cashmails.biz Valuebux!

ANniVerSary

Daisypath Next Aniversary Ticker

PerJalaNan RuMah TanGGa AkU.

Daisypath Anniversary Years Ticker

UsiA AnAk-AnAk Ku

Lilypie 1st Birthday Ticker

Monday, November 10, 2008

SWEET MEMORIES

Lamanya aku tak kunjungi blog nie.. maklumlah bercuti panjang.. baru sekarang berkesempatan untuk kunjungi blog.. kat sini aku nak cerita pengalaman aku semasa hendak melahirkan kedua putera hatiku..

Pada hari isnin 22 hb September 2008, sebenarnya aku ke dewan bersalin untuk membuat pemeriksaan kerana aku berasa sakit dibahagian bawah serta ingin meminta cuti bersalin awal.. maklumlah dah dekat nak raya la katakan.. nak la juga balik raya kat kampung awal sikit.. dan sekali gus boleh la aku bersalin kat kampung..

Tapi hasrat aku tak kesampaian.. setelah membuat pemeriksaan dah terdapat bukaan 1cm.. so terus la aku kena tahan di wad.. esok paginya aku minta untuk pulang tp doctor tak kasi juga sebab bukaan dah sebanyak 2cm.. tapi aku tak rasa sebarang tanda2 nak bersalin.. malam tue pula doc pakar seorg lagi melawat ke dalam wad.. masa tue dia kata kalu selepas review esok pagi bukaan telah mencapai 3cm aku akan terus dimasukkan ke bilik bersalin.. so keesokkannya selepas doctor di wad review bukaan dah pun hampir ke 3cm.. so apa lagi aku terus dihantar ke bilik bersalin… pukul 8-30 aku dihantar ke sana.. disana doctor memberi suntikan epidural.. risau gak aku tak biasa alami semua tue..

kata doctor supaya aku tak berasa sakit ketika hendak melahirkan dan mudah untuk menjalani pembedahan sekiranya terjadi apa2.. aku setuju je la.. lepas tue pula doctor memberi suntikan bagi mempercepatkan proses bersalin... kemudian air ketuban pun dipecahkan.. masa tue jam menunjukkan pukul 11.30 tgh.. lama nak tunggu memang la aku tak berasa sebarang kesakitan.. tp letih dan berdebar.. tak tahu apa yang bakal terjadi lepas nie.. sehingga la pukul 7-00 ptg bkaan baru sebanyak 6cm.. masa tue pakar perempuan yang melawat memberi masa sehingga jam 8-30 mlm je untuk bukaan penuh.. kalu tak aku perlu dibedah.. lagi la rasa berdebar..

kemudian pada pukul 8-00 mlm sekali lagi doc review.. tp bukaan baru je mencapai 7cm.. doc dibilik bedah memberi tahu doc pakar yang bertugas malam.. dia memberi masa lagi untuk tunggu bukaan.. sehingga la pada pukul 10.45 mlm baru la bukaan mencapai 9cm dah sedikit sahaja lagi mencapai ke 10cm.. proses melahirkan terus dijalankan oleh doc pakar dan 2 org doc.. setelah bertungkus lumus meneran.. namun aku masih lagi tidak berjaya.. nafas aku pendek dan tidak dapat untuk meneran dengan lama.. doc pun ambil keputusan untuk menggunakan vakum.. tepat jam 11-33 mlm baby ku yang pertama dilahirkan.. baby yang kedua pula selamat dilahirkan tepat jam 11.38mlm 5 minit perbezaan masa antara mereka..

ni la wajah putera-putera ku ketika baru dilahirkan..
syukur alhamdulillah kedua2nya selamat.. gembira tak terkata melihat kehadiran kedua2 baby ketika dihantar kesisiku.. walaupun letih..



ni pula gambar ibu dan ibu mertua ku bersama kedua putera ku semasa keluar dari hospital putrajaya..
ni la gambar putera-putera ku.. sebelum cukur kepala..

ni pula gambar putera-putera ku sekarang dan selepas cukur kepala..

2 Comments:

  1. inabu said...
    Assalamualaikum wati, lama nooo wati tak update blog, ni baru muncul, apa2 pun jaga baby elok2 nooo...
    norish said...
    a'a memang lama pun tak leh nak masuk.. maklumla kaki kena rantai masa dalam pantang tak leh nak gerak mana2.. kena baring je atas tilam tue.. dah lepas baru la boleh nak masuk blog.. boring gila.. apa2 pun thx kak ina..

Post a Comment



By :
Free Blog Templates