Saturday, April 25, 2009
Boleh Dikatakan Dah Basi la juga cerita nie.. dah 2Week berLalu.. tapi Nak Wat macam mana.. tak sempat dengan kerja di pejabat..
ok la.. ok la.. ni cerita aku masa gi site visit utk projek kat besut terengganu.. aku pegi bertiga dgn member2 opis.. Kak shima n faezah.. tempat yang sama tapi pojek lain2.. kira utk projek aku tue aku sorg ja le.. kami bertolak dgn flight pd 14hb April 2009 kul 2. lebih.. balik esoknya 15hb April 2009.. pada yari yang sama tue gak ada sorg lagi member opis yang ke terengganu.. tapi dia g awal.. dan balik hari tue juga..
hari tue aku g naik keta opis je.. hubby aku ada exam ptk hari tue kat kl.. so tak dpt hantar la.. driver ngan kak shima n faezah dtg amik aku kat umah... aku tak masuk opis pun pagi tue.. ye la.. nak tinggal anak2 ku tue semlman.. tak pernah lagi lak tue.. sampai je kat KLIA kami g luch dulu.. aku lapar sgt masa tue.. ye la tak mkn pape lagi dr pagi td.. so lunch kat mcD je la.. makan McChiken..
sesampai je kat airport driver SaTu dah pun tunggu kami.. dia yang kemput kami dan hantar ke tempat penginapan di Batu Buruk beach Resort.. kami juga dapat kebenaran dari Satu untuk ajak driver tue g shoping n jln2 kat KT tue.. sesampai je kat resort baru aku teringat kat member yang dtg awal dr kami tue.. rizal.. aku pun call la dia tanya ada di mana anak ajak jln2 sama ngan kita org la.. rupa2nya.. dia awal2 lagi dah ada kat airport tue.. konsultant dah antar awal sebb diorg ada keja lain.. kesian dia.. kalu tahu dari awal lagi dah kami ajak dia ikut sama.. tp nak wat mcm mana dah kat resort dah baru ingat...
mujur la driver nak patah balik ke airport amik dia.. n bwa kami p jln2.. so kami pun g la amik dia.. kemudian kami g pasar Payang.. aku ingat nak beli kain sut kat mak aku.. tapi batik je yang byk.. rasa mahal lak.. time2 tak ada duit nie.. so aku cuma beli 2 pasang tshirt je untuk anak2 aku tue.. sebagai kenangan aku dtg terengganu..
selepas je dari pasar adah tak tahu nak ke mana.. so kami pergi je la ke Masjid Kristal.. walaupun aku dah penah pegi.. tp ok la.. sbb kak shima belum pernah sampai lagi kat sana.. atleast ada juga la aktiviti riadah petang tu.. lepas dah puas jln dan bergambar kat sana kami g makan kat satu gerai yang jual air nyok, keropok lekor, n seafood goreng tepung.. mcm udang, sotong ngan ikan.. sedap gak la.. gerainya kat area airport je.. rizal yang ajak g situ.. sbb dia ngan kak shima pernah ke sana masa g site visit..
selesai je mkn kami hantar la rizal semula ke airport sbb flight dia kul 9.00 mlm.. n kami pun dah nak blik ke resort.. driver tue pun dah nak blik umah la.. dia nak main badminton lak mlm tue ktanya.. hehehe..
malam tue lak.. ingat nak makan kat gerai2 area resort tue je.. alih2 tukar plan.. member faezah yg tinggal di KT tue dtg.. so dia la yang bawa kami g makan kat tepi laut tue.. aku pun tak tau apa nama tempat tue.. mknan ok la.. not bad.. cuma aku tak berapa suka dengan servis kat gerai tue n pelayan kat sana.. macam sombong pun ada.. tgk org tak senyum pun.. apa2 pun thank tue member faezah n kak shima sebab blaja kami mkn malam tue.. hehehe..
balik je resort apa lg letih la.. tido time.. tapi aku tak leh nak tido la.. teringat anak2.. laki tak ingat anak je yang teringat sgt.. aku mgs tanya hubby pasal dorg pun dia kata dorg cari juga aku.. ye la.. slalu mlm2 ada.. kali ni malam tak ada.. kesiannya..
esok tue kami g la ke site kali nie org Satu amik.. En Roslan n En Osman.. kami bertolak dari resort kul 8.00 pagi lepas je breakfast.. ontheway tue singgah lagi makan roti canai.. en. roslan n en osman ajak.. so kami kongsi la.. sebiji utk tiga.. memang berbaloi.. hahaha... sampai site kira2 kul 10.00 lbh dkt kul 11.00 gak..
Ni la tapak projek.. kat sana pun sempat posing lagi tu
selesai je visit site.. g lunch dulu.. tp kami kena rushing blik sebb takut tak sempat nak naik flight.. perjalanan boleh dikatakan mengambil masa 2 jam.. tp dalam pada nak cepat tue.. sempat gak kami singgah beli kopok lekor dulu... hehehe... ole-ole utk bawa balik umah..
sampai je kat KLIA kami berpecah.. aku balik dengan hubby.. kak shima n faezah lak balik naik erl.. sampai2 je nampak anak aku.. rindunya rasa.. walaupun baru semlm je tinggal...
hehehehe...
ni la gambar Abang dan Adik test baju baru yang aku belikan
lagi Gambar Klik Sini.
Thursday, April 9, 2009
Ha.. aku baru je lepas dengan mengumuman senarai kabinet baru oleh perdana menteri kita yang baru...
Dua kementerian telah dibubar.. so terbentuk la Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air.. di mana akan menjadi aku punya kementerian.. lepas nie bukan lagi Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi la.. atau pun KTAK.. sebab dah bubar.. Komunikasi lak dah dimasukkan ke Kementerian Penerangan.
Menteri pun dah Bertukar.. bukan lagi Dato' Shaziman sebab dia dah bertukar ke Kementerian Kerja Raya.. so Kementerian aku yang baru nie diterajui oleh Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon...
Tunggu je la apa yang akan berlaku.. ada perpindahan pejabat atau pun tidak..
Labels: OfFiCe, PenGeTahuAn, SeMasA
Monday, April 6, 2009
Ni la Gambar2 ketika majlis akad nikah.. tak banyak yang boleh aku uploadkan.. bukan apa nanti penuh lak blog aku nie dgn gambar diaorang je...
Ni la orang kuat majlis tue... hehehe...
ok .. last but not least.. ni lak majlis bertandang... rumah pengantin lelaki la pula..
Ni la pengapit bidan terjun.. anak2 terpaksa la orang jaga.. kesian nenek2 dorg.. kena dukung berjalan dalam panas terik tue..
Akhirnya sesi bergambar bagi family..
Labels: Akad Nikah, FaMilY InLaw
Wednesday, February 18, 2009
hahahaha.. hari ni ngan esok ada kursus la.. kursus microsoft projek.. konon2nya nak rancang projek la.. ok juga la kursus nie.. tak la boring sgt..
lagi pun time rehat nie.. tak tahu nak buat apa.. nak update blog pun takut tak sempat.. so just masukkan ini je la dulu.. pas nie nanti aku letak la lain2 aktiviti yamg aku dah buat sebelum nie.. banyak betul gambar yang org nak tak masukkan lagi nie.. lepas nie la yek.. harap sabar menanti..
Tuesday, January 20, 2009
minggu lepas aku ambil cuti dua hari pada hari khamis dan Jumaat.. tujuannya untuk balik kampung hujung minggu tue.. ingatkan nak blik masa raya cina tp rasa mcam ramai sangat yang nak balik nanti.. lagi pun mesti banyak opis yang tutup masa tue.. so kami amik keputusan balik hujung minggu lepas..
sebenarnya balik kampung kali nie adalah untuk berbincang berhubung majlis kenduri kahwin adik ipar aku yang sorg tue.. memandangkan dah balik kampung tue kami uruskan juga la urusan pembelian rumah disana sebab tue la kena balik masa opis tak cuti..
kami bertolak sebelah malam.. dalam kul 11.00 malam dan sampai kul 5.00 pagi.. letih juga la sepanjang malam berjaga.. gilir2 memandu tapi masa hubby aku memandu aku tak tido pun.. sampai je umah mertua apa lagi cover la.. anak2 dah ada ramai yang nak menjaganya..
tp sayang la pula sepanjang balik kampung minggu lepas aku tak sempat amik sebarang gambar.. ingatkan nak ambil gambar rumah yang kami nak beli tue.. tapi terlupa nak bawa kamera lak masa gi site opis tue.. tgk2 je.. rumah tue dijangka siap pada bulan 4 tahun depan.. so kira dah tak lama sgt dah la..
kebetulan pula masa blik hari tue abah buat kenduri arwah dan kesyukuran.. so boleh la aku bwa anak2 semua pergi.. mcam dah dirancang je semuanya.. walhal kebetulan je..
tapi anak aku yang second tue tak brapa sihat lak bila balik sana.. batuk2 dan suara pun dah tak kuar.. menangis pun dah tak brapa nak dengar.. kesian sgt.. maklum la kat kampung sekarang ni musim org ambil padi.. panas.. habuk tak yah cakap la.. memang banyak sangat.. semalam baru aku bawa dia g klinik.. doc kata tak ada pape cuma merah je sikit tekak dia..
Labels: CeRiTa Ku, JaLan2, KelUarGakU
Tuesday, January 6, 2009
hari nie adalah hari lahirku yang ke 27thun.. hehehe dah makin tua la aku nie.. tp dlam pada menyambut birthday ada juga yang tak bestnya.. aku kena demam selsema n batuk2.. so hari ni mc la.. tak dapat la nak g opis..
doktor siap marah lagi suruh aku rest.. katanya aku baru lagi lepas pantang.. badan pun tak brapa ok lagi..
tp yang penting happy.. thun nie tak dapat pape hadiah la dr hubby.. ermm.. dia wish je.. mungkin nanti kot.. carry forward.. hahhaa..
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU, SakiT
Friday, December 26, 2008
Hahaha.. jgn terkejut pula.. ni bukan pasal baju bundle.. or pape saja yang berkaitan dengan barang2 bundle.. xtually entri kali nie aku masukkan semua skali xtiviti yang aku lakukan sepanjang 3 minggu lepas.. yang masih belum sempat aku posting kan.. tue sebb la aku namakan bundle.. bermula pada
13hb Disember 2008
hari ni hari sabtu.. cuti la katakan.. so kena la spend time ngan family.. oleh itu malamnya aku sekeluarga ke stadium pancarona putrajaya.. kat sana ada aktiviti perlawanan bola sepak diantara team kelab hubby aku HKC (Hijau kuning.com) dgn TV3..
abis twin pun aku bwa tau.. si abang tue bukan main lagi seronok tgk bola.. maklumlah kat umah pun papanya ajar tgk bola.. tp yang siadik lak tido je.. dah tak perduli dah bunyi gendang kuat ke tak.. yang dia tahu nak tido je..
14hb Disember 2008
Hari Ahad pula aku tak ada apa nak buat.. nak g jalan pun tak tahu nak ke mana.. so setelah digeledah dapur dan belek2 barang yang ada aku amik keputusan untuk sediakan satu jenis masakan.. so aku pun wat la Bread n Butter Puding.. memandangkan semuanya dah ada kat umah kecuali kismis.. tp mujur la hubby aku bersedia ke kedai untuk membelikannya untuk aku.. thanks sayang.. hehehe.. so petang tue jadi la bread n butter puding.. hubby aku siap bawa g opis lagi.. dah tue ada lak geng opis yang minta resepi.. sedap katanya.. padahal aku ceduk je dlm internet n tokok tambah sikit...
19hb Disember 2008
ada dua aktiviti yang aku lakukan pada hari nie.. yang pertamanya jamuan perpisahan dua rakan setugas aku yang telah diketahui lebih awal masanya.. kedua pertandingan shahiba yang juga telah diketahui.. tp pertandingan ini sebenarnya aku tak penah beri nama pun untuk bertanding.. saja la pada hari tue aku ikut rakan2 lain yang nak masuk bertanding.. kononnya nak tgk je.. tp memandangkan tak cukup org dan galakkan rakan2 aku pun main juga la.. takut sebenarnya nak main nie sebab aku tak pandai langsung.. dgr org citer je.. tak penah main pun.. tp rezki aku agaknya aku berjaya ke peringkat akhir.. sebenarnya yang masuk bertanding dari jabatan aku adalah seramai 7 org.. dan yang berjaya ke final aku n kak aini.. so petang pukul 3 lak sambung final..
gap masa tue aku hadir ke jamuan la pula.. aku tak makan pun.. dah kenyang sangat la masa tue.. takpe la.. nanti2 boleh mkn lagi.. siap ada penyampaian hadiah lagi.. tp tak sempat nak amik gambar rakan2 aku tue terima hadiah.. sebab aku lewat turun td.. (aku pun dapat gak.. rakan yang nak pindah tue pula yang kasi.. dah terbalik kot nie..) tp apa2 pun kami sempat gak posing dlm blok opis tue.. sampai ke kaunter penyambut tetamu la.. hehehe..
sebelah petang lak.. after lunch break aku naik semula untuk final shahiba.. tanpa sebarang harapan.. maklumla lawan dgn org bijak pandai nie.. juara bertahan pun ada gak tau.. sekali lagi la kot rezki aku.. bukan la juara.. tp aku dapat naib juara.. hehehe.. hadiahnya belum dapat lagi.. so tak leh la nak tunjuk kat korang..
20hb Disember 2008
sekali lagi cuti minggu.. ha kali nie aku g jauh la skit.. aku ke kepong.. ke jualan gudang pakaian bayi dan kanak2.. shoping skan la.. gambar memang tak sempat nak amik pun.. aku pun baru dua kali dengan ini gi sana.. sebelum nie aku gi masa tgh preggie.. skrg nie dah lepas.. hehehe.. senang la sikit nak berebut pilih baju tue.. perut dah tak ganggu.. tp kali aku rasa tak ramai sgt org n tak byk baju yang baru.. mungkin stok yang bulan sebelum nie tue dorg nak abiskan juga.. dalam tak byk tue pun rm200 juga la aku abiskan untuk shoping baju my twins..
petang lak aku g shoping lagi tau.. kali nie aku ke manjaku lak.. jualan baju baby lagi.. tp ni mak aku laknak shoping.. dia nak belikan baju baby utk bakal cucunya yang akan lahir nanti... kakak aku yang mengandung.. bukan aku lagi tau.. aku pun ada gak tumpang beli.. aku beli baju jeans baby kiko untuk twins aku.. hehehe..
21hb Disember 2008
ha.. rasa2nya korang pun tahu tak mana aku g.. jom..jom..jom..jom.. jom heboh heboh.. hehehe.. ni la tempat yang aku gi.. kat bukit jalil.. twins pun g tau.. siap pakai baju baru yang sempat dicuci.. yela.. neneknya rajin benor cuci baju baby nie.. so itu la yang membolehkannya pakai.. panas juga la hari tue.. jauh nya kalu nak jalan ramai lak org tue.. parking memang susah.. mujur la kebetulan aku dapat parking betul2 dengan dengan pintu gerai.. so tak la jauh jalan.. tapi kira berpeluk juga la mytwins dalam stroller dorg.. dlam pada panas tue si abg boleh juga tido dgn panas n bising.. yang adik lak tak nak tido.. nak dukung je.. nak tgk org.. terpaksa la aku dukung.. cdangnya nak tgk je.. tp abis gak duit rm70 beli guddy beg yang diorg jual tue.. penuh dgn cekedis je.. hehehe...
23hb Disember 2008
Hari nie aku ke Slim River Perak.. aku di arahkan untuk mnghadiri Lawatan Tapak di Ladang Clunny/Bedford.. aku gi bersama dgn J48 en.razif n J41 en. fauzi.. gi naik keta jabatan je.. aku gi sana pakai sandle je.. kaki aku skit la.. jd cekam kat ibujari kaki.. bengkak.. tak tahu la bila nak baik.. amik ubat kat klinik pun tak juga surut2 bengkaknya.. tue pasal la gi site pun pakai sandle je.. mujur site tue tak mencabar.. relax je la.. lagi pun aku pergi sekadar pemerhati je.. maklum la tak tahu pape pun tetang site tue.. kira kat sana la baru aku blajar sikit2.. hehehe.. site sampai tengah hari je.. so mkan tgahari disponsor la.. kami makan di Garden Restoran. Tanjung Malim kalu tak silap aku.. terlupa lak.. makan dia ok.. sedap2 belaka.. lebih2 lagi bila mkan free kan semua nya sedap je..
lepas tue kami g sogo lak.. kira shoping je la sehari tue.. kat sogo biasa la beli brg2 hantaran.. kali ni beli brg lelaki dulu.. adik aku tue next time.. dorg beli baju, kasut, wallet n perfume.. nak beli brg tue je berejam aku tunggu tau.. dr kul 4 kami sampai sogo sampai kul 8 baru kuar dri sogo.. kesian anak buah aku yg sorg tue.. asyik bersungut je kata lapar nasi..makcik nye beli tak siap lagi..
ni Najwan.. setelah selesai membuang apa yang patut isi perut yang kosong balik la.. makcik yang tolong..
tunggu Makcik shoping sampai tertido la.. letih..
lepas makan masing2 dah penat jalna.. n kekenyangan.. apa lagi nak blik la.. masa otw balik tue kami singgah la kejap kat dataran masjid putrajaya tue.. maklum la malam minggu kan ramai yang bawa anak2 lepak situ.. so kami pun singgah la bagi anak buah aku tue main2 kat sana jap.. bukan anak buah je.. skali dengan makcik n bakla pakciknya pun join skali main boomerang.. dah letih baru la balik..
Tamat.. hehehe.. itu la kisah2 sekitar 3 minggu aku tak posting.. so jgn segan2 lak nak baca nie.. hehehe.. panjang bebenor.. some of the picture tue aku silap settle tarikh la.. terlewat sehari lak.. org kalu boleh nak cepat aku lak nak lewat.. tak nak abis tahun cepat kot.. ye la.. kalu tak aku tambah lagi umur.. tua lagi.. hahahhak..
Labels: CeRiTa Ku, DaRi DapUR, FaMilY InLaw, JaLan2, KelUarGakU, OfFiCe, RiaDah










