cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, January 20, 2009

minggu lepas aku ambil cuti dua hari pada hari khamis dan Jumaat.. tujuannya untuk balik kampung hujung minggu tue.. ingatkan nak blik masa raya cina tp rasa mcam ramai sangat yang nak balik nanti.. lagi pun mesti banyak opis yang tutup masa tue.. so kami amik keputusan balik hujung minggu lepas..
sebenarnya balik kampung kali nie adalah untuk berbincang berhubung majlis kenduri kahwin adik ipar aku yang sorg tue.. memandangkan dah balik kampung tue kami uruskan juga la urusan pembelian rumah disana sebab tue la kena balik masa opis tak cuti..

kami bertolak sebelah malam.. dalam kul 11.00 malam dan sampai kul 5.00 pagi.. letih juga la sepanjang malam berjaga.. gilir2 memandu tapi masa hubby aku memandu aku tak tido pun.. sampai je umah mertua apa lagi cover la.. anak2 dah ada ramai yang nak menjaganya..

tp sayang la pula sepanjang balik kampung minggu lepas aku tak sempat amik sebarang gambar.. ingatkan nak ambil gambar rumah yang kami nak beli tue.. tapi terlupa nak bawa kamera lak masa gi site opis tue.. tgk2 je.. rumah tue dijangka siap pada bulan 4 tahun depan.. so kira dah tak lama sgt dah la..

kebetulan pula masa blik hari tue abah buat kenduri arwah dan kesyukuran.. so boleh la aku bwa anak2 semua pergi.. mcam dah dirancang je semuanya.. walhal kebetulan je..

tapi anak aku yang second tue tak brapa sihat lak bila balik sana.. batuk2 dan suara pun dah tak kuar.. menangis pun dah tak brapa nak dengar.. kesian sgt.. maklum la kat kampung sekarang ni musim org ambil padi.. panas.. habuk tak yah cakap la.. memang banyak sangat.. semalam baru aku bawa dia g klinik.. doc kata tak ada pape cuma merah je sikit tekak dia..

Tuesday, January 6, 2009

hari nie adalah hari lahirku yang ke 27thun.. hehehe dah makin tua la aku nie.. tp dlam pada menyambut birthday ada juga yang tak bestnya.. aku kena demam selsema n batuk2.. so hari ni mc la.. tak dapat la nak g opis..
doktor siap marah lagi suruh aku rest.. katanya aku baru lagi lepas pantang.. badan pun tak brapa ok lagi..
tp yang penting happy.. thun nie tak dapat pape hadiah la dr hubby.. ermm.. dia wish je.. mungkin nanti kot.. carry forward.. hahhaa..

;;

By :
Free Blog Templates