Thursday, March 18, 2010
salam semua.. ishk... ishk.. dah banyak betul sawang.. hampir dah nak berkulat dah blog aku.. habuk tue jgn citer la.. so hari ni adalah operasi pembersihan.. dan insyaAllah aku dimaintainkan keceriaan dan keberkilatan blog aku nie.. hehehe..
maklum la sejak2 tak ada talian internet di kawasan rumah baru aku nie lagi la susah nak online.. hanya mengharapkan broadband je la.. tue pun kadang2 mcm beruk tul.. slow gila.. tapi nak wat macam mana dari tak ada guna juga la..
pasni aku akan masukkan lagi citer2 aku untuk tatapan rakan2 semua..
ermm.. sebelum aku undur diri just nak wat promosi sikit tentang Blog baru aku.. so kepada kekawan dan pembaca blog aku nie sudi-sudikan lah mengunjungi blog aku itu.. blog tue aku hasilkan untuk pengemar online shopping termasuk la juga aku nie..
so jangan ketinggalan.. sokongan anda semua amat bermakna untuk kemajuan blog aku itu..
kunjungilah norish-shiningntrendshopping.blogspot.com ..
Wednesday, September 30, 2009
Malam ni lepas balik dari opis aku ke pasar malam dahulu eli juadah untuk makan malam.. lepas cuti raya nie malas pula nak memasak la.. maybe mood belum ada kot.. so next week la kot.. hehehe..
Lepas dah balik na shoping makan... selepas je selesai maghrib aku n hubby bawa twins kuar cari saloon rambut.. hajat nak guntingkan rambut twin supaya pendek sedikit.. kesian kat dorg gatal2 je sejak akhir2 nie.. panas rambut panjang.. habis belakang jadi ruam..
So kami pun bawa le ke Kajang.. jauh tue nk gunting rambut je sampai ke kajang.. tapi nak wat mcm mana.. nak juga cari saloon yang boleh gunting rambut budak2 kecil nie.. sesetengah saloon tak naknya gunting rambut budak2 nie leceh sikit.. dorg kan susah nak duduk diam.. nak2 lagi my twin tue lagi la.. malam nie pun hubby g tanya byk kedai.. semua taknak.. last skali tanya 1 kedai nie.. hairzone saloon.. kalu tak silap aku la.. aku pun dah ingat2 lupa walaupun baru je g tadi.. hehehe..
Kedai ni memang best la.. siap ada tempat khas untuk baby nak gunting rambut.. macam my twins tadi dorg bagi duduk dalam kerusi kereta mainan.. so dengan cara tue boleh la baby tue leka dengan kereta sementara dorg nak guntingkan rambutnya..
Tapi.... my twins nie bukan mcm budak2 lain.. takde maknanya.. kejap je bertahan.. pastue mula la aku ngan hubby kena cari idea nak bagi dorg duduk diam,. jenuh juga la.. last2 aku n hubby ke pengang sementara stylist tue gunting.. penat ooo nak kontroll... hehhee nak kata takut tue tak la juga.. cuma dorg taknak duduk diam.. lebih2 lagi bila kena paksa n pegang2.. lagi la dorg meronta..
Tadi kira abng tue ok skit.. cuma sikit2 je buat hal.. tapi si adik tue punya la seksa.. sampai rambut dia dah terlajat gunting.. tue la duk tak diam lagi.. so nak wat macam mana lagi .. nak tak nak kena la juga samakan guntingan rambut tue.. jadi la si adik tue seperti Mat Terap.. rambut gunting rapat je..
Tak kisah la.. janji kemas n tak panjang.. so selesa la sikit dorg.. tak la panas n gatal2 lagi nanti.. hehehehe..
Gambar si abang semasa tengah gunting rambut..
Gambar si Adik semasa tengah gunting rambut.. tue tgh pujuk suruh duduk diam2 la tue.. macam2 helah kena wat..
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU, TwINs
Tuesday, September 29, 2009
Tanggal 24hb September 2009..
Hari raya ke4.. genaplah umur my twin setahun.. namun aku belum wat sebarang sambutan lagi.. tak sempat nak aturkan party.. so aku cdang bila dah balik putrajaya nie la nak buatnya.. cuma tarikh je belum tahu lagi.. lepas gaji la kot.. hehehhe.. budget banyak sikit.. tapi kat sana diorg kira wat juga la pra birthday party.. makcik dorg (adik Ipar aku) dia yang belikan kek untuk anak sedaranya nie.. kek Upin dan Ipin lagi tue..
So kami wat utuk family je la.. antara anak abang aku n semua adik beradik hubby aku je.. kira ok la tue.. meriah gak la dgn kekecohan budak mlm tue.. mana taknya.. kek sebiji nak sambut birthday utk si kembar.. dalam pada tue ada juga yang nak menumpang.. ni anak pada abang ipar aku yang ketiga tue.. dia pun nak potong kek juga walaupun bukan birthaday dia.. so terpaksa la makcik dorg nie belikan topi untuk birthday boy n extra 1 untuk si gadis nie.. hehehe..
Masa nak bergambar tue bukan main lagi.. macam birthday dia lak.. biasa la budak2.. kelakar juga la tgk gelagat dorg.. yang anak2 aku ni pula tak nak bergambar.. dorg nak pegang je terus kek tue.. kalu dibiarkan mau di terkam je kek tue.. mujur la dikawal dgn rapi.. kira selamat lagi la kek tue..
InsyaAllah nanti aku akan wat birthday party yang realnya untuk kembar.. so skrg nie aku upload gambar pra birthday party dulu..
Labels: FaMilY InLaw, KelUarGakU, RAYA, TwINs
Saturday, September 26, 2009
Salam Lebaran.. selamat menyambut hari raya aidilfitri.. ampun dan maaf dipinta buat semua rakan taulan serta mengunjung setia blog ini.. walaupun telah hampir seminggu kehadiran lebaran bagi tahun 2009 ni tiba.. rayanya masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan selamat serta maaf.. walaupun aku lewat meng'update' blog ini.. hehhehe..
maklumlah.. bila balik kampung nie sibuk la.. nak mengasuh anak2 lagi.. nak layan tetamu yang kunjung ke rumah.. semuanya kira tak menang tangan.. dalam pada itu ada lak kesedihan yang melanda seisi keluarga aku.. tapi biar la dahulu.. nanti akan aku ceritakan kemudian.. kali nie aku cuma ingin ucapkan selamat hari raya sahaja..
gambar nie di ambil semasa hari raya pertama tahun 2009.muka aku berminyak je... tudung pun dah tak comel.. mana taknya.. dah kul 6 petang baru balik umah dari hospital.. terus je ambil gambar kenangan nie..
Labels: CeRiTa Ku, KelUarGakU, RAYA
Monday, August 24, 2009
Assalamualaikum w.b.t...
hehehehe... sori ye kekawan telewat nak wish.. terasa malas sgt nak update blog skrg nie.. tapi di gagahi juga..
so kepada kawan dan semua pengunjung blog ini selamat menyambut bulan Ramadhan.. walaupun setelah 2 hari kita menjalankan ibadah berpuasa ini.. ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap samaada disedari ataupun tidak sedar.. semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua..
akhir kata.. selamat Berpuasa...
Labels: SeMasA