cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Thursday, August 6, 2009

huh.. dah berabuk dah blok aku nie.. hehehe.. lama tak update.. ni baru nak mula update.. dah basi pun citer nie..
tanggal 21hb julai 2009

Petang tue lepas je balik dari kerja siap2kan twins n barang2 lain kami bertolak ke kemaman. kali ni aku g site meeting ngan site visit dengan family.. kebetulan hubby cuti.. so boleh la jalan2 dengan family.. dah lama tak jalan jauh2 nie.. so kira peluang la.. kami bertolak kira2 jam 5.30 ptg.. kami ikut highway dari putrajaya - jabur.. terus exit cherating.. perjalanan kira2 4 jam je kalu tak tak silap aku tapi biasa la kan bila ngan anak kecik nie kerap benti2 so jadi la 5 jam.. around 10.30 mlm baru kami tiba di kemaman... bandar chukai.. so tgh malam tue juga la baru nak cari hotel.. awal tak nak survey.. dah sampai sana baru nak survey.. hubby siap berhenti kat kopitiam lagi.. nak dapat kan line wireless laptop.. nak search internet.. mujur la ada coverage.. so boleh la contact dua tiga hotel.. mula ingat nak ambil yang grand sikit.. tapi bila pikir balik tak jadi la.. ambil hotel yang biasa la.. budget sikit la.. gaji lum masuk lagi tue.. so dapat la sebuah hotel dalam bandar chukai nie.. River View Hotel semlm RM100 je.. berhampiran bus station chukai.. bila kami ke kawasan hotel tue.. punya la banyak hotel lain lagi yang ada kat situ.. kira mcm pusat tumpuan la.. mungkin sebab berdekatan dengan bus station.. tue yang banyak betul hotel tue.. dalam masa tue wakil konsultant yang akan ambil n bawa aku ke Kuala Terengganu call.. dia nak confirmkan tempat aku menginap.. senang nak pickup esok.. so aku dah pun deal dgn dia jam 7 pagi esok kami bertolak.. kena bangun awal la nie.. huhuukkhuhkk.. baru nak enjoy sikit.. hehehe..

kalau nak di ikutkan aku terus stay di kuala terengganu pun boleh juga.. tapi memandangkan jarak perjalanan yang haru kami tempuhi.. hehehe jauh lagi so cukup setakat kemaman je.. lagi pun site visit nanti di kemaman juga.. nak balik pun tak la jauh nanti.. tue la sebabnya kami menginap di kemaman..
masa sampai di hotel tue twins baru je bangun dari tido.. tadi diorg dah tido dalam keta lama juga la.. so bilik dah register n masuk dalam bilik diorg dah tak nak tido la.. nak main la keja nya.. lebih2 lagi tgk tempat baru lak tue.. tak penah tgk lagi barang2 tue mula la diorg menkaji.. hehehe.. susah juga nak tidokan diaorg balik pastue.. dalam kul 1 camtue baru diaorg tido.. aku pun apa lagi tido gak la..

GAMBAR MASA DI KEDAI MAKAN.. KAT KEMAMAN..

tanggal 22hb Julai 2009


pagi2 lagi aku dah bangun n siap2 nak kuar.. smlm aku dah janji dengan en dzulkarnain wakil consultant tue jumpa kat bus station je.. so around 7 pg aku pun turun n berjalan la ke bus station.. 15 minit berlalu.. belum nampak kelibatnya.. terpacak je aku sorg.. tension la nie.. janji kul 7.. tapi tak sampai lagi.. last2 aku call la.. dia kata ontheway.. pukul 7.30 baru dia sampai.. 1/2 jam aku tunggu.. tapi mujur pikir nak g meeting.. so sabar je la.. ontheway nak g tue dia bagi tau nak g amik site clerk dia.. coz dia tak tahu sgt jalan nak ke kuala terengganu so aku iakan je la.. dalam perjalan ke KT tue aku duduk di bahagian belakang.. kira jadi big bos la kejap.. hehehe.. ontheway nak ke KT tue best gak tgk scenery selalu aku dgr n sebut je tentang tentang bandar dungun ngan kerteh.. so kira hari tue aku dah sampai sendiri ke bandar tue.. aku terpikir gak.. kiri kanan kawasan yang berisiko tinggi.. kalu la terjadi kebakaran ke.. errrkkk seramnya... so insyaAllah harap2 tak ade la pape yang berlaku kan.. dulu masa isu kebakaran di station kerteh pun dah panik kan..

dalam perjalanan tue juga aku lalu di kawasan rantau abang.. teringat la lagu salem.. " ke rantau abang.. kita tgk penyu telur.." menurut kata site clerk tue skrg nie ni pun ada lagi penyu yang naik.. cuma kalu sapa yang nak tgk kena dtg around 3-5 pagi la.. itu pun ikut nasib je.. kalu ada rezki dapat la tgk.. kalu tak putih mata je la.. hehehe... kat kawasan tue gak ada pusat pembiakan penyu (kalu tak salah nama tue la kot hehehhe).. so tak la pupus penyu kita.. pantainya memang cantik.. kalu tgk air laut best je.. macam nak je berenang2.. hehehe.. tapi apa kan daya aku pergi kerana tugas.. tapi syg gak la sebab aku tak dapat nak ambil gambar scenery sepanjang perjalanan.. sebab en dzul memandu laju sgt.. nak kejar masa takut terlewat sampai ke KT.. maklum la meeting kami jam 11.00 pgi.. so sebelum tue dah kena sampai la di Syarikat Air Terengganu (SATU)..

seperti yang dirancang aku tiba dalam jam 10.30 pagi.. tapi en Dzul tue tak hantar aku pun nak ke pejabat SATU tue.. dah la aku 1st time ke sana so tak tahu kemana nak dituju.. dia main blanh mcm tue je.. katanya nak ke pejabatnya dulu.. walhal pejabatnya dekat je.. jalan kaki pun boleh.. (aku tahu pun sebab diaorg dtg meeting tue jalan kaki).. so aku pun call Wakil SATU la.. En. Roslan yang intertain aku.. aku ckp la conslutant ni tak tahu nak intertain org dari kementerian ke.. mana taknya.. atleast ckp la kat mana aku kena pergi.. ini tidak main tinggal je.. bila aku tanya dia siap kata kaunter pertanyaan ada.. sakit je hati dgr tau.. sabar je la..

meeting aku tamat pada kul 1.00.. so luch time.. kami g lunch dulu.. dekat dengan area opis SATU je.. lepas selesai lunch aku ngan en Roslan dengan kenderaan SATU yang dipandu en. radzi.. diaorg yang akan bawa aku ke site n hantar aku blik ke hotel.. sepanjang perjalanan masih lagi di laluan sama cuma selepas pekan dungun kami dah ikut jalan kampung.. memang betul2 masuk kampung nie.. lalu ikut dusun.. n ladang2 je.. seram gak.. terpikir gak aku kalau2 kereta rosak macam mana la agaknya.. rumah2 kat kawasan tue pun jarak sesebuah umah tue jauh benar.. kira-kira jam 5.30 petang kami sampai di site.. so aku tgk2 apa yang patut ngan ambil gambar sikit2.. jam 6.45 jam tue dah bertolak balik hotel.. sampai hotel dalam kul 7 selepas minum petang sekejap.. so time tue boleh la aku rehat2 je kat hotel tue..hehehe..

malamnya kami kuar ke downtown pekan chukai.. tak la byk mana pun gerai.. tapi kira ok la dari tak ada.. hehehe... kemudian kami g makan d gerai tomyam.. aku tak ingat nama gerai tue n kawasan tue.. lupa la.. sori yek.. makanannya ok.. not bad..

malam tue aku check badan anak aku yang abg tue dah panas nak demam.. mungkin duduk dalam aircond lama sgt kot.. so aku suruh la hubby beli kat cool fever... nak bawa g klinik pun dah tgh malam.. tak tahu kat mana yang masih buka.. harap ok la.. beli je cool fever tue aku terus pakaikan kat dia n bagi dia pakai sweather.. lepas tue aku tgh dah ok sikit dah.. dah mula berpeluh2 dah.. suhu pun dah kurang.. cuma skrg kena standby takut adik lak yang berjangkit..


tanggal 23hb Julai 2009




masa nak balik.. adik happy je.. abang yang demam..

pagi tue dalam jam 8.30 pagi kami bertolak balik dari kemaman ke putrajaya.. petang tue aku kena masuk opis balik.. so harap2 biarla sampai awal skit.. boleh la rest kejap seblum masuk opis.. around kul 12.30 kami sampai umah.. masa tue hubby tinggal kan je kami kat bawah pastue dia terus g keja.. ada discustion n petang tue lak dia ada kursus. sampai je kat umah aku tgk adik dah lain je.. bdan dia panas demam la tue.. aku letak la cool fever nak bagi cool skit n maklum kat hubby.. dalam kul 1tgh hubby aku blik tgk dia ok la pula duk main je.. so hubby kata ptg nie nak bawa g klinik sebb dia nak kena masuk opis balik ada kursus.. aku pun nak masuk opis gak.. takpe hubby je yang g opis lu sementara aku nak siap ke opis lagipun diaorg tgh tido skrg nie.. tgh aku nak bersiap tue mak aku bagi tau badan adik tue panas.. aku suruh je dia jelum kepala dulu.. bagi sejuk sikit badannya.. mymum aku pun nak la g amik air nak jelum kan.. tapi terbantut sebab adik terjaga dari tidur.. mymum aku pusing nak ambilkan susu untuk dia tetiba je dia tarik.. kelamkabut mymum jerit panggil aku.. apa lagi aku pun panic la gak.. aku dukung dia kemudian aku basahkan kepalanya dengan air banyak2 kali.. aku picit2 tangan ngan kakinya supaya dia tak kejang lagi.. sementara tue juga aku suruh mymum ambil phone n call hubby suruh balik sekarang juga nak bawa dia g hospital.. sementara nak turun n tunggu hubby tue kira dia dah kurang skit.. tapi aku tetap letakkan kain basah dikepala dia.. mujur la hubby pun cepat time tue.. dia kata dia langgar je lampur merah n bawa dalam 180km/j.. kami terus ke kecemasan.. sampai di kecemasan MA suruh masuk je terus.. kat dalam tue diaorg suruh bukakan bajunya, dan diorg bagi ubat buntut.. pastue masukkan air.. aku tgk dia dah kurang sikit suhunya.. tapi dia meraung la.. ramai sgt yang kerumun dia time tue.. takkut gak aku.. dalam hati nie berdoa la taktau nak habaq dah.. minta tak jadi pape je.. nak nangis pun ada takut.. tapi aku tahan je.. lepas tue diaorg suruh aku lapkan badan dia dengan kain lembap.. diaorg nak buatkan.. tapi dia tak bagi.. menangis lagi kuat.. so aku je buat..

kami sampai kecemasan dalam kul 2.00 so dalam kul 3.00 lebihi doktor suruh masuk wad sebab nak pantau.. so mlm tue aku tido hospital la.. tak kisah la semua tue janji dia sihat je.. dan tak ada pape effect lepas tue.. mudah-mudahan.. esoknya petang lepas dah 24jam doktor pantau dia dah ok.. so aku dah boleh bawa dia kuar dah.. harap2 biarla nie yang terakhir dorg masuk wad lepas nie tak lagi..




adik yang masuk wad.. abang yang sibuk2 main atas katil tue..


Monday, July 20, 2009

Cuti Hujung minggu nie aku n family tak ada aktiviti sgt.. hari sabtu malam kitorang g tengok team HKC lawan bola ngan team bola pemuda UMNO sepang di stadium sepang.. biasa la aku bawa twins striker aku loo.. bukan main lagi dorg seronok je jumpa ramai org.. mula2 si adik tue sampai2 je tido.. tapi tak lama kejap je.. lepas dgr bising2 terus bangun.. aku ingatkan nak nangis masa dia bangun tue.. rupa2nya tersengeh je seronok.. ramai orang nka melayan dia.. siap terjerik2 dia ngan abgnya.. tgk bola.. hehhee... tapi aku tak snap gambar pun.. malas lak nak snap masa tue.. kami balik awal tak sempat tunggu sampai habis pun sebab hubby aku kerja tgh malam tue.. so kena sampai umah sebelum 11.30 mlm la..

hari ahad lak cadangnya kami nak g lunch kat luar hari tue.. tapi terbantut lak.. actually dah kuar umah pun.. dah sampai pun kat bangi sebab hubby nak ajak makan satu restoran nasi kampung kat bangi nie.. member2 dia kata sedap.. so dia nak bawa aku n mymum try la.. aku pun tak tahu apa nama kedai tue.. masa tgh mencari tue member opis lama aku masa kat kedah call lak dah ada kat putrajaya dia nak g umah.. aku takkan nak kata tak ada umah lak.. so aku pun ok je la.. dtg la.. memandangkan org nak dtg umah kita jauh2 kan.. tak sampai hati lak aku.. tak jadi la kami nak makan.. berhenti cari kedai n terus balik umah je.. kebetulan anak aku yang abg tue berak lak.. hehehe.. so terus balik cuci kat umah je la.. nak benti cuci kat petrol station takut lambat n member tue kena tunggu lama lak.. tue yang balik terus tue.. kiranya masa kami sampai tue dorg dah sampai pun kat kawasan blok umah aku tue.. diaorang tak dtg lama pun.. sekadar singgah je umah kawan lama dia nie sebbnya dia tgh tggu adik dia balik dari kursus so nak amik adik dia la nie kat Kem. Pelajaran.. sementera tue la singgah umah aku.. ada la dalam 30minit diorg kat umah aku pastue terus beredar..

lepas je diorg balik aku ngan hubby pikir nak masak je la kat umah.. dah malas lak nak kuar dah lewat time tue.. kalu nak g pun mesti dah tak ada apa dah kat kedai tue.. tapi mymum lak kata nak makan kat luar.. malas nak makan masakan sendiri.. nak ubah selera.. so hubby aku bawa je kuar.. tapi makan kat persint 9 je.. kat TEJA.. hehehe kira ok la tue.. makan kat luar gak.. hehehe.. lepas makan tue la sempat gak kitaorg round gerai jualan kat situ.. kebetulan ada sanyembara(betul ke aku sebut nie)puisi n syair.. tak beli pape pun.. mymum kata mahal.. hehehe.. lepas tue blik umah rehat je la..

sebelah malam pun tak ada aktiviti.. tapi kelakar aku tgk gelagat anak2 aku main malam tue.. hehhee.. aku ada snap satu gambar nie.. masa anak2 aku tgh main.. korang tgk je la.. hehehe...

Nie la gelagat twins dengan mainan baru diorang.. hehehe.. (bawah meja makan ni ...)

Wednesday, July 15, 2009

Twins dah pandai duduk dah.. mula2 tgk gelagat dorg nak duduk best juga.. terkial2.. kena bergantung pada org pastue baru nak boleh letak buntutnya.. hahaha.. tapi skrg tak lagi meniarap.. menyulur.. n bila letih menyulur dorg angkat angkat bada macam nak merangkak tapi tak merangkak.. terus duduk je.. ha.. bila dah boleh duduk tue bukan main lagi dorg suka.. siap ketawa2 lagi..




Yang terbaru sekali skrang nie.. dorg dah mula menqagaih (memanjat) hehehe.. belajar berdiri la skrg nie.. yang abang mulakan dulu.. adik mcm biasa la kemudian sikit.. nama pun adik kan.. tapi dah boleh la tak..teh..tak..teh.. kiri kanan sikit2.. yang dorg tahu nak lepas sblah tangan nak aksen la mcm dah terer.. hehhee




seronok bila tgk anak2 membesar nie.. hehhe..



Tuesday, July 14, 2009



Award ni aku dapat dari Aqilah. Actually dah lama dah aqilah bagi award ni kat aku.. tapi tak sempat nak ambil.. so hari nie baru terasa nak buat n3 tentang award nie.. lagi pun aku tgh tak tahu nak citer apa hari nie..

aku tak la kenal sangat dengan aqilah nie.. cuma kenal dlam alam maya nie je la.. aku suka baca catatan pejalanan kehidupan remaja nya.. mcam aku zaman remaja dulu la.. kira flashback.. maklumla masa aku dulu mana tahu berblogging nie.. skrg je baru terrer sikit.. hehehe..

Anyway thank aqilah for this award..

Monday, July 6, 2009

Ni aktiviti last weekend..

aceli.. last friday aku terima satu call dari S2 Slimming Center.. one chinese women.. Anne.. dia kata dia dapat nama aku dari kawan aku yang pernah dtg ke tempat dorg.. tapi kau pun tak tahu la sape yang kasi sebenarnya.. so bila dah kenalkan diri dan tanya sedikit pengenalan dia bagi tau aku yang dia nak bagi aku free trial untuk cuba diorgnya servis.

bila aku dgr tue ok juga la kalu nak bg aku free trial kan.. memandangkan aku skrg nie on diet nak menguruskan berat badan.. so why not kalu aku terima n cuba je.. tak rugi pun.. tapi aku kena betul2 confirm yg ianya PERCUMA.. hehehe.. maklum la.. takut tiba2 dia suruh aku bayar beratus-ratus lak lepas servis dorg.. mana taknya slimming center kan mahal2 belaka.. mana la aku mampu semua tue.. so telah confirm aku pun setuju untuk ke cawangannya di Bandar Puteri Puchong jam 3.30 ptg esok.. dah confirmkan semua baru tanya hubby.. hehehe...


Sabtu, 04hb Jun 2009


Lepas makan tengahari je aku n hubby ke bandar putri puchong.. ke S2 slimming Center.. puas juga la aku mencarinya.. maklumla tak penah g pun.. mujur hubby aku tahu serba sedikit area tue.. so kiranya kami sampai on time la.. sesampai je.. staff sana jemput dengan layanan mesra pelanggan.. hehehe.. aku kena isi satu form n sambil minum tea.. tapi aku tak minum pun.. masih kekenyangan lepas lunch..

selesai je isi form aku diperkenalkan kepada Kelly S2 Slimming consultant.. dia ada la bagi aku sedikit penerangan tentang servis yang dia akan bagi kat aku n tanya sama aku berminat nak menguruskan badan ataupun tak.. ofcoz la aku nak kan.. what ever pun try la dulu kan..

kemudian aku disuruh naik atas.. aku suruh salin pakaian n then baring atas katil yang dorg sediakan tue la.. 1st step dia massage dulu.. fuhh best juga la bila di massage mcam tue.. rasa ringan je.. tapi bukan satu badan tau.. bahagian perut je.. tujuannya nak membetulkan balik dalaman kita n menghancurkan lemak2 dibahagian perut tue.. hehehe..

selepas lebih kurang setengah jam aku di massage.. aku di wrap la.. body wrapping.. yang ni aku tak tahu apa lak tujuannya.. untuk keluarkan peluh la kot.. hehehe aku kan tak penah semua2 tue.. aku ikut je... selasai je body wrapping tue dlm masa 30 minit so tamat la aku punya free trial.. kembali la aku kebawah menghadap si kelly tue..

masa tue dia ajak aku join.. dia tanya aku ok ke rawatan yang dorg bagi tue.. aku kata ok la.. aceli tak terasa sgt la sebab aku 1st time.. di bagi tahu aku penerangan mengenai pakej2 yang ditawarkan.. dr Rm688 tapi dia kata dia syor kan aku untuk amik pakej Rm1k.. ada la dia bagi tau sesi2 apa yang aku akan buat dgn ambil pakej tue.. aku pun tak ingat dah.. tapi aku tak brapa yakin la dengan dia.. so aku ckp aku discuss dulu dgn hubby aku.. ye la kena minta izin dulu walaupun duit sendiri.. perbelanjaan keluarga.. lagi pun aku terasa mahal la.. syg la aku nak kuarkan duit byk2 tue.. hehehe.. so aku balik la dulu.. dalam keta aku bincang dgn hubby.. dia kata bukan tak boleh.. tapi takut kami tak tertanggung la bugjet nnti.. lagi pun katanya setengah Slimming Center ni lepas je sign up adala produk tambahannya nanti.. wallahualam... aku pun tak tahu betul ke tak.. tapi bila pikir balik betul la juga.. aku takut budget aku tak mencukupi lak nanti.. cukup la sekadar diet sendiri je dulu.. maybe next time la aku cuba.. or next year.. hehehe..

lepas balik dari S2 kami ke Digitmall jap.. hubby nak survey laptop.. mentang2 la anak tinggal kat umah jalan sakan la.. mujur mak aku dah tak sakit blakang lagi.. boleh la dia tlg tgkkan masa cuti.. hehhee..


Ahad, 5hb Jun 2009


Seperti semlam juga.. kami keluar umah lepas lunch.. kali ni kami ke KL lak.. kami sekeluarga kali ni skali dengan mymum ke Plaza Low Yat lak.. nak survey laptop gak la.. hubby nak cari laptop Dell Studia 50 kot kalu tak silap aku.. tapi tak ada stok.. semua kata minggu ni baru ada.. mungkin hari selasa @ rabu kot.. abis satu plaza kami pusing.. semua sama.. lenguh jugak la kaki aku nie.. so sebagai bayar balik penat kitaorg jalan ikut hubby kami ke sungai wang plaza.. punya la ramai org kat sana..aceli aku tak nak beli pape pun.. aku nak jln2 je..tapi saje le g juga sana walaupun tahu keadaan sana tue.. bawa mymum jalan2.. dia bukan penah g pun.. lagi pun lama tak jalan.. skrg nie baru sihat sikit.. kalu tak.. tak nak nya dia jalan2 mcm tue.. tak larat katanya.. lepas ke sungai wang ke Bukit Bintang Plaza (BBPlaza) lak.. window shoping gak la..tak belil pape pun.. mymum kata prices mahal2 semua.. hehehe..

lepas je letih.. kami balik.. tapi belum balik terus tau.. otw nak balik tue singgah lak kat Sunway Pyramid.. pergi jusco.. nak beli baju anak aku n seluar untuk mysister.. sebbnya seluarnya mysister kat situ je yang kami jumpa.. lagipun hubby dapat baucer Jusco Rm40 dari Allians Bank.. tue yang kami beli baju anak.. kebetulan lak masa kat sana ada Jcard Member Day 5hari nie lak tue last.. kira ok la tue.. boleh shoping dapat 15% discount.. hehehe..

so aku pun beli la baju seorg 2 pasang untuk twins.. n seluar 2 pasang untuk my sister.. mymum pun sempat tau shoping.. dia grab handbeg Polo.. Price RM69.00.. n after less dapat la Rm58.65.. aku pun grab beg gak.. tapi untuk my sister gak la.. brand polo gak.. simple je.. teringat lak yang dia penah pesan belikan utk dia kalu jumpa handbeg yang besar2.. so aku beli la.. Price RM59. After less dapat la Rm50.15.. sebelum shoping tue kami dah isi perut dulu di old town.. kat sana hubby buat lawak.. mymum nak makan mee udang kod no.522 tapi dia tulis Kod no.552.. so terpaksa la mymum makan nasi lemak special.. mymum kata mujur nasi lemak tue sedap.. kalu tak kempunan la dia nak mkn mee udang tue.. hehehe..

tapi kira ok la... this weekend nie kami semua enjoy.. mujur la hubby cuti this weekend so ada la xtvt kami.. kalu tak terperuk je la dalam umah.. hehehe..

ni la beg my sister tue..

*gambar lain tak sempat nak snap..

Thursday, July 2, 2009

Hari Ahad lepas.. aku, mymum (yang terpaksa ikut sebab taknak bagi dia duk umah sorg2), twin n my hubby ke mines.. sekali lagi kami ke sana.. tp kali ni bukan untuk membeli belah.. just nak bawa twin amik gambar dengan maskot Ice Ace 3.. termasuk lah aku n hubby skali.. hehehe...
xceli.. masa beli microwave hari tue kami boleh dapat pas bergambar dengan maskot dan menonton wayang percuma untuk seorang dengan setiap pembelian RM70 ke ats dalam satu resit.. jadi kami beli Rm500 tp satu resit je.. rugi la skit sebab pas menonton wayang dapat satu je.. takpe la.. bukan boleh tgk Ice Ace pun.. dapat tgk citer lain selain citer2 terbaru yang kuar wayang nie.. kalu nak tgk gak citer baru kena tunggu 2 weeks.. so simpan je la..
memandangkan dah ada pas.. kami pun dtg la.. hari tue punya la ramai.. mungkin sebab cuti n ramai yang nak menonton.. sesi bergambar tue lak dia buat di hadapan tgv.. memang sesak la.. what ever pun kami dapat gak amik gambar.. cuma terkilan satu je la.. tak dapat nak snap byk.. tak ada org nak tgl amikkan untuk kami.. yang mana datang tue semua bawa cameraman sendiri.. tp kami minta tolong brother yang incharge tue.. kira ok la dapat la snap 2 .. 3.. keping..


maskot Ice Ace 3


my family n Ice Ace 3

Wednesday, July 1, 2009

Rasa-rasanya korang mesti penah dengar dan tahu pasal duit yang aku cakap nie.. boleh dikatakan ramai di antara kita yang gemar bermain kutu@kut ini.. tak kira la lelaki ataupun perempuan.. so aku salah seorang daripada mereka la..
actualy sejak aku tukar ke opis skrg nie.. ni la pertama kali aku join.. sebelum ni tak penah pun join.. kat opis lama ada la aku main kutu@kut nie..kat sini aku main sikit je.. RM100 per month kongsi dengan opismate.. asalnya diorg wat satu kepala@nama rm200 selama 5 bulan so sebulan dapat rm1000 la.. memandangkan aku nie kongsi jadi aku dapat la rm 500 je sebulan.. dan bulan jun merupakan bulan yang aku terima.. so aku kaya la kejap..
hehehe... kejap je.. aku terima duit petang 25hb.. kebetulan petang tue aku nak g beli susu anak je dulu.. coz brg2 umah esoknya baru nak beli sebab jumaat.. sabtu cuti so kalu lewat balik pun ok.. jd ptg tue seperti yang dirancang.. balik dari keja aku terus je ke tesco kajang.. aku nak beli satu benda je.. Microwave oven.. tapi nak survay je dulu.. tak nak beli lagi.. esok baru nak beli.. dah jumpa yang berkenan.. hubby suruh beli je trus.. tp last minit bila check tak memenuhi piawan aku daaa... so tak la jd amik..
pastu kita org survay kedai area kajang.. tapi mak aiii... mahal siot.. brand n model yang sama aku boleh dpt kat tesco dlm RM300++ tp kat kedai2 tue semuanya nak mencecah seribu.. kemudian kami g pula ke sengQ tapi tak byk choice lak.. so kami balik je la dulu.. risau gak tggl budak2 tue ngan mymum.. dia pun tak sihat sgt.. budak2 tue dah la lasak sikit skrg nie.. aku pun kdg2 tak terhandle.. hehehhe..
esoknya lepas keja.. aku blik amik mymum n twins.. mymum nak ikut juga.. dia nak tgk brg yang dia terberkenan... kami ke Mines.. kat sana 1st kami ke kedai Best Denki.. byk betul pilihan.. dari mahal ke murah.. pastue ke Seng heng.. tetap gak tak byk pilihannya.. lagi pun budget bukan tinggi sgt.. nak bagi nampak je hasil kutu@kut aku tue... hehehe... jd kami buat pilihan beli kat Best denki je..tapi kami tak beli kat dalam kedainya.. kami beli kat luar yang ada buat promosi brg2 panasonic.. so jumpa la satu model yang i like... hehehe.. harga asal rm546.00.. harga promosi less Rm20.00 so jadi Rm 526.00 tapi masa aku nak beli tue dia kata boleh less lagii.. so dapat la RM500.00 ngamm..ngamm... hehehe.. cukup la duit kutu@kut aku tue.. akhirnya dapat la juga microwave yang aku nak kan tue..
pasni aku main lagi kutu@kut nie.. nak buat blajar raya lak.. kalu ni aku main byk skit.. hehehe..


Ni la microwave oven yang aku beli tue.. cantik tak..


ni lak hadiah yang aku dpat masa beli microwave oven tue.. sikat.. tp lebih kurang mcm iron la..



ha.. ni la gelagat twin aku masa kitorang tgk open microwave baru malam tue.. hehehe...

Saturday, June 27, 2009

Entri kali ni aku ceritakan tentang semua aktiviti semasa balik kampung.. cover balik entri yang aku tak postkan sebab tak ada mood.. so skrg ni kira dah ada mood n peluang untuk menulis.. hehehe..

11hb Jun 2009

aku n family bertolak balik ke kampung selepas maghrib.. selepas selesai masukkan barang2 dalam kereta.. dari rumah aku diputrajaya nie hubby aku yang drive.. aku minta gak nak drive

tapi dia tak kasi.. tak percayakan aku la tue.. hehehe.. tapi ok juga la.. aku boleh tido je kat blkg nanti.. hahaha.. aceli aku kena duduk belakang di tengah2 antara carseat anak2 aku tue.. nenek diorg duduk kat depan la.. senang dia nak kuar.. aku je yang slalu kena lompat ke depan untuk keluar.. kereta 4 pintu dah jadi 2 pintu..

banyak kali la juga kami singgah di RNR.. maklum la ada anak kecil dgn warga emas.. masa sampai di RNR Bukit Gantang kalu tak silap aku la.. masa tue aku gantikan hubby aku drive.. dalam perjalanan tue ada lak kemalangan berlaku.. sebuah pagero dgn lori minyak shell.. terbalik pagero tue terbalik n 4 biji tayarnya di atas.. rasanya mungkin sebab dia terlalu laju n tak sempat brek kot.. sebab sebelum tue kalu aku tak silap pagero tue la yang memotong kereta aku dgn laju.. my hubby apa lagi bila tgk mcm tue.. terus dia suruh aku berhenti di hentian depan.. dia nak bawa katanya.. bahaya sebab aku dah la tak pakai cermin mata.. hehhee.. so dia la sambung drive sampai la kami tiba di kampung around 4 am..





Bergambar di RNR Bukit Gantang..

12hb Jun 2009


Setibanya kami kat umah MIL.. twins aku ni dah tak nak tido.. diorg nak main2 lak.. aku n my hubby dah ngantuk gila dah time tue.. mana taknya sepanjang perjalanan tak dapat tido..mujur la my mum, MIL n FIL aku nak tolong tgk kan.. lagipun MIL n FIL aku tue dah lama rindukan twins.. asyik tanya je bila nak balik.. ha kali ni terlepas la rindu diorg.. dan kami pun sempat la tido.. hehehe...

bangun je tido around 6.30 am tue.. braeakfast.. ha nak tahu aku braekfast apa pgi tue.. pulut durian FIL beli durian kampung Singkir nama kampung tue.. tapi kalu dalam loqhat Kedah bunyinya Singkiaq.. dia beli durian tue sebab dia tahu menantu dia nie suka makan durian.. apa lagi aku sebat je la.. pulut sikit durian je banyak.. hahaha.. adik ipar aku lak mengandung skrg nie.. dia pun nak mkn durian gak.. mcm masa aku peggie dulu la.. aku suka sgt mkn durian.. boleh kata setiap hari nak ada durian kat umah tue.. adik ipar aku kata kat rumah MIL ni dah dua hari braekfast pulut durian sebab ramai yang minat dengan makan raja buah nie.. lebih2 lagi kat sna boleh beli dengan harga yang murah je.. tak mcam kat putrajaya.. selesai bab pagi..

tengahari tue lak lepas je kaum lelakinya balik dari solat jumaat.. kami semua bersiap nak ke umha sepupu my hubby yang nak kenduri esoknya.. hari ni dia angkat nikah.. adik ipar n hubbynya dah pegi dulu sebab diorg nak singgah tempat lain dulu.. manakala MIL, FIL, MYmum n family aku satu biji keta.. tapi MyMum sekerat jalan je, sebab dia nak g tgk anak kak aku dulu hari ni kat umah bisannya.. so kami just drob by je la.. pastue terus ke umah sepupu hubby tue..



Ni la sepupu Hubby aku tue..

sesampai je kat sana rombongan dah pun pulang ke rumah.. dah siap makan dah pun, kira kami last je la.. tak sempat nak g tolong2 apa yang patut pun..lepas je rombongan lelaki balik.. kami makan la.. time rombongan kami la pula.. kat majlis tue kecoh lak diorg ni susun pasangan kembar.. maklumla boleh dikatakan family yang dtg nie ada anak atau pun adik kembar.. mcam makngah aku mak kepada pengantin perempuan.. adik iparnya kembar lelaki&perempuan.. adik pengantin dan anak bongsu kepada makngah aku tue pun kembar juga lelaki&perempuan.. kakak pengantin n anak sulung kepada makngah aku ni pun anak sulungnya kembar perempuan kedua-duanya.. anak kedua makngah aku nie lak dapat anak kembar juga yang sulung lelaki kedua-duanya.. aku pun dapat anak sulung kembar juga lelaki kedua-duanya.. kira 5 pasangan kembar la yang datang pada hari tue.. tp yang tak bestnya aku tak sempat nak amik gambar kembar2 masa tue.. masing2 sibuk dengan hal masing2 mungkin lain kali aku akan ambil sebagai kenangan..

lepas je selesai makan dan tolong sikit2 apa yang patut kami pun blik la ke umah MIL.. sampai je kat umah MIL kami rehat jap.. masa tue around 8.30 mlm, aku n hubby kelaar balik bawa twins skali g ambil MyMum lak kat umah MIL akak aku tue.. sesampai je kat sana abang ipar aku tgh bakar ikan siakap.. hasil memancing kolam petang tadi dan menang wang saguhati RM50 hinggit.. besar juga ikan tue.. tapi aku tak makn dah sebab dah kenyang sangat dah time tue.. so just duduk n borak2 je kejap.. pastue kami blik la nak rest lak.. esok nak g kenduri lak umah makngah hubby tue.. tapi mujur tak perlu awal sngt sebab diorg ambil katering bukan pakatan so tak ada keja nak buat la..


Ni lak gambar anak2 kakak aku.. yang kecil tue baru je 3bln

13hb Jun 2009

bangun pagi siap2 kan pakaian aku, hubby n twins yang nak dipakai ke kenduri jap lagi.. breakfast aku hari nie pulut durian lagi tau.. kiranya dah tiga hari la org kat umah ni mkn pulut durian.. aku biasa la alas dengan nasi lemak bungkus dulu pastue baru durian.. dah lama tak makan nasi lemak yang mcm kat kampung ni selama aku di putrajaya.. bila dapat makan best je..
around 11.30 kami betolak ke Rumah Pengantin di Kuala Ketil konvoi 3 biji keta.. keta aku, adik ipar n abang ipar.. smpai sana je dah boleh makan tapi kami tak makan lagi rasa awal sgt lak.. cuma katering nie tak buat buffet sebab tuan umah suruh buat hidang.. susah la juga sebab bila nak makan kena cukup korum baru boleh makan.. maknanya kena ada 4 org satu meja baru boleh makan.. dah la macam tue meja pengantin pun diorg tak buat.. tuan umah kena wat sendiri.. kelamkabut juga la bila pengantin lelaki tiba around 2.00 tue..


Rombongan Pengantin Tiba..


Ketika menunggu Meja Pengantin siap disediakan..



antara bekas hantaran bagi sebelah lelaki(Hijau) dan Perempuan(Oren)


pengantin semasa di meja makan..,

pengantin lelaki ni org Sarawak rombongan ni dtg dari Jitra rumah bapa angkat pengantin lelaki tapi mak, bapa n adik pengantin lelaki tue adala datang dr sarawak.. masa diorg sampai meja pengantin tak siap lagi lak.. dah la diorg nie tak buat pelamin so tak detempat lain la nak tuju.. nak g bilik pun tingkat atas.. so duduk la pengantin nie dalam umah dulu.. dalam setengah jam baru boleh keuar ke meja pengantin.. whatever pun kira ok la juga perjalanan majlis nie walaupun secara kecil je..



ni la aktiviti kita org masa di majlis nie.. hehehe..

petang tue lepas selasai rombongan lelaki n pengantin makan kami pun apa lagi cabut la.. tapi berpecah.. aku n family terus ke rumah paksu aku di Kuala Sedaka, Yan manakala yang lain terus je balik..

kat umah paksu aku ni siap ambil mangga opps pelam la.. buah pelam epal.. hehehe.. buah ni tak la manis n tak la masam sangat.. sedang2 je.. masa ka umah paksu aku tue aku dapat tahu yang tokcik aku adik kepada arwah datuk aku tue kena stroke.. so sempat la kami jenguk kejap.. masa tue dia tgh diurut untuk membolehkan tangan n kaki kanannya digerakkan.. lepas je balik dr situ kami ke rumah paksu hubby aku lak.. kat hujung simpang masuk umah paksu akku td.. kat sana kami singgah kejap je.. sehingga lepas maghrib sebab masa balik dr umah paksu aku tue pun dah nak maghrib dah..


Ni la paksu n maksu aku.. sambil dukung twins..

lepas je balik dari umah kedua-dua paksu tue kami ke umah abah aku lak yang terletak di Kampung Jemerlang.. bukan jembalang tau.. kami makam malam di sana.. so boleh la anak2 aku main lama2 sikit di umah datuk diorg tue n kenal dengan makcik2 diorg.. lagi pun datuk ngan nenek diaorg tue pun sibuk gak bertanya bila twins nie nak balik.. so bila dah balik tue kena la g jenguk n tunjukkan muka.. lepas dah lama n penat kami blik la semula ke umah MIL.. kat Simpang Empat..
14hb Jun 2009

hari ni kira enjoy sikit la.. sebab hari ni cuma nak ke umah sedara-mara yang terdekat je.. biasa la bila dah sekali sekala balik nie kenalah buat lawatan dari rumah ke rumah.. so pgi tue around 11am kami keluar.. ha lupa la nak bg tau.. hari ni breakfast pulut durian lagi tau.. dah 4 hari la makan pulut durian kat umah MIL nie.. back to the future.. hehehe...

mula-mula skali aku ke rumah mak chaq aku.. iaitu kakak kepada MyMum k
ami singgah pun tak lama sebenarnya sebab ada lagi dua tiga buah umah yang nak pegi.. lagi pun hari ni kena blik awal sebelum maghrib sebab malam ada gethering dengan family hubby aku.. so lepas je g umah mak chaq kami ke umah pakteh lak abang pada MyMum di gunung keriang.. pakteh skrg nie tah brapa sihat sebab stroke juga.. badan dia pun dah kurus skrg nie..lepas je blik dari umah pakteh aku ajak hubby singgah kat INI Saloon.. hehehe aku nak potong rambut anak aku sikit, rambu aku pun nak potong n cuci.. MyMum pun nak juga potong rambut dia tue.. katanya ka putrajaya susah nak dapat saloon yang paham kehendaknya.. masa nak gunting rambut tue punya la gamat suasana dengan tangisan twins.. dorg takut nak potong rambut.. jenuh juga la nak pegang dorg yang meronta2 tue.. tapi MyMum kata kena gak ajar dorg supaya nanti bila besar dah tak takut dah.. tue yang tahan juga tue.. lepas je abis semuanya kami ke umah mak su aku lak.. adik Mymum yang kecil.. mengikut cerita maksu aku nie dulunya adalah kembar.. tetapi pasangannya tak dapat hidup lama.. kalu masih ada, aku ada la lagi sorg pakcik.. tapi Allah terlalu sayangkannya.. ok back to the normal.. hehehe..
kat umah maksu aku nie la aku duduk lama sikit sebab aku lebih rapat dengan familynya.. kat sana aku mandikan anak2 aku n siap makan tgh hari lagi walaupun masa tue dah lewat petang.. around 3.30 pm.. lepas je dah paus kami pun pulang la ke rumah MIL.. nak rest la kejap.. malam nie nak kaur lagi..

Around 9.00pm.. lepas FIL aku blik dari surau solat Isyak kami semua pun bertolak ke Restoran Tok Nadoq.. ermm tak tahu la ada yang penah dengar ke tak.. tapi restoran nie dah penah la masuk tiba dalam program warung kita di AStro PRima.. yang disiarkan setiap Jumaat Jam 7.30pm tue.. FIL aku ni la.. dia dari mula tgk warung kita ni la nak sgt dtg restoran ni nak cuba.. tp nak juga tunggu aku n family balik nak g semua.. sebabnya sebelum nie adik ipar aku tue dah penah ajak tapi dia tak nak.. katanya tunggu la abg chik n kak chik balik dulu.. hehehe aku la tue.. sebab tue la baru malam nie dapat pergi..

Mula2 tiba kat restoran nie kira ok la.. pemandangannya restoran ini dari luar not bad.. suasana dalaman pun ok.. susunan kerusi meja pun ok la.. sesuai la untuk majlis ringkas.. tapi kami masa tue silap timing.. restoran nie terkenal dengan aktiviti karaoke yang yang bermula jam 10pm.. kami sampai sana pun around 10pm lebi dah masa tue.. so bising la dgn suara2 sedap n tak sedap didengarnya.. malam byak juga la menu yang dipesan.. tapi kau dah tak ingat la.. yang aku ingat ada udang, sotong, ikan, sayur dan telur dadar... rasanya juga not bad la.. tak la lazat mana.. tapi kira okla.. price pun berpatutan.. malam tue kami makan RM 199.80 dengan dua ekor ikan siakap yang fress.. hidup2 lagi.. udang pun besar.. silap aku tak amik gambar menu.. sebab masa tue dah tak ingat apa.. ingat nka makan je.. maklumla dah nak kebulur je semuanya.. hehehe.. lepas makan je apa lagi balik umah la.. tido Time.. hehehe..


ni la gambar pengacara warung kita yang tergantung dalam restoran tue.. Azrul raja lawak kot kalu tak silap aku.. ter





ni la gelagat kita orang mana kat restoran tue..



ni la aktiviti anak2 aku n my BIL

15hb Jun 2009

pagi ni dah tak breakfast pulut durian lagi.. makan nasi lemak bungkus aje.. pagi nie pun tak ada planning.. just duduk umah je.. ptg karang baru nak ke Kuala kedah.. melawat Sepupu aku yang sedang sakit..

so petang je aku, hubby, twins, MyMum, MIL n FIL ke umah sepupu aku tue.. tapi sebelum tue FIL aku ni ajak g kuarkan duit kat AGro bank sebab dia nak beli Mesin Rumput baru.. mesin rumput yang lama tue dah rosak.. tapi dia tak nak beli lagi esok nya baru nak beli.. nak dtg dengan kawan dia juga.. so kami terus je la ke umah sepupu aku tue.. lepas dah lama berborak kami balik la.. takkan la nak tido situ lak aku nie.. hehhee.. otw balik tue aku singgah beli udang lipan/udang ketak.. balik umah rebus n makan ramai.. so aktiviti malam nie makan udang lipan/ketak tue la..

16hb Jun 2009

sepatutnya aku dah berkerja hari nie.. tapi hari ni baru kami nak bertolak balik dari kedah.. so hari ni kira aku EL la.. kami bertolak balik around 10am serentak dengan adik ipar aku tue.. sebab dia nak kena g kursus di kuantan.. tp kami dulu yang bertolak dia patah balik kerana tertinggal barang.. tapi masa kami berhenti dihentian tapah tue diaorg muncul lak.. rupa2nya kejar dari tadi tue.. patut la kerap je cal tanya ada kat mana dah.. sebabnya nak jumpa twins je.. ermmm.. mcm2 la diorg nie..

sesampai je dirumah semua dah keletihan.. walupun tiba awal.. so time to sleep..

akhirnya tamat la sudah entri yang panjang ini.. untuk hari yang telah berlalu dalam hidupku..

;;

By :
Free Blog Templates