Wednesday, September 30, 2009
Malam ni lepas balik dari opis aku ke pasar malam dahulu eli juadah untuk makan malam.. lepas cuti raya nie malas pula nak memasak la.. maybe mood belum ada kot.. so next week la kot.. hehehe..
Lepas dah balik na shoping makan... selepas je selesai maghrib aku n hubby bawa twins kuar cari saloon rambut.. hajat nak guntingkan rambut twin supaya pendek sedikit.. kesian kat dorg gatal2 je sejak akhir2 nie.. panas rambut panjang.. habis belakang jadi ruam..
So kami pun bawa le ke Kajang.. jauh tue nk gunting rambut je sampai ke kajang.. tapi nak wat mcm mana.. nak juga cari saloon yang boleh gunting rambut budak2 kecil nie.. sesetengah saloon tak naknya gunting rambut budak2 nie leceh sikit.. dorg kan susah nak duduk diam.. nak2 lagi my twin tue lagi la.. malam nie pun hubby g tanya byk kedai.. semua taknak.. last skali tanya 1 kedai nie.. hairzone saloon.. kalu tak silap aku la.. aku pun dah ingat2 lupa walaupun baru je g tadi.. hehehe..
Kedai ni memang best la.. siap ada tempat khas untuk baby nak gunting rambut.. macam my twins tadi dorg bagi duduk dalam kerusi kereta mainan.. so dengan cara tue boleh la baby tue leka dengan kereta sementara dorg nak guntingkan rambutnya..
Tapi.... my twins nie bukan mcm budak2 lain.. takde maknanya.. kejap je bertahan.. pastue mula la aku ngan hubby kena cari idea nak bagi dorg duduk diam,. jenuh juga la.. last2 aku n hubby ke pengang sementara stylist tue gunting.. penat ooo nak kontroll... hehhee nak kata takut tue tak la juga.. cuma dorg taknak duduk diam.. lebih2 lagi bila kena paksa n pegang2.. lagi la dorg meronta..
Tadi kira abng tue ok skit.. cuma sikit2 je buat hal.. tapi si adik tue punya la seksa.. sampai rambut dia dah terlajat gunting.. tue la duk tak diam lagi.. so nak wat macam mana lagi .. nak tak nak kena la juga samakan guntingan rambut tue.. jadi la si adik tue seperti Mat Terap.. rambut gunting rapat je..
Tak kisah la.. janji kemas n tak panjang.. so selesa la sikit dorg.. tak la panas n gatal2 lagi nanti.. hehehehe..
Gambar si abang semasa tengah gunting rambut..
Gambar si Adik semasa tengah gunting rambut.. tue tgh pujuk suruh duduk diam2 la tue.. macam2 helah kena wat..
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU, TwINs
Tuesday, September 29, 2009
Tanggal 24hb September 2009..
Hari raya ke4.. genaplah umur my twin setahun.. namun aku belum wat sebarang sambutan lagi.. tak sempat nak aturkan party.. so aku cdang bila dah balik putrajaya nie la nak buatnya.. cuma tarikh je belum tahu lagi.. lepas gaji la kot.. hehehhe.. budget banyak sikit.. tapi kat sana diorg kira wat juga la pra birthday party.. makcik dorg (adik Ipar aku) dia yang belikan kek untuk anak sedaranya nie.. kek Upin dan Ipin lagi tue..
So kami wat utuk family je la.. antara anak abang aku n semua adik beradik hubby aku je.. kira ok la tue.. meriah gak la dgn kekecohan budak mlm tue.. mana taknya.. kek sebiji nak sambut birthday utk si kembar.. dalam pada tue ada juga yang nak menumpang.. ni anak pada abang ipar aku yang ketiga tue.. dia pun nak potong kek juga walaupun bukan birthaday dia.. so terpaksa la makcik dorg nie belikan topi untuk birthday boy n extra 1 untuk si gadis nie.. hehehe..
Masa nak bergambar tue bukan main lagi.. macam birthday dia lak.. biasa la budak2.. kelakar juga la tgk gelagat dorg.. yang anak2 aku ni pula tak nak bergambar.. dorg nak pegang je terus kek tue.. kalu dibiarkan mau di terkam je kek tue.. mujur la dikawal dgn rapi.. kira selamat lagi la kek tue..
InsyaAllah nanti aku akan wat birthday party yang realnya untuk kembar.. so skrg nie aku upload gambar pra birthday party dulu..
Labels: FaMilY InLaw, KelUarGakU, RAYA, TwINs
Thursday, August 6, 2009
Monday, July 20, 2009
Cuti Hujung minggu nie aku n family tak ada aktiviti sgt.. hari sabtu malam kitorang g tengok team HKC lawan bola ngan team bola pemuda UMNO sepang di stadium sepang.. biasa la aku bawa twins striker aku loo.. bukan main lagi dorg seronok je jumpa ramai org.. mula2 si adik tue sampai2 je tido.. tapi tak lama kejap je.. lepas dgr bising2 terus bangun.. aku ingatkan nak nangis masa dia bangun tue.. rupa2nya tersengeh je seronok.. ramai orang nka melayan dia.. siap terjerik2 dia ngan abgnya.. tgk bola.. hehhee... tapi aku tak snap gambar pun.. malas lak nak snap masa tue.. kami balik awal tak sempat tunggu sampai habis pun sebab hubby aku kerja tgh malam tue.. so kena sampai umah sebelum 11.30 mlm la..
lepas je diorg balik aku ngan hubby pikir nak masak je la kat umah.. dah malas lak nak kuar dah lewat time tue.. kalu nak g pun mesti dah tak ada apa dah kat kedai tue.. tapi mymum lak kata nak makan kat luar.. malas nak makan masakan sendiri.. nak ubah selera.. so hubby aku bawa je kuar.. tapi makan kat persint 9 je.. kat TEJA.. hehehe kira ok la tue.. makan kat luar gak.. hehehe.. lepas makan tue la sempat gak kitaorg round gerai jualan kat situ.. kebetulan ada sanyembara(betul ke aku sebut nie)puisi n syair.. tak beli pape pun.. mymum kata mahal.. hehehe.. lepas tue blik umah rehat je la..
sebelah malam pun tak ada aktiviti.. tapi kelakar aku tgk gelagat anak2 aku main malam tue.. hehhee.. aku ada snap satu gambar nie.. masa anak2 aku tgh main.. korang tgk je la.. hehehe...










