cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, August 17, 2008

ermmm... lepas akad nikah kena la wat kenduri kendara sedikit.. walimatulurus.. ye la nak juga la perkenalkan pada ahli keluarga yang lain.. majlis persandingan la pula..
majlis nie dua hari la diadakan.. sebelah perempuan 09hb Desember 2007 dan sebelah lelakinya pula 10hb Desember 2007.. meriah tue tak tahu la nak kata.. rasa-rasanya meriahla kot bagi aku.. itu pun dah kira syukur dapat gak buat kenduri macam tue.. maklumla.. nak kirakan belanja memang la besar juga.. tp alhamdulillah masih lagi mampu kami berdua uruskan.. hehehe..
rumah aku masa tue pakai sepersalinan oren.. boleh dikatakan serba serbinya berwarna oren la.. paus juga nak cari semua kelengkapan untuk lancarkan kenduri tue.. mujur la family dari kedua-dua belah pihak banyak membantu.. kalu tak masakan ianya boleh berjalan lancar.. cuma kawasan taman ni maklumlah.. tak sama seperti kampung.. kenduri dirumahku kami mengambil khidmat Katering.. untuk persiapan bunga telur ada la juga jiran2 taman yang datang membantu.. terima kasih semua..


ha.. sebelah lelaki pula kami gunakan sepersalinan biru putih.. ermm kelengkapan lain semuanya dibuat dengan warna biru.. baru la macthing kan.. boleh dikatakan suasana di rumah suamiku lebih meriah dari rumah ku sendiri.. ialah kawasan perkampungan dengan taman memang lain kemeriahannya berbeza.. disebelah sana masih mengamalkan pakatan bergotong-royong.. kenduri kendara dilakukan beramai-ramai dengan jiran-jiran tertangga.. sampai ke petang masih ramai yang datang tanpa henti..



ermm.. kebetulan tarikh kenduri dirumah suamiku juga merupakan tarikh lahirnya.. kiranya sambut dua sekali la.. tp sambutan hari lahir tue hanya dibuat dengan ahli keluarga terdekat sahaja.. beli kek kecil je.. so nanti bila nak sambut anniversary boleh la sambut skali dgn birthdaynya.. jimat budget.. hehehe..

0 Comments:

Post a Comment



By :
Free Blog Templates