cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, May 2, 2009

1 May Baru nie aku ke Klang.. ke umah sepupu aku.. dia menjemput aku ngan family ke rumahnya untuk hadiri majlis pertunangan anak perempuannya yang no2.. majlis tue diadakan selepas solat jumaat.. mulanya kami cdg nak pegi awal la skit.. boleh la juga tolong2 apa2 yang patut.. tapi nak wat mcm mana.. hubby aku keja malam semlm pagi baru balik.. so biar la dia rehat kejap lepas jumaat je terus kami pergi..

sesampai je disana rombongan sebelah lelaki dah memenuhi ruang rumah dah..terpaksa la kami masuk ikut pintu belakang.. apa lagi time time tue aku jd kameraman la jap.. maklum la anak aku ramai sangat org yang nak jagakan.. hehehe.. tue yang aku sempat snap gambar2 kat majlis tue..

Ni la Bakal pengantinnya..

rombongan lelaki ni dari machang kelantan.. cuma satu je yang menarik perhatian aku masa tgk hantaran yang dibawa.. hantaran sebanyak 7bekas berbalas 9bekas.. cuma salah satu dari hantaran pihak lelaki tue adalah wang tunai sebanyak rm3k.. mulanya aku pelik gak la.. kenapa perlu ada duit lak so setelah di soal selidik baru la aku tahu jawapan nya.. hehehe mcm suspend je..

Barang Hantaran Sebelah lelaki

Barang Hantaran sebelah perempuan

Ni la pasangan tue..

Belanja ditetapkan sebanyak RM7k.. so pihak lelaki ni nak bagi dahulu separuh dari wang belanja tue nanti.. itu la sebabnya diaorg bagi dulu RM3k dan bawa sekali dengan hantaran masa tunang.. ermmm.. ok juga kan.. boleh la guna buat beli barang2 keperluan untuk kenduri nanti.. lagipun tempoh ikatnya bukanya lama sangat pun.. setahun je.. tak macam kakaknya dua tahun..

Duit yang dimaksudkan. RM3k

tapi kalu yang adik setahun dan yang kakak dua tahun.. silap2 kenduri pun disekalikan.. sebab kakaknya dah bertunang tahun lepas.. si adik baru je bertunang.. ermm... mcm mana tue yek..

ckp pasal serentak nie.. aku penah la dgr org tua2 citer yang tak elok diadakan kenduri kawin dua beradik serentak.. lain la kalu dua beradik tetapi berlainan jantina.. mcm adik perempuan n abangnya ke.. tapi ini adik perempuan dan kakaknya.. menurut org tua2 dahulu besar kemungkinan bencana akan berlaku atau pun perkahwinan itu tidak kekal lama.. wallahualam... aku pun tak tahu ke sahihannya.. semua tue adalah kerja Allah.. kita merancang Allah yang menentukannya..

Lagi Gambar2 Menarik klik DiSini

Ni entri last 2 weeks.. ketika MEnteri KTTHA dan Timbalannya melawat ke Jabatan Aku bekerja. Sesi lawatan ni pada sebelah pagi.. lebih kurang dalam jam 9.00 pagi.. masa nie semua staf diminta bersedia untuk menyambut kedatangan beliau.. kami semua kena la beratur beramai2 dari hadapan pintu lift ke tempat taklimat akan di buat iaitu di bilik mesyuarat KP.

sebelum kedatangan tue pun kami dah kena kemas kat semua meja kerja, fail2 perlu di susun rapi mana la tahu kot2 la dia nak round tempat kami tak la nampak bersepah.. hehehe...

tapi malangnya dia tak round pun.. kira ok gak la.. tak perlu nak berlakon sibuk bekerja lama2 sangat... hehehehe...


Lagi Gambar Klik Disini

Friday, May 1, 2009

Hari ni semua sekali bercuti.. so aku nak amik kesempatan untuk ucapkan selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia.. dan yang melayari blog aku nie la.. hehehe..

cuti2 pun.. kat umah tetap gak kena keja.. kalu tak sapa lagi yang nak tolong buatkan.. kalu ada maid tue lain la.. tp sepatutnya maid pun kena cuti tau.. sebab dia pun pekerja juga.. hehehe..

Saturday, April 25, 2009

Boleh Dikatakan Dah Basi la juga cerita nie.. dah 2Week berLalu.. tapi Nak Wat macam mana.. tak sempat dengan kerja di pejabat..

ok la.. ok la.. ni cerita aku masa gi site visit utk projek kat besut terengganu.. aku pegi bertiga dgn member2 opis.. Kak shima n faezah.. tempat yang sama tapi pojek lain2.. kira utk projek aku tue aku sorg ja le.. kami bertolak dgn flight pd 14hb April 2009 kul 2. lebih.. balik esoknya 15hb April 2009.. pada yari yang sama tue gak ada sorg lagi member opis yang ke terengganu.. tapi dia g awal.. dan balik hari tue juga..

hari tue aku g naik keta opis je.. hubby aku ada exam ptk hari tue kat kl.. so tak dpt hantar la.. driver ngan kak shima n faezah dtg amik aku kat umah... aku tak masuk opis pun pagi tue.. ye la.. nak tinggal anak2 ku tue semlman.. tak pernah lagi lak tue.. sampai je kat KLIA kami g luch dulu.. aku lapar sgt masa tue.. ye la tak mkn pape lagi dr pagi td.. so lunch kat mcD je la.. makan McChiken..

sesampai je kat airport driver SaTu dah pun tunggu kami.. dia yang kemput kami dan hantar ke tempat penginapan di Batu Buruk beach Resort.. kami juga dapat kebenaran dari Satu untuk ajak driver tue g shoping n jln2 kat KT tue.. sesampai je kat resort baru aku teringat kat member yang dtg awal dr kami tue.. rizal.. aku pun call la dia tanya ada di mana anak ajak jln2 sama ngan kita org la.. rupa2nya.. dia awal2 lagi dah ada kat airport tue.. konsultant dah antar awal sebb diorg ada keja lain.. kesian dia.. kalu tahu dari awal lagi dah kami ajak dia ikut sama.. tp nak wat mcm mana dah kat resort dah baru ingat...

mujur la driver nak patah balik ke airport amik dia.. n bwa kami p jln2.. so kami pun g la amik dia.. kemudian kami g pasar Payang.. aku ingat nak beli kain sut kat mak aku.. tapi batik je yang byk.. rasa mahal lak.. time2 tak ada duit nie.. so aku cuma beli 2 pasang tshirt je untuk anak2 aku tue.. sebagai kenangan aku dtg terengganu..

selepas je dari pasar adah tak tahu nak ke mana.. so kami pergi je la ke Masjid Kristal.. walaupun aku dah penah pegi.. tp ok la.. sbb kak shima belum pernah sampai lagi kat sana.. atleast ada juga la aktiviti riadah petang tu.. lepas dah puas jln dan bergambar kat sana kami g makan kat satu gerai yang jual air nyok, keropok lekor, n seafood goreng tepung.. mcm udang, sotong ngan ikan.. sedap gak la.. gerainya kat area airport je.. rizal yang ajak g situ.. sbb dia ngan kak shima pernah ke sana masa g site visit..


ni gambar ketika kami posing di kawasan Masjid Kristal.

selesai je mkn kami hantar la rizal semula ke airport sbb flight dia kul 9.00 mlm.. n kami pun dah nak blik ke resort.. driver tue pun dah nak blik umah la.. dia nak main badminton lak mlm tue ktanya.. hehehe..

malam tue lak.. ingat nak makan kat gerai2 area resort tue je.. alih2 tukar plan.. member faezah yg tinggal di KT tue dtg.. so dia la yang bawa kami g makan kat tepi laut tue.. aku pun tak tau apa nama tempat tue.. mknan ok la.. not bad.. cuma aku tak berapa suka dengan servis kat gerai tue n pelayan kat sana.. macam sombong pun ada.. tgk org tak senyum pun.. apa2 pun thank tue member faezah n kak shima sebab blaja kami mkn malam tue.. hehehe..

balik je resort apa lg letih la.. tido time.. tapi aku tak leh nak tido la.. teringat anak2.. laki tak ingat anak je yang teringat sgt.. aku mgs tanya hubby pasal dorg pun dia kata dorg cari juga aku.. ye la.. slalu mlm2 ada.. kali ni malam tak ada.. kesiannya..

esok tue kami g la ke site kali nie org Satu amik.. En Roslan n En Osman.. kami bertolak dari resort kul 8.00 pagi lepas je breakfast.. ontheway tue singgah lagi makan roti canai.. en. roslan n en osman ajak.. so kami kongsi la.. sebiji utk tiga.. memang berbaloi.. hahaha... sampai site kira2 kul 10.00 lbh dkt kul 11.00 gak..



Ni la tapak projek.. kat sana pun sempat posing lagi tu

selesai je visit site.. g lunch dulu.. tp kami kena rushing blik sebb takut tak sempat nak naik flight.. perjalanan boleh dikatakan mengambil masa 2 jam.. tp dalam pada nak cepat tue.. sempat gak kami singgah beli kopok lekor dulu... hehehe... ole-ole utk bawa balik umah..

sampai je kat KLIA kami berpecah.. aku balik dengan hubby.. kak shima n faezah lak balik naik erl.. sampai2 je nampak anak aku.. rindunya rasa.. walaupun baru semlm je tinggal...
hehehehe...

ni la gambar Abang dan Adik test baju baru yang aku belikan

lagi Gambar Klik Sini.

Thursday, April 9, 2009

Ha.. aku baru je lepas dengan mengumuman senarai kabinet baru oleh perdana menteri kita yang baru...

Dua kementerian telah dibubar.. so terbentuk la Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air.. di mana akan menjadi aku punya kementerian.. lepas nie bukan lagi Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi la.. atau pun KTAK.. sebab dah bubar.. Komunikasi lak dah dimasukkan ke Kementerian Penerangan.

Menteri pun dah Bertukar.. bukan lagi Dato' Shaziman sebab dia dah bertukar ke Kementerian Kerja Raya.. so Kementerian aku yang baru nie diterajui oleh Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon...

Tunggu je la apa yang akan berlaku.. ada perpindahan pejabat atau pun tidak..

Monday, April 6, 2009

Ni la Gambar2 ketika majlis akad nikah.. tak banyak yang boleh aku uploadkan.. bukan apa nanti penuh lak blog aku nie dgn gambar diaorang je...


Kalu korang perasan, itu la langsir yang aku jahit tue.. hehhee.. tak la meriah mana pun.. boleh la.. bagi orang yang tak pandai nak menjahit nie..




Ni lak gambar majlis Persandingan Sebelah perempuan.. Warna Temanya PINK+PURPLE..

Ni la orang kuat majlis tue... hehehe...

ok .. last but not least.. ni lak majlis bertandang... rumah pengantin lelaki la pula..



Ni la pengapit bidan terjun.. anak2 terpaksa la orang jaga.. kesian nenek2 dorg.. kena dukung berjalan dalam panas terik tue..


Akhirnya sesi bergambar bagi family..
so tamat la sudah episod ini.. hehehe.... see ya..

Wednesday, February 18, 2009

kursus

hahahaha.. hari ni ngan esok ada kursus la.. kursus microsoft projek.. konon2nya nak rancang projek la.. ok juga la kursus nie.. tak la boring sgt..

lagi pun time rehat nie.. tak tahu nak buat apa.. nak update blog pun takut tak sempat.. so just masukkan ini je la dulu.. pas nie nanti aku letak la lain2 aktiviti yamg aku dah buat sebelum nie.. banyak betul gambar yang org nak tak masukkan lagi nie.. lepas nie la yek.. harap sabar menanti..

;;

By :
Free Blog Templates