cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Friday, May 29, 2009

Hari ni anak aku yang 1st twin tue jatuh katil.. ceritanya begini..
hari ni aku g keja lewat skit.. nak uruskan dorg sebab mymum kurang sihat.. lepas mandi pagi dorg main2 le macam biasa pastue bila dah ngantuk merengek la..
so mak aku ni tolong la bg tido kan dua beradik ni sementara aku nak bersiap ke kerja.. yang si adik di kasi tidur atas tilam kat bawah.. abang lak dia kasi tido atas katil bujang dia tue.. lepas diaorang dah lena jerap la kata org utara.. dia bagun la nak g toilet.. my hubby tido kat luar sebab dia keja petang hari nie.. elok je mak aku kuar dari toilet kami dengar suara twins menangis kuat.. melompat hubby aku yang tengah tido tue.. aku n my mum pun lari la bergegas ke bilik my mum.. sekali tgk si abang dah terterap kat atas adiknya.. mujur la ada tilam adik kat bawah tue.. so dia jatuh atas adiknya la.. bukan atas simen rumah aku nie.. oleh kerana terkejut si adik pun nangis sama la.. abang dah tahu sebab sakit jatuh tue.. risau gak aku.. tp mujur tak ada pape.. cuma jenuh gak la nak memujuk tue.. kira ok sikit sebab katil mymum pun tak tinggi.. rendah je.. kalu tinggi mungkin lagi sakit n bahaya..
so lepas pada ni aku dah tak benarkan mak bagi diaorang tido atas katil tak kira la sekejap ataupun lama.. biar diaorg tido bawah je la..
bos aku kat opis kata suruh aku pantau anak aku ni.. takut ada efect dalaman.. katanya budak2 yang jatuh ni kalu tak berapa nak main sangat macam selalu.. kalu tak nak makan macam selalu juga.. sure ada yang tak kena padanya.. so aku kena la check it out.. tapi harap2 tak ada apa2 pun yang tak elok berlaku.. InsyaAllah..

Tuesday, May 26, 2009

Ini TAG dari kak ina (ifazety.blogspot.com).. actually ni adalah my fisrt tag.. sebelum ni tak penah la buat lagi.. hehehe..

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah guna sekarang...


2) Bagitau nape anda suka wallpaper anda itu...

sebelum ni wallpaper permandangan je.. skrg nie bila dah ada anak letak wallpaper anak la.. ada tambahan lagi tue.. hehehe.. letak calender.. bukan apa senang nak semak jadual n tgk tarikh penting2...

3) Tag 10 orang...
Tak tahu la cukup ke tak.. sekadar yang mampu je yek.. itu pun kalu dorg nak wat la..
1. Kak inabu
2. Kak Shima
3. Masrul
4. Kak Yan
5. Jan..(New Friend Blogger)
6. Kak Zety Zin
7. Kak Umi-e
8. Kak Ummi (HomesweetHome)
9. Sis Lin (Bisikan Hati)
10. 3E

Saturday, May 23, 2009

ermm.. minggu lepas nie memang minggu yang tak berapa nak menarik la..
sebabnya anak2 aku ni demam lagi la minggu nie.. mula2 yang abang pastu baik sehari demam balik.. pastue skrg nie dah jangkit kat adik lak..
dalam pada tue si adik nie nak tumbuh gigi.. gigi pertama.. so kami ingatkan demam sebab tue la.. sebabnya sesetengah budak nie boleh demam disebabkan tumbuh gigi.. so kami pun ingatkan adik nie demam sebab tue la.. tapi tak juga.. dia batuk2 n selsema sama.. dah g amik ubat kat klinik kerajaan tapi still tak baik2 lagi dah dekat seminggu dah.. abang pun batuk ngan selsema gak..

so kami bawa la g klinik swasta lak.. klinik yang aku slalu g semasa mengandung n semasa dorg baru lahir lagi hari jumaat tghari tue.. cadangnya nak g dalam kul 11.30 tp kul 9.30 hubby dah call suruh aku minta blik awal dari boss sebab anak aku yang adik tue demam panas sangat... so kelam kabut la aku minta blik awal..

kat klinik tue doctor kata adik ngan abg ni batuk n kena jangkitan kuman.. tapi ok lagi cuma kena sedut untuk cairkan kahak dorg.. aku ngan hubbby ikut je la kata doctor tue nak bagi dorg nie cepat baik.. kesian aku tgk tiap2 mlm tido tak boleh asyik batuk je.. so amik bg la dorg sedut.. yang adik ok je.. relak je.. tapi abg susah betull.. siap 3 org kena pegang dia tau.. kuat betul dia menangis n meronta2 tau.. mcm takde langsung kesan ubat tue kat dia.. kesian aku tgk.. nak nangis pun ada tp kuat gak la semangat nak wat mcm mana.. nak bg baik.. doctor kata lg dua hari kalu tak ok gak dtg blik... hr nie aku tgk abang dah ok.. mungkin sebab dia nangis kot.. ubat tue masuk terus n bg kesan.. tp adik tak brapa ok lgi.. bdan pun still panas lg.. tgk la sok mcm mna lak..
hope ok la.... insyAllah..

Wednesday, May 6, 2009

kali nie nak postkan tiga cerita dalam satu n3..

1. Cuti
ermm hari nie asalnya aku cadang nak g kerja.. cuma masuk lewat sikit.. aku pun dah minta kebenaran bos masuk lewat.. kononnya nak g amik keta la (nanti aku citer pasal keta nie). Tapi tak sempat aku nak masuk opis je.. my mum dah call bagitau yang dia pening kepala tak sihat.. rasa nak pitam.. so terpaksa la aku amik EL juga hari nie.. semalam dah EL dah.. tapi nak wat mcm mana kalu tak anak2 aku tak ada org nak jaga.. nak harapkan hubby tue boleh tapi takut dia tak memang tangan la pula.. biasa la lelaki.. bila anak nangis lebih skit.. dah melabah dah.. so aku je yang EL.. ermm dah kurang lagi cuti aku tahun nie.. kalu korang nak tahu cuti aku sehingga ke hari ini tinggal 9 hari je lagi tau.. mana nak cukup hingga ke hujung tahun nie.. nak wat mcm mana anak2 punya pasal.. ramai org bagi tau aku yang memang kalu anak kecil lagi cuti tak penah kata cukup.. kalu dah besar skit tue lain la citer.. tue la aku rasa betul juga kan apa yang dorg kata tue.. whatever la.. yang aku tahu hari ni aku tak g keja lagi.. bos mesti bengang punya.. kejap ada kejap tak ada (mcm biskut lak)..yang banyaknya tak ada dari ada.. hehehhe.. ok la cukup takat tue cerita cuti nie..

2. Sakit
macam aku citer dalam cerita cuti tadi la.. mak aku tak sihat hari nie.. pening kepala n rasa macam nak pitam je.. mungkin dia salah makan kot semalam.. tp semalam dia cuma makan satey n nasi impit je.. tak de lak benda pelik2.. tapi biasa la kan cbila usia dah meningkat nie.. warga emas la katakan.. dalam pada tue juga anak aku yang abang tue pun demam juga.. aku blik je td pegang dia badan rasa panas je.. bila test suhunya sah demam.. 37.6 kami biar dulu tgk mcm mana petang nie.. lagi pun tghari nie aku dengan hubby nak kena kuar lagi g amik keta(bab nie aku citer kemudian) so petang lepas selesai semua baru la aku dapat bawa anak aku tue g klinik amik ubat.. sebelum tue aku check suhunya 38.8 dah naik.. bawa g klinik lak kena tunggu dengan setengah jam selepas amik nombor.. sebabnya jururawat tak ada tgh rehat.. tunggu juga la aku nie.. memandangkan anak demam je kalu diri sendiri lama dah blah.. nak g swasta boleh.. tapi dorg tak sesuai lak.. pernah sekali tue demam kitaorg bawa g klinik swasta je.. tp satu pun tak berkesan... last2 bawa g klinik gomen baik lak (dorg kesian kat mama n papa taknak bagi abis duit byk.. hehehe) aku g klinik dlm kul 6.00 lbih dekat kul 7.00 baru dapat jumpa doctor.. sambil tue aku pun amik ubat untuk aku gak.. satu badan jadi gatal2 mcm ruam.. bayak lak tue.. besar2 bukan kecil.. hari tue dah penah amik dah skali.. tap tak baik juga.. masa tue doc kata sebab alahan kulit.. kurang air.. tp td doc tue check dia kata ada jangkitan kulat.. aku pun tak paham.. takpe la.. makan dan sapu je ubat yang doc bagi tue.. asalkan baik dah la.. tak larat dah nak menggaru..(serupa beruk pun ada nie) hehehe...

3. Geram

macam n3 yang sebelum nie.. pasal kereta adik ipar aku yang kena tarik tue.. kononnya pagi tadi aku g nak amik la.. tapi tak boleh amik sebab bank belum hantar surat ke syarikat simpan kereta tue.. mula2 aku ingatkan syarikat tue kat cheras.. aku pun bagtau la bos masuk lambat nak g cheras(rupa2nya salah tempat da..) syarikat tue kat area balakong.. nama syarikat tue Gmart.. so tghari td lepas makan tghari aku g la ngan hubby aku ke tempat tue.. asalnya hubby aku nak g ngan kawan dia je.. tapi tak ada lak org.. dorg semua tak leh nak kuar.. sebab meting.. so kami g dua la.. kira ok la tue.. lagipun member dia dah byk tolong.. siap ramai lak yang ofer keta untuk kami pinjam.. sebab kesiankan kami yang tak ada keta nie.. berbalik pada tadi.. kat syarikat tue lama juga kami kena tunggu sebab dorg masih belum dapat surat lagi.. hubby aku call adik dia tanya sama ada dah bayar ke belum.. dia kata dah.. surat pun bank alor setar dah hantar ke bank kl dah.. tp staf Gmart tue kata tak ada lagi.. selepas telefon org tue n telefon org nie baru la ada.. bila dah ada kena lak g amik kereta tue kat stor diaorg jauh sikit la dr opis tue.. kami pun g la ke stor tue dgn surat yang di fax tadi.. memang tersorak la sikit tempat dia.. lebih kurang mcm kawasan kampung la.. kat sna kami kena tunggu staf dia g amikkan kereta.. bila sampai je kat pintu gerbang tue dia suruh kami check dulu sebelum kuar.. sebab once dah kuar dari situ tak boleh nak claim apa2 lagi.. apa lagi kami pun check la.. luar dlam.. tgk2 bumper depan keta tue dah lekang.. bila bgtau dorg.. dorg kata besa la tue kereta Gen-2 bila kena towing je mesti bumper akan lekang punya.. tapi kami tak puas hati la.. dorg tak nak bertanggungjawab.. kalu bukan dorg pun yang kena tanggung coz tue atleast cakap la elok2 dgn kita.. nie tak.. dorg siap kata kalu bg tau bank pun tak dapat apa.. geram betul aku dengan budak tue ckap.. mujur je pikir kat tempat org.. kalu tak aku nak gak sound.. suruh ckp elok2.. hubbby aku contact ramai org tanya time tue.. dorg suruh call bank dulu.. tp bila kami call person incharge tak berangkat la fhone.. mujur la ada juga sorg staf kat situ yang baru dtg bagi tau suruh kami buat aduan.. tulis je apa kerosakkan kat borang tue lepas tue g buat report polis.. nanti bawa report tue ke bank n minta bank settlekan.. mungkin boleh claim dr syarikat yang towing kereta tue.. sejuk la sikit bila dengar dia bagi tau mcam tue.. tak la kita ni mcm org bodoh je.. tak kisah la boleh ke tak.. tapi kita kena tegakkan hak kita.. atleast kita cuba.. lepas je dgr tue hubby pun tulis la apa yang rosak tue n kami pun terus balik.. aku terus balik umah n hubby g wat report kat balai polis putrajaya.. esok dia nak g bank lak.. kena jd org tgh la.. sebab tuan keta kat kedah.. ermm bila ingat balik masa kat sana memang geram betul.. pastue lupa nak bg tau td.. sebelum nak balik tue sempat lagi budak tue kata.. "terima kasih.. nanti datang lagi yek.. kalu boleh dengan kereta lain lak" eeeeeeee... sakitnya hati.. geram betul aku..

ni gambar kereta aku masa nak amik tue..




ni pun gambar bila hubby aku tekan2 supaya lekat sikit.. sebab nak drive balik.. takut tertanggal terus lak.. tapi bila balik sampai umah je tertanggal balik..

Tuesday, May 5, 2009

errmmm hari nie memang rasa suspend betul.. cuak betul..
mana taknya.. bagun2 tido je.. tengok2 keta dah tak ada la..
hilang... hua...hua..hua..
nak g opis nie..

dah la keta adik tue.. kita kami kat kampung.. mcm mana nie.. hubby pun call la adik tanya.. suruh check dengan bank kot - kot la kena tarik..
so bila check2 memang betul la.. kena tarik..

buat naya betul la adik aku nie.. tak byar duit keta.. terlupa katanya.. td baru nak p byr.. ermmm kami pun tau naik je.. tak tanya pun.. dah ingatkan dia bayar... tapi nak wat mcm mana benda dah jadi..

ponteng la aku hari nie.. hubby pula nak g keja petang..
mujur keja petang.. tak la kelam kabut.. boleh la suruh kawan2 dia datang amik..

ermmm... esok tak tau la mcm mana nie..

Sunday, May 3, 2009

Gelagat nie aku rakam mlm 30hb april lepas.. masa aku tgh bagi dorg makan.. tujuannya ada dua.. 1 sebab nak rakam sebagai kenangan dorg nanti.. yang ke 2 sebab aku nak hantar masuk peraduan dalam sinar fm.. hehehe..


excited nak makan tue.. yang adik tak boleh lambat sikit.. mesti nangis..
Seronok tengok gelagat dia orang ketika makan.. macam2 pesen..
Mula2 aku perkenalkan makanan pejal ni pada anak-anak aku tue dia orang macam tak berapa nak makan la.. macam2 jenis aku cuba.. perasa buah-buahan la.. biskut la.. yang jenis segera dalam botol la.. semua aku beli.. tapi tak juga nak.. last-last aku beli Nestle yang beras tue.. baru la ok..

Bila aku suapkan kat dia orang yang adik tue makan je.. tak banyak songeh juga la.. cuma dia kalu lambat je suap nangis la dia.. tapi yang abang nie dia macam nak main2 sikit.. dia nak makan tapi macam tak nak.. ada sekali tue aku ingatkan dia tak nak sebab bila aku suapkan je dia sembur2kan je.. habis comot mulutnya.. pastu aku stop la.. sebab mak aku kata budak2 kalu dia tak nak dia sembur je makanan tue pas tue buat macam dia nak muntah.. so aku tak bagi kat dia dah la.. bagi kat adik je..

Sekali dia nangis-nangis je.. aku cuba la bagi lagi.. bila aku suap je dia senyap tp still macam main.. lama betul nak tunggu dia habiskan satu suapan tu.. adik dah nak masuk tiga suapan dia baru nak habis yang satu tu.. baru la aku tahu dia nak makan tapi dalam masa yang sama dia nak main.. bila dia orang nie kenyang dia orang akan buang semua makanan yang aku suap tue.. bila kita masukkan balik sebab ingatkan meleleh masa dia orang nak menelan.. dia orang akan luahkan balik juga.. pastu dia orang akan buat macam nak muntah tue.. macam yang mak aku kata la.. so aku stop la dah tak suap kat dia orang lagi.. dah kenyang la tu sebab bila ku berhenti pun dia orang tak menangis.. Apa-apa pun memang berbaloi la bagi makanan pejal nie.. sebab bila tido malam tido lena.. tak kerap terjaga dah..



Lagi Gambar Disini

Saturday, May 2, 2009

1 May Baru nie aku ke Klang.. ke umah sepupu aku.. dia menjemput aku ngan family ke rumahnya untuk hadiri majlis pertunangan anak perempuannya yang no2.. majlis tue diadakan selepas solat jumaat.. mulanya kami cdg nak pegi awal la skit.. boleh la juga tolong2 apa2 yang patut.. tapi nak wat mcm mana.. hubby aku keja malam semlm pagi baru balik.. so biar la dia rehat kejap lepas jumaat je terus kami pergi..

sesampai je disana rombongan sebelah lelaki dah memenuhi ruang rumah dah..terpaksa la kami masuk ikut pintu belakang.. apa lagi time time tue aku jd kameraman la jap.. maklum la anak aku ramai sangat org yang nak jagakan.. hehehe.. tue yang aku sempat snap gambar2 kat majlis tue..

Ni la Bakal pengantinnya..

rombongan lelaki ni dari machang kelantan.. cuma satu je yang menarik perhatian aku masa tgk hantaran yang dibawa.. hantaran sebanyak 7bekas berbalas 9bekas.. cuma salah satu dari hantaran pihak lelaki tue adalah wang tunai sebanyak rm3k.. mulanya aku pelik gak la.. kenapa perlu ada duit lak so setelah di soal selidik baru la aku tahu jawapan nya.. hehehe mcm suspend je..

Barang Hantaran Sebelah lelaki

Barang Hantaran sebelah perempuan

Ni la pasangan tue..

Belanja ditetapkan sebanyak RM7k.. so pihak lelaki ni nak bagi dahulu separuh dari wang belanja tue nanti.. itu la sebabnya diaorg bagi dulu RM3k dan bawa sekali dengan hantaran masa tunang.. ermmm.. ok juga kan.. boleh la guna buat beli barang2 keperluan untuk kenduri nanti.. lagipun tempoh ikatnya bukanya lama sangat pun.. setahun je.. tak macam kakaknya dua tahun..

Duit yang dimaksudkan. RM3k

tapi kalu yang adik setahun dan yang kakak dua tahun.. silap2 kenduri pun disekalikan.. sebab kakaknya dah bertunang tahun lepas.. si adik baru je bertunang.. ermm... mcm mana tue yek..

ckp pasal serentak nie.. aku penah la dgr org tua2 citer yang tak elok diadakan kenduri kawin dua beradik serentak.. lain la kalu dua beradik tetapi berlainan jantina.. mcm adik perempuan n abangnya ke.. tapi ini adik perempuan dan kakaknya.. menurut org tua2 dahulu besar kemungkinan bencana akan berlaku atau pun perkahwinan itu tidak kekal lama.. wallahualam... aku pun tak tahu ke sahihannya.. semua tue adalah kerja Allah.. kita merancang Allah yang menentukannya..

Lagi Gambar2 Menarik klik DiSini

Ni entri last 2 weeks.. ketika MEnteri KTTHA dan Timbalannya melawat ke Jabatan Aku bekerja. Sesi lawatan ni pada sebelah pagi.. lebih kurang dalam jam 9.00 pagi.. masa nie semua staf diminta bersedia untuk menyambut kedatangan beliau.. kami semua kena la beratur beramai2 dari hadapan pintu lift ke tempat taklimat akan di buat iaitu di bilik mesyuarat KP.

sebelum kedatangan tue pun kami dah kena kemas kat semua meja kerja, fail2 perlu di susun rapi mana la tahu kot2 la dia nak round tempat kami tak la nampak bersepah.. hehehe...

tapi malangnya dia tak round pun.. kira ok gak la.. tak perlu nak berlakon sibuk bekerja lama2 sangat... hehehehe...


Lagi Gambar Klik Disini

Friday, May 1, 2009

Hari ni semua sekali bercuti.. so aku nak amik kesempatan untuk ucapkan selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia.. dan yang melayari blog aku nie la.. hehehe..

cuti2 pun.. kat umah tetap gak kena keja.. kalu tak sapa lagi yang nak tolong buatkan.. kalu ada maid tue lain la.. tp sepatutnya maid pun kena cuti tau.. sebab dia pun pekerja juga.. hehehe..

;;

By :
Free Blog Templates