. ok juga kan.. boleh la guna buat beli barang2 keperluan untuk kenduri nanti.. lagipun tempoh ikatnya bukanya lama sangat pun.. setahun je.. tak macam kakaknya dua tahun..

Duit yang dimaksudkan. RM3k

tapi kalu yang adik setahun dan yang kakak dua tahun.. silap2 kenduri pun disekalikan.. sebab kakaknya dah bertunang tahun lepas.. si adik baru je bertunang.. ermm... mcm mana tue yek..

ckp pasal serentak nie.. aku penah la dgr org tua2 citer yang tak elok diadakan kenduri kawin dua beradik serentak.. lain la kalu dua beradik tetapi berlainan jantina.. mcm adik perempuan n abangnya ke.. tapi ini adik perempuan dan kakaknya.. menurut org tua2 dahulu besar kemungkinan bencana akan berlaku atau pun perkahwinan itu tidak kekal lama.. wallahualam... aku pun tak tahu ke sahihannya.. semua tue adalah kerja Allah.. kita merancang Allah yang menentukannya..

Lagi Gambar2 Menarik klik DiSini

Tuesday, December 16, 2008

NI la satu2nya adik ipar ku..

ni gambar2 ketika majlis pertunangan dia.. majlis nie berlangsung pada hari raya korban ke dua..



sekitar butik pengantin ketika dimekapkan oleh jurusolek yang bernama KAY...


dalam perjalanan pulang.. kesian pengatin ngan pengapitnya tue kena pegang bunga sendiri... hehehe aku la yang drive keta ngan amik gambar tue.. sempat lagi tau posing dalam keta masa lampu isyarat merah.. hehehe...

antara barang hantaran sebelah perempuan dan lelaki.. 7 bekas berbalas 15 bekas semuanya..

suasana sekitar majlis kenduri.. rombongan lelaki sampai dengan 8 biji kereta daripada Pantai Remis Perak..


ketika upacara menyarungkan cincin..







ni la antara wajah2 ceria bakal pengantin tahun depan..

kalu nak tahu ketika sessi penggambaran ni la kasut hantaran yang aku terima semasa kawin dulu jatuh ke dalam sungai.. semuanya gara2 adik ipar aku yang sorg nie berposing la.. masa tue dia pakai kasut aku tue..
huhukk... huhuk...
tinggal la sebelah je sebagai kenangan..
tapi dia janji nak beli kan yang baru untuk aku... hehehe..



Thursday, August 21, 2008

Sebulan je selepas aku pindah ke Putrajaya nie sepupuku menjempu kami sekeluarga ke rumahnya untuk majlis pertunangan anak perempuan sulungnya.. majlis tu diadakan pada 03 Mei 2008 pada kul 3 ptg di Kampung Sungai Udang, KLang..
tapi kami pergi awal la sikit.. makan tgh hari disana dan tolong2 apa yang perlu walaupun aku tak membantu pape pun sebenarnya.. hehehe masa tue aku dah masuk 4 bulan lebih preggie..
meriah la juga majlis tue walaupun hanya sadara mara terdekat dari kedua2 belah pihak je yang dtg.. aku tolong jadi jurukamera je la.. sementara myhubby merakamkan detik2 manis majlis tue dengan handycamnya..
ni la antara gambar2 yang aku amik masa majlis tue..

atcually anak sepupuku ini adalah sebaya dengan ku..
tp nak buat mcm mana kan dah ikut pangkat tue aku tua la pada dia.. namun tak penah pun dia panggil ku "Makteh" walupun itu yang sepatutnya... tapi aku tak kisah pun.. tak la nampak sgt aku nie tua dah ada anak sedara yang besar... hehehe...

ni gambar aku masa tgh mkn tgh hari la kat sana.. masa nie semua benda nak makan.. byk sgt juadah yang dorg wat.. lagi pun kebetulan masa tue masak asam pedas ikan yang aku nak sgt makan sebelum nie ada.. apa lagi.. bantai la makan sampai berpeluh2 tahan pedas.. hehehe..

ni lak gambar2 aku, mak aku, dan keluarga sepupuku yang datang dari kedah untuk majlis ni bersama-sama dengan anak sedara aku.. gambar kenang-kenangan bila dah berkumpul.. kalau nak tahu sepupu yang dalam gambar ni ada lah adik lelaki kepada mak bakal pengantin tue.. tue yang dorg sanggup dtg ke Klang walaupun hanya untuk majlis pertunangan..

ha.. nie la gambar tuan rumah the Family.. ni pun ada lagi dua org anak lelaki mereka yang tak ada dlam gambar nie.. sibuk wat kerja2 kat luar rumah tue.. mak dia la sepupu aku..
semoga keluarga ini sentiasa dimurahkan rezki n gembira selalu.. buat yang bertunang semoga berkekalan jodohnya hingga hujung nyawa...

Sunday, August 17, 2008

Tanggal 4hb Ogos 2007,
Tarikh pertunanganku.. hari ini bermulanya satu perngorakkan langkah menuju ke alam rumah tangga yang entah bagaimana laluannya.. yang pastinya setiap yang menempuh alam itu pasti ada liku-likunya..mudah-mudahan aku boleh menempuh segalanya dengan tabah dan tenang..
tarikh ini lah yang telah menjadikan aku gembira dan berd
ebar.. walaupun hanya majlis kecil-kecilan.. tapi pertunangan ini tetap mempunyai kemeriahannya.. baru la aku merasa bagaimanakah perasaan teman-teman ku yang telah lama menenpuhinya..
alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang aku dan family rancangankan.. detik-detik penantian untuk menjadi seorang isteri bermula lah disini.

;;

By :
Free Blog Templates